8

KOMEN 8 “MENUJU KAMPUS BARAKAH” Apa Kata Anda ? Secara dasarnya, ‘Islam’ pada USIM dieertikan dengan istilah yang membentuk identiti USIM iaitu Integrasi Ilmu Aqli Dan Naqli . Mendorong mahasiswa ke arah mencapai keseimbangan intelek dan iman. Memperoleh tujuan dan penghayatan dalam mendalami ilmu serta melahirkan mahasiswa yang sentiasa cakna dalam setiap aktiviti yang dijalankan di USIM sendiri. Oleh yang demikian, sebagai seorang mahasiswa yang sudah terlatih dengan budaya yang dipraktikkan di USIM ini, mungkin tiada permasalahan untuk terus menyokong dan mencapai USIM sebuah Kampus Barakah. Benarlah, baiknya sesebuah kaum terletak pada bijaknya ketua mereka. Apa komen anda sebagai seorang mahasiswa terhadap aktiviti yang dilakukan sekitar USIM dalam menerajui Kampus Barakah ? “ Menjelajah dari fakulti ke fakulti yang lain bagi menyampaikan amanah serta nasihat tidak kira dimana-mana tempat dan waktu”. NUR FIRZANAH BINTI BASAR TAHUN 3 FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI “ Mengadakan bacaan Kahfi setiap Jumaat di setiap fakulti merupakan perkara yang sukar dilakukan ditempat lain, tetapi mahasiswa USIM sedia menyokong”. AFIQAH BINTI ZULKIFLI TAHUN 1 “ Usrah merupakan tunjang tarbiyah bagi setiap mahasiswa USIM dimana mereka akan dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan nasihat yang bermanfaat” MOHAMAD AFHAM HAFIZ TAHUN 3 FAKULTI PENGAJIAN QURAN & SUNNAH FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA “ Halaqah Universiti merupakan medium utama bagi mahasiswa dengan membudayakan ilmu Islam disamping berbincang mengenai permasalahan yang sering dipersoalkan dikalangan mahasiswa sendiri”. HASANAH BINTI TAIB TAHUN 3 FAKULTI SYARIAT & UNDANG-UNDANG “ Permasalahan ikhtilat dan penjagaan aurat dengan sempurna dapat dibendung bersempena kempen Saya Sayang Syariat (3S). MOHAMAD ARIF BIN KAMARUDIN TAHUN 3 FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT “ Liqa’ universiti merupakan medium utama dalam megeratkan ukhuwah antara pelajar senior dan junior, disamping mendalami ilmu agama”. “ Mengurangkan budaya 3K (kamar,kafe,kuliah) supaya dapat melahirkan mahasiswa yang aktif dalam pelajaran serta cakna dalam segala aktiviti di USIM”. FARHANAH BINTI BASIRAN TAHUN 2 FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA SITI ZAKIRAH BINTI JAAFAR TAHUN 3 FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT

9 Publizr Home


You need flash player to view this online publication