0

OKT-NOV 2017 ISU 3, VOL 1 2017/2018 MAJLIS KONVOKESYEN USIM KE-15 NC Lancar Program Lestari Alam USIM Santuni Budaya Antara Negara >MUKA 5 usimtoday@gmail.com ISSN 2600-7754 Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad (tiga dari kiri) merasmikan program USIM BIOSIS 2.0 di Kompleks Sukan Tunku Najihah pada 19 November 2017, di sini. Foto kredit : USIM e-Gallery Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz turut melancarkan Recyle@USIM iaitu kerjasama antara USIM dengan Coca Cola Malaysia bagi pembinaan sebuah unit pusat pengumpulan kitar semula di dalam kampus USIM. “Program USIM BIOSIS 1.0 diteruskan kepada UISM BIOSIS 2.0 dengan penggunaan tong-tong kitar semula 3R yang lutsinar telah diletakkan di setiap bahagian di kampus, larangan penggunaan polisterina dan penanaman pokok buah-buahan di sekitar kampus”. - Profesor Dato Dr. Musa Ahmad. Berita selanjutnya ms 2 BAJET 2018: Diskaun 20% Terhadap Pinjaman PTPTN >MUKA 9

BERITA SEMASA 2 NC Lancar Program Lestari Alam Oleh : Norizati Binti Ab Hamid & Siti Aminah Binti Sautar NILAI 19 NOV – Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad hari ini telah melancarkan program USIM BIOSIS 2.0 iaitu sebuah program melestarikan alam sekitar. Program USIM BIOSIS ini merupakan program kesinambungan daripada USIM BIOSIS 1.0 yang telah dijalankan sejak tahun 2015 yang mana seramai 100 orang pelajar USIM telah menubuhkan sukarelawan cinta alam sekitar di bawah naungan HEP. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad berkata, program USIM BIOSIS 1.0 diteruskan kepada USIM BIOSIS 2.0 dengan penggunaan tong-tong kitar semula 3R yang lutsinar telah diletakkan di setiap bahagian di kampus, larangan penggunaan polisterine dan penanaman pokok-pokok buah-buahan di sekitar kampus. “USIM BIOSIS 2.0 bermatlamat untuk menggerakkan penggunaan kitar semula 3R bersama komuniti yang berjiran dengan USIM di samping berusaha mengurangkan penghasilan karbon dioksida yang memberi kesan pada persekitaran,” tambahnya lagi. Ketika ditemui, Mohd Nazrul Hakim Mohd Nazir, pengarah BIOSIS di Kompleks Sukan tunku Najihah. Selain itu, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz turut melancarkan Recyle@ USIM iaitu kerjasama antara USIM dengan Coca Cola Malaysia bagi pembinaan sebuah unit pusat pengumpulan kitar semula di dalam kampus USIM. Di samping itu, tema kali ini ialah teknologi menginsankan kearah Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad membaja pokok sebagai simbolik program USIM BIOSIS 2.0 pesta konvokesyen pada tahun ini berkata, sambutan program USIM BIOSIS sangat diggalakkan kepada para pelajar kerana dapat memberi impak yang positif dan samasama bertanggungjawab terhadap USIM BIOSIS. Profesor Dato’ Dr Musa Ahmad turut menyatakan, di dalam konteks Islam, menjaga ekosisten amat digalakkan seperti mana dalam Foto kredit : USIM e-Gallery hadis Rasul, ‘sekiranya hari kiamat hendak terjadi, sedangkan di tangan salah seorang di antara kalian ada benih kurma maka apabila dia mampu menanam sebelum terjadi kiamat maka hendaklah dia menanamnya.’ Beliau berucap semasa merasmikan majlis konvokesyen USIM kali ke-15 dan majlis perasmian USIM pembangunan ummah bagi menyelaraskan tema pesta konvokesyen pada tahun ini, kata Nazirul Hakim Mohd Nazir lagi. Sempena penganjuran CFEST 2017, pelbagai aspek acara dan pengisian telah disediakan meliputi riadah, intelektual, forum keagamaan, pembangunan diri dan keusahawanan. Lebih 20 gerai jualan yang disediakan yang menjual pelbagai produk seperti makanan, pakaian, bacaan untuk serta memberi kepada pengunjung. PIMPINAN MPP 2017/2018 BERMULA DA’I PEKAK Bergraduasi Oleh: Nurizati binti Ab Hamid & Nur Shuhada binti Zamri Nilai,10 OKTOBER- Seusai undian pemilihan calon Majlis Perwakilan Pelajar( MPP) pada 5 Oktober yang lalu, penentuan kini diumum secara rasmi lantas pelantikan legasi baharu bermula sesi 2017/2018 dalam Majlis Amanat Perdana Naib Canselor, bertempat di Dewan Tuanku Canselor (DTC) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Dalam ucapan Yang Dipertua (YDP) MPP, Mohamad Faris Bin Abdul Gani berkata, matlamat MPP pada kali ini berdasarkan dua faktor utama iaitu pertama adalah pengumpulan pusat kolaborasi (Centre of Collaboration) dimana akan dihimpunkan semua persatuan perlu membawa agenda universiti bukan agenda selain universiti Kedua, mengangkat ilmu berteraskan integrasi Aqli dan Naqli sejajar dengan kehendak USIM dengan menggabungkan elemen intelektual dan spiritual serta MPP juga akan berusaha menjaga kebajikan mahasisawamahasiswa USIM seluruhnya. “Cabaran sebagai MPP sangat besar dan hebat seperti yang kita tahu bahawa MPP merupakan satu badan persatuan universiti yang tinggi, pastinya membawa tekanan apabila kita membawa agenda universiti ini untuk dicapai PIMPINAN MPP 2017/2018 BERMULA Para pelajar yang bergraduasi bergambar bersama selepas Majlis Graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara Oleh : Nur Syuhada Zamri & Siti Amirah Safar dan doakanlah kami dalam membawa agenda universti pada kali ini,” katanya. Harapan beliau kepada seluruh warga USIM agar menyokong MPP pada kali ini dalam membawa agenda dan seterusnya mengangkat nama USIM dengan bertemakan konsep “langkah ini langkah kita bersama” serta moto MPP iaitu “seiring menerajui perkasa”. NILAI, 10 OKTOBER 2017 – Seramai 110 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bergelar dai pekak telah diraikan setelah berjaya menamatkan pengajian program Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) pada sesi tahap 1 dan 2 di Majlis Graduasi Kursus Dakwah Tanpa Suara yang bertempat di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS). USIM merupakan IPTA pertama yang menawarkan KDTS kepada semua pelajar di bawah kerjasama Yayasan Faqeh. Prof. Madya Dr. Adnan Bin Mohamed Yusoff, Dekan FPQS,dalam ucapan beliau, menyentuh tentang peranan sesama manusia dalam membantu golongan OKU supaya mereka tidak berasa terpinggir oleh masyarakat luar. Dr Rabiatul Adawiyah binti Mohd@ Amat, Timbalan Dekan 2 FPQS, menekankan tentang hak-hak orang buta dan pekak dalam lingkungan masyarakat serta peranan orang luar dalam membantu melalui sudut moral dan agama. “Golongan pekak ini mempunyai semangat yang tinggi seperti orang biasa,”katanya. bahan memenuhi pilihan

BERITA SEMASA 3 Kompleks Islam Mercu Tanda Baharu Oleh : Siti Aminah Binti Sautar NILAI, 4 OKTOBER 2017Kompleks Islam Tuanku Muhriz kini menjadi tumpuan utama sebagai mercu tanda Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), selepas bangunan canselori yang memulakan operasi pada bulan Oktober yang lalu. Kompleks Islam ini menjadi mercu tanda baru bagi warga USIM setelah mengambil masa selama tiga tahun untuk dibina dengan peruntukkan sebanyak RM 20.186 juta dan kompleks Islam ini juga boleh memuatkan seramai jemaah. Pengarah pusat Islam, Dr. Khairul Anuar bin Mohamad berkata “Dengan adanya kompleks Islam ini, pelbagai aktiviti keagamaan dapat dijalankan sepanjang minggu seperti pengajian kitab turath dan talaqqi kitab,”. Tambah Dr. Khairul Anuar lagi, beliau berharap agar dengan adanya program tadabbur AlQuran yang diadakan setiap hari selasa selepas solat Asar. 4000 Kompleks Islam USIM yang siap dibina pada tahun 2016 ini menjadi mercu tanda baru buat warga USIM. Beliau berucap semasa merasmikan majlis pengimarahan Kompleks Islam Tuanku Muhriz. Karnival pengimarahan Kompleks Islam Tuanku Muhriz berlangsung selama 3 hari bermula 3 Oktober hingga 4 Oktober 2017 yang bertujuan memperkenal - kan kompleks Islam kepada pelajar USIM dan penduduk sekitarnya. Minggu Kesedaran Mental pertama kali di USIM >> Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan cakna isu kesihatan Oleh: Siti Amirah Binti Safar NILAI, 23 OKTOBER 2017Telah berlangsungnya program Mental Minggu Kesihatan Mental yang telah dianjurkan buat pertama kalinya selama lima hari, iaitu pada 23 hingga 27 Oktober, bertempat di Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (FKP) dibawah anjuran Mahasiswa Kaunseling Tahun 4 dengan membawa tema “Let’s talk about Mental Health Issue”. Pengarah program, Muhammad Azri bin Abdul Aziz berkata,” Kami sedar masalah kesihatan mental semakin serius sejak kebelakangan ini di Malaysia, jadi kesedaran untuk menjaga kesihatan mental kurang dan masyarakat tidak mengambil berat tentang penjagaan kesihatan mental walhal pentingnya jaga dengan pentingnya jaga kesihatan fizikal”. Sebab itulah dianjurkan buat kali pertama di USIM. Tambahnya lagi, program ini adalah untuk tingkatkan pengetahuan serta menyangkal stigma negatif terhadap penyakit-penyakit mental yang boleh mempengaruhi tahap fungsi diri. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mahasiswa tentang kesihatan mental dan kesejahteraan diri. “Program ini amat penting kepada pelajar kerana dalam konteks universiti, mereka sentiasa berhadapan dengan tekanan. Jadi para pelajar seharusnya mengetahui cara “coping skill” yang betul untuk mengelakkan mereka sentiasa berada dalam emosi yang negatif seterusnya boleh menyumbang kepada berlakunya simptom-simptom tekanan”. Katanya lagi. “Pelajar terdedah kepada stress yang mana bentuk pendidikan di universiti memerlukan kekuatan fizikal dan mental demi melaksanakan tugasan sebagai pelajar walaupun stress dipandang remeh dan biasa tetapi jika dibiarkan akan membentuk masalah mental seperti kemurungan”, kata Muhammad Azri, pengarah program. Turut diadakan forum yang membawa tajuk “Religiosity VS Depression” yang disampaikan oleh panel pakar muslim dan bukan muslim di Dewan Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang dua persepsi yang berlainan antara dua agama. Manakala, menurut Nurul Lyana binti Rahmat, 21, Fakulti Pengajian Bahasa Utama sebagai pengujung program ini menyokong sepenuhnya usaha yang telah dilaksanakan oleh Mahasiswa Tahun 4 Kauseling kerana memberi pendedahan kepada mahasiswa lain tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan mental. Program dirasmikan oleh oleh Dr Ku Suhaila, Majlis Tertinggi Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Pelbagai acara menarik yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti forum Perdana, sukan memanah, bicara fiqh wanita, tadabbur juzu’ amma dan bacaan al-quran berqiraat. kepada stress“ Pelajar terdedah yang mana bentuk pendidikan di universiti memerlukan kekuatan fizikal dan mental demi melaksanakan tugasan sebagai pelajar walaupun stress dipandang remeh dan biasa tetapi jika dibiarkan akan membentuk masalah mental seperti kemurungan” MUHAMMAD AZRI BIN ABDUL AZIZ Pengarah Program Minggu Kesedaran Mental

BERITA SEMASA 4 Mahkamah Olok-Olok Cungkil Bakat Peguam Muda Oleh : Nur Shuhada binti Zamri Nilai, 12 Nov- Telah berlangsung Pertandingan Perbicaraan Mahkamah Olok-Olok (PPMOO) Peringkat Kebangsaan 2017 yang bertujuan untuk muda mencungkil bakat peguam yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Program yang berlangsung selama 2 hari itu melibatkan enam buah Institut Pengajian Tinggi khususnya para pelajar daripada jurusan Syariah Undang-Undang, Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) serta disertai enam pasukan lain daripada pelatih dalam kamar dan peguam muda yang mewakili setiap negeri. Yang Dipertua Persatuan Mahkamah Malaysia PAM, YB George Varugey dalam majlis gemilang itu berucap, pertandingan ini merupakan tahun kedua diadakan dimana tahun sebelumnya bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta yang terdiri mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Sains Islam Malaysia USIM kerana telah sudi menjadi tuan rumah pada anjuran kali ini. “Saya kira pada kali ini cukup bersejarah kerana buat julung kali nya piala pusingan Presiden BA Malaysia diperkenalkan dan ini merupakan tanda sokongan padu saya dan BA Malaysia bagi PPMOO 2017. “Dengan adanya piala pusingan ini ia dapat menyuntik semangat para pelajar pelatih dalam kamar, peguam muda untuk menyertai pertandingan ini pada masa hadapan,” katanya. George berkata, dia menaruh harapan yang tinggi agar peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undangundang universiti awam dan swasta dapat menimba pengalaman dalam pertandingan ini. “Tahniah kepada pemenang dan menjadi harapan saya pertandingan seumpama ini perlu diteruskan pada masa akan datang dan terus menjadi Pelajar Luar Kampus Wajib Bayar Yuran RM 10.00 Oleh: Norizati Binti Abd Hamid NILAI- Sekretariat pelajar luar kampus telah mewajibkan semua pelajar luar kampus membayar yuran sebanyak RM10 bermula semester 1 sesi 2017/2018 yang mana telah menjadi isu dalam kalangan pelajar luar kampus tersebut. Perkara itu dibincangkan di dalam program, Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 yang telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 2 (DKP2). Salah seorang pelajar luar kamus meminta untuk menjelaskan tujuan yuran tersebut dikenakan. Aimi Zuhrina Binti Razalee selaku Naib yang Dipertua 2, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkata, yuran yang dikenakan adalah bertujuan untuk tabung persediaan sekiranya berlaku sebarang musibah seperti rompakan atau kes kecurian. “Yuran sebanyak RM 10.00 ini bukan untuk membebankan pelajar malah yuran ini adalah untuk membantu pelajar yang ditimpa katanya. musibah,” “Hal ini telah dibincangkan bersama Naib Canselor (NC) Profesor Dato Dr Musa Ahmad, beliau bersetuju untuk mengenakan yuran itu kepada pelajar di luar kampus untuk kebaikan semua,” ujarnya. Nazrul Hakim Bin Mohd Nazir selaku Exco Akademik Pembangunan Intelektual (MPP) berkata, jika ada di antara pelajar yang tidak mahu membayar yuran RM 10.00, maka mereka perlu memberi butiran peribadi kepada beliau untuk tidak melibatkan pelajar tersebut daripada aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu, Mohd Irfan Bin Abdullah, salah seorang mahasiswa daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang hadir sama pada majlis malam itu berkata, kini beliau sudah jelas dengan penjelasan yang diberikan oleh MPP, berkenaan dengan isu yuran itu. “Sekirannya dengan kutipan yuran itu bertujuan untuk menolong mahasiswa dan mahasiswi USIM, saya sanggup untuk membayar yuran tersebut demi kepentingan semua,” katanya. Oleh: Siti Amirah Safar & Nur Syuhada Zamri NILAI, 8 NOVEMBER 2017 – Telah berlangsungnya Program Grand Opening Biah Solehah buat julung kalinya selepas pelantikan tapuk kepimpinan yang baharu dalam Sekretariat Fakulti Sains Dan Teknologi (SEKREFAST) dengan membawakan satu forum yang bertemakan “Reclaim Your Heart”, bertempat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat(FEM). Berlangsungnya program ini selama lima hari, iaitu pada 6 sehingga 10 November 2017, susulan daripada forum tersebut turut diadakan kempen 4S yang membawa maksud Senyum, Salam, Sapa dan Santun. Kempen ini akan dilaksanakn pada setiap minggu di Fakulti Sains Dan Teknologi (FST). Timbalan Dekan FST, En Ahmad Nazrul Bin Rosli dalam ucapannya, Wajah ceria Johan yang dirangkul oleh K2220 dari UKM yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM 2500 beserta piala pusingan, piala iringan, plak dan sijil pemenang sambil disaksikan oleh Naib Canselor Usim. pentas utama dalam mencungkil kebolehan dan kemahiran peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undang-undang,” katanya. Tambahnya lagi, pertandingan ini akan didedahkan pada pelajar undang-undang tentang prosedur mahkamah dan pra persediaan bagi mereka untuk terjun ke bidang kehakiman dan kepeguaman apabila tamat pengajian kelak. Dalam pada itu, Muhammad Akmar bin Muhammad Daus dari Negeri Pulau Pinang kategori B pelatih dalam kamar dan peguam muda ketika diwawancara berkata dia gembira walaupun persediaan yang dibuat bersama ahli pasukannya dilakukan di saat-saat akhir seterusnya tidak menyangka pada hari pertama pertandingan telah diumumkan berjaya memasuki peringkat akhir. “Kami berasa terkejut dan kemudian hari ini pula diumumkan mendapat tempat kedua syukur alhamdulillah,” katanya. “Sambutan yang diadakan sangat baik dan persaingan juga sengit insya Allah untuk pertandingan seterusnya pada tahun hadapan akan diserahkan kepada junior pula. SEKREFAST Anjur Program Biah Solehah Julung Kali “Walaupun program 4S ini nampak kecil tetapi inilah yang selalu diingatkan kepada mahasiswa untuk mewujudkan suasana biah solehah di fakulti. Tambahnya lagi,“Program ini akan berjaya jika kita sebagai individu memulakan dahulu amalan 4S, barulah ia akan menjadi ikutan dan tabiat kepada pelajar lain,”. Siti Hajar Mislan, Timbalan Pengarah program berkata, “Apabila biah dijaga di setiap fakulti, maka sahsiah akan terbentuk di dalam diri mahasiswa itu sendiri. Tambahnya lagi,”Saya berharap agar program ini dapat memberi impak yang besar kepada mahasiswa sehinggakan mereka dapat membuat perubahan dengan membaca Al-Quran sebelum perkuliahan bermula,”.

BERITA SEMASA 5 Sebahagian daripada mahasiswa dan mahasiswi antarabangsa yang hadir pada Pameran Kebudayaan bergambar bersama Pengarah Usim Alamiyah di perkarangan Dewan Kuliah Pusat, USIM. photo credit:Aiman Zaman. USIM Santuni Budaya Antara Negara Oleh: Norizati binti Ab Hamid & Siti Aminah binti Sautar NILAI : Pameran Kebudayaan, International Cultural Exhibition (ICE 2017) telah diadakan untuk menyantuni budaya antara negara-negara luar yang bertempat di Hilman Brunei, Indonesia, Perkarangan Dewan Kuliah Pusat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Ahmad Nor Zairuddin merupakan pengarah program ICE 17 yang juga merupakan pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) berkata, progam ini dapat menyantuni antara budaya-budaya yang dipersembahkan pada malam ini. “Program ini dapat berkongsi budaya dan makanan tradisional negara yang terlibat antaranya ialah Bangladesh, Yaman dan Thailand pada masa yang sama dapat mengetahui cara kehidupan mereka dengan lebih mendalam,” ujarnya. Tambahnya lagi,dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dari Malaysia dan pelajar dari luar Negara. Di samping itu, Sufyan Ariff merupakan pelajar daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) yang juga merupakan perwakilan pelajar dari Kelab Persatuan Pelajar Indonesia USIM berkata, dengan adanya program seperti ini, mereka dapat mempersembahkan persembahan, lagu - lagu dan kebudayaan yang ada di Indonesia walaupun terdapat kekangan masa dalam kalangan pelajar Indonesia itu sendiri. “Program ini dapat memperkenalkan budaya selain dari Malaysia dan mengetahui cara budaya lain dan ia juga merupakan satu ilmu yang sewajarnya untuk pelajar USIM dalam proses pembelajaran,” katanya. “Saya sangat berbangga kerana diberi peluang dan kesempatan untuk mewakili negara saya sendiri dan ini merupakan kali yang pertama dalam ICE17,” tambahnya lagi. Manakala, Balqish Shauqi Shahid merupakan pelajar tahun 3 kos Bahasa “ Karnival Generasi Muda ” medium kesedaran mahasiswa Oleh : Norhamidah Binti Salleh Nilai, 24 September 2017 : Program sukarelawan ini mahasiswa diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada belia, terutamanya mahasiswa dan mahasiswi universiti. Program ini dikendalikan oleh Sekretariat Rakan Muda, iaitu antara salah satu kelab yang bernaung dibawah Hal Ehwal Pelajar (HEP), yang berperanan besar untuk mencungkil dan mengetengahkan dan mahasiswi adalah diperlukan pada masa kini. “Perasaan kemanusian dan menolong itu seharusnya ada pada kita. “Untuk mengoncangkan dunia yang sunyi ini untuk melawan Israel,” katanya. Dai Pendakwah Milenia, Muhammad ‘Asri Hijrah bin Damni berkata, semua rakyat sekeliling bakat–bakat baru golongan belia dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ahli lembaga pemegang amanah, Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Dr Fauziah binti Hassan berkata, sumbangan sukarelawan haruslah bersatu untuk menyatupadukan masyarakat. “Umat Islam seharunya saling membantu dalam perkara takwa.“Dan sentiasa memikirkan masalah orang lain,” katanya. Pengarah program ini, Nur Nabilah binti Senawi berkata, objektif karnival ini dapat membina mahasiswa yang aktif dan progresif dalam kalangan mahasiswa. “Mahasiswa dan mahasiswi juga mampu untuk serlahkan bakat yang terpendam dan melibatkan diri dalam kepimpinan,” katanya mengulas tentang objektif program ini. Program ini adalah hasil daripada kolaborasi bersama Kelab 1 Malaysia, Urusetia Sukan Rekreasi Pelajar (USRP), Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP), USIM Sign Language Club (USLC), Urusetia Penilaian dan Perubatan Pelajar (U3P) dan Hopital Tengku Ja’afar (HTJ). Program ini telah berlangsung selama tiga hari yang bertempat di Perkarangan Dewan Tuanku Canselor. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pendaftar Unit Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Fazhiruddin Bin Kamaruddin. Sambutan program ini dihangatkan lagi dengan menjemput, Ahli lembaga pemegang amanah, Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) iaitu Dr Fauziah binti Hassan , Peserta Dai Pendakwa Milenia musim ke - 3 iaitu Dai Hijrah dan Dai Luqman, Dai Pendakwa Milenia musim ke – 4 iaitu Dai Syed serta Muhamad Hadi bin Darus iaitu seorang mahasiswa Orang Kelainan Upaya (OKU) daripada Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Arab dan Komunikasi (FPBU) yang berkata, beliau dapat menambah ilmu pengetahuan dari segi budaya dipamerkan. “Dapat melihat budaya dari negara luar di depan mata sendiri menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana biasanya saya akan melihat di kaca televisyen sahaja”, katanya. Ujarnya lagi, sekiranya program sebegini ini diadakan lagi di lain hari, pasti beliau akan hadir untuk memeriahkan lagi program ini dan ingin mempelajari ilmu yang baru.

INFO EDITORIAL 6 SIDANG EDITORIAL DEKAN Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Profesor Madya Dr. Mohd Radhi Bin Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya Dr. Noor Azizi Ismail KETUA Program Komunikasi Dr. Sofia Hayati Binti Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr. Wan Azura Binti Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Norzaidah Binti Zainudin SEKSYEN BERITA Ketua Nurul Izzati Binti Amran Wartawan Siti Aminah Binti Sautar Siti Amira Binti Safar Norizati Binti Ab Hamid Nur Syuhada Binti Zamri Norhamidah Binti Saleeh SEKSYEN RENCANA Ketua Siti Azimah Binti Yunus Penulis Nursyakila Binti Gadimin Syazana Binti Abd Rahman Nurshahidah Binti Sajah Nur Fatihah Binti Johari SEKSYEN SUKAN Ketua Nur Syahirah Binti Yazid Wartawan Nurulhuda Binti Che Soh PENYUNTING NASKHAH Ketua Nur Izzati Binti Yusoff Penyunting Ainul Lyana Binti Mahtar Noraini Binti Azmi Ahmad Fansury Bin Ramlee SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Nurul Huda Binti Zainudin Jurugambar Siti Nur Ain Binti Ishak Hani Aishah Binti Wasman Artis Grafik Nor Amirah Binti Ibrahim Nurul Lyana Binti Rahmat USIM Today adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian. NORZAIDAH BINTI ZAINUDIN Editor Usim Today LESTARI ALAM DEMI UMMAH Dalam mencapai Kampus Barakah, persekitaran dan sekeliling juga adalah penting demi menjaga kebersihan bersama. Pepatah arab ada mengatakan “Kebersihan itu separuh daripada iman”. Hal ini bertepatan dengan pelancaran program kitar semula USIMBIOSIS 2.0, sempena perasmian Pesta Konvokesyen USIM Ke-15 (C’fest 15) pada 20 November lalu. Pelancaran Program Kitar Semula USIMBIOSIS 2.0 merupakan kesinambungan USIMBIOSIS 1.0 yang dijalankan sejak tahun 2015 membabitkan 100 pelajar universiti yang menubuhkan persatuan sukarelawan. Program kelestarian alam itu menyediakan kemudahan kitar semula seperti tong sampah 3R (Reuse, Reduce and Recycle) di kampus, larangan penggunaan polisterina, proses penghijauan kampus menerusi penanaman pokok buah dan usaha menjimatkan tenaga elektrik. USIMBIOSIS 2.0 pula bermatlamat menggerakkan budaya kitar semula 3R bersama komuniti berhampiran USIM dalam usaha mengurangkan penghasilan karbon dioksida yang boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran dan masyarakat. USIM adalah antara universiti yang terpilih untuk menjayakan program ini kerana telah menjalankan beberapa aktiviti kelestarian alam sekitar melalui program USIMBIOSIS 1.0 sebelum ini. Pusat Kutipan dan Kitaran Semula akan dibina di Universiti Islam Malaysia (USIM) di sini melalui program Recycle@ USIM, dalam usaha membudayakan kelestarian alam sekitar. Pusat itu akan dibina dengan kerjasama Coca Cola Malaysia selaku penaja yang telah menyumbangkan sebanyak RM50,00 bagi tujuan kelestarian alam sekitar. Moga ia akan dapat dimanfaatkan warga kampus dan masyarakat sekitar. Dengan adanya tong sampah 3R, sememangnya melatih mahasiswa untuk terus menyokong penggunaan tong tersebut dengan sebaiknya. Selain fokus pada matlamat menggerakkan budaya kitar semula bersama komuniti, cara ini juga merupakan salah satu medium untuk mengeratkan ukhuwah antara penduduk di sekitar USIM, terutama komuniti di Acacia Park, Desa Jati dan Taman Desa Anggerik. USIM bukan sekadar tempat pembelajaran, malah melahirkan mahasiswa yang sentiasa cakna dalam pelbagai perkara. Dan yang paling utama ia merupakan tanggungjawab setiap warganya dalam mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada ne ga r a , ummah dan manusia sejagat.

BERITA TULAR 7 Pelajar USIM mangsa kecurian Oleh : Nurul Izzati Binti Amran NILAI, 25 NOVEMBER 2017- Barubaru ini telah tular dalam media sosial Whatapps tentang kes-kes kecurian yang berlaku di sektar Nilai,Negeri Sembilan terutamanya di sekitar rumah sewa pelajarpelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berita ini amat membimbangkan masyarakat sekeliling terutamanya kepada pelajar kerana rumah pelajar sering dijadikan mangsa kes seperti ini. Rentetan daripada kes ini Sekretariat (USIM) Pelajar Luar Kampus (OCSS) tampil menunjukkan bahawa, sembilan kes pecah rumah berlaku di sekitar kawasan Desa Anggerik, Desa Jati, Apartment Jati dan Desa Acacia yang merupakan kawasan rumah sewa pelajar-pelajar USIM sepanjang September-Oktober 2017. Mohd Ikram Suhaimi selaku pengarah OCSS berkata, data daripada Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus (PPLK), kes kecurian ini berpunca daripada kecuaian penghuni itu sendiri yang mana pelajar mungkin terlupa menutup pintu pagar, pintu tidak bergril serta tingkap yang tidak berkunci. Walau bagaimanapun faktorfaktor ini tidak begitu dominan, pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan suspek yang terlibat. Tambahnya lagi, kes-kes ini sering kali berlaku kepada rumah-rumah sewa pelajar lelaki yang baru tinggal di luar kampus, kebiasaanya kejadian ini berlaku pada waktu pagi antara jam lima hingga enam pagi. Anggaran kerugian yang dialami oleh pelajar bagi sesebuah rumah dianggarkan sebanyak RM5000 keatas yang meliputi kehilangan telefon bimbit, laptop dan duit. Kesinambungan daripada kes kecurian ini, satu laporan yang bertarikh 23 November 2017 mula tular dalam whatapps mengatakan bahawa Pihak Polis sedang mencari tujuh orang lelaki untuk membantu siasatan dalam beberapa kes jenayah yang berlaku di Nilai sekitar tahun 2014 hingga 2016. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendon Zaldino Zaludin dalam laporan tersebut berkata, pihaknya mencari seorang lelaki untuk membantu siasatan melibatkan kes bunuh, seorang lelaki dari Sabah pula membabitkan kes pecah rumah dan lima lelaki dicari untuk membantu siasatan kes samun di sekitar daerah Nilai. “Nasihat saya kepada semua pelajar agar sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling ketika berada di luar kampus, pupukkan nilai kesedaran terutamanya keselamatan dan sikap yang baik dalam diri kita kerana kita hidup dalam bermasyarakat,” kata pengarah OCSS itu. Katanya lagi, “Pelajar perlu sentiasa memeriksa keadaan rumah supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat, dan ingatlah penjenayah tidak pernah bercuti.” Menurut Abdullah Azam bin Zulkifli, mahasiswa tahun 2 daripada Fakulti Alam Bina berkata , pada 9 OKTOBER 2017 rumah kami yang bertempat di Desa Anggerik telah dimasuki pencuri,kejadian ini berlaku sekitar jam 5.30 pagi. Beliau dan ahli rumahnya seramai 14 orang mula menyedari rumah mereka dimasuki pencuri pada pukul 8 pagi apabila salah seorang daripada mereka menyedari telefom bimbit nya telah hilang. “Kami mengalami kerugian hampir RM 10k yang meliputi kehilangan telefon bimbit dan komputer riba,” kata Abdullah Azam. Daripada siasatan polis, pencuri berjaya masuk melalui pintu utama kerana terdapat kesan umpilan di tingkap untuk membuka pintu tersebut. “Saya ingin kongsikan sedikit nasihat untuk semua penghuni rumah sewa terutama sekali kepada pelajar USIM supaya pastikan gril di rumah sentiasa bermanggan dan semua ahli rumah wajib memiliki kunci masingmasing,” kata Abdullah Azam. Tambahnya lagi, setiap ahli rumah perlu sentiasa memberitahu rakan-rakan jika balik lambat atau tidak pulang ke rumah. Komen Mangsa Antara muka-muka yang disyaki sebagai suspek dalam kes kecurian yang berlaku di sekitar USIM

KOMEN 8 “MENUJU KAMPUS BARAKAH” Apa Kata Anda ? Secara dasarnya, ‘Islam’ pada USIM dieertikan dengan istilah yang membentuk identiti USIM iaitu Integrasi Ilmu Aqli Dan Naqli . Mendorong mahasiswa ke arah mencapai keseimbangan intelek dan iman. Memperoleh tujuan dan penghayatan dalam mendalami ilmu serta melahirkan mahasiswa yang sentiasa cakna dalam setiap aktiviti yang dijalankan di USIM sendiri. Oleh yang demikian, sebagai seorang mahasiswa yang sudah terlatih dengan budaya yang dipraktikkan di USIM ini, mungkin tiada permasalahan untuk terus menyokong dan mencapai USIM sebuah Kampus Barakah. Benarlah, baiknya sesebuah kaum terletak pada bijaknya ketua mereka. Apa komen anda sebagai seorang mahasiswa terhadap aktiviti yang dilakukan sekitar USIM dalam menerajui Kampus Barakah ? “ Menjelajah dari fakulti ke fakulti yang lain bagi menyampaikan amanah serta nasihat tidak kira dimana-mana tempat dan waktu”. NUR FIRZANAH BINTI BASAR TAHUN 3 FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI “ Mengadakan bacaan Kahfi setiap Jumaat di setiap fakulti merupakan perkara yang sukar dilakukan ditempat lain, tetapi mahasiswa USIM sedia menyokong”. AFIQAH BINTI ZULKIFLI TAHUN 1 “ Usrah merupakan tunjang tarbiyah bagi setiap mahasiswa USIM dimana mereka akan dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan nasihat yang bermanfaat” MOHAMAD AFHAM HAFIZ TAHUN 3 FAKULTI PENGAJIAN QURAN & SUNNAH FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA “ Halaqah Universiti merupakan medium utama bagi mahasiswa dengan membudayakan ilmu Islam disamping berbincang mengenai permasalahan yang sering dipersoalkan dikalangan mahasiswa sendiri”. HASANAH BINTI TAIB TAHUN 3 FAKULTI SYARIAT & UNDANG-UNDANG “ Permasalahan ikhtilat dan penjagaan aurat dengan sempurna dapat dibendung bersempena kempen Saya Sayang Syariat (3S). MOHAMAD ARIF BIN KAMARUDIN TAHUN 3 FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT “ Liqa’ universiti merupakan medium utama dalam megeratkan ukhuwah antara pelajar senior dan junior, disamping mendalami ilmu agama”. “ Mengurangkan budaya 3K (kamar,kafe,kuliah) supaya dapat melahirkan mahasiswa yang aktif dalam pelajaran serta cakna dalam segala aktiviti di USIM”. FARHANAH BINTI BASIRAN TAHUN 2 FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA SITI ZAKIRAH BINTI JAAFAR TAHUN 3 FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT

NASIONAL 9 Bajet 2018: Diskaun 20% ke atas penyelesaian penuh pinjaman PTPTN oleh: Siti Azimah Yunus PETALING JAYA: Dalam usaha menggalakkan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan menawarkan beberapa insentif sehingga Disember 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan pinjaman sepenuhnya. “Diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan 50 peratus daripada pinjaman mereka,” katanya lagi. Beliau menambah bahawa, pinjaman melalui potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual. “Dalam hal berkaitan PTPTN ini, saya harap semua orang memahami bahawa hutang adalah hutang dan ia mesti dibayar. Saya berharap ini tidak dipolitikkan dan peminjam membayar balik apa yang mereka pinjam kerana generasi akan datang juga memerlukan pinjaman ini, seperti anda,” katanya dalam Bajet 2018 pada hari Jumaat. Najib juga berkata bahawa, RM200 juta diperuntukkan bagi pelajar daripada keluarga B40 yang sedang mengikuti kursus Bajet 2018: Kebajikan OKU, Kemudahan Pusat Jagaan Kanak-kanak Oleh: Siti Azimah binti Yunus PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan mewajibkan bangunan pejabat yang baharu untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Dalam teks ucapan Bajet 2018, Najib juga mengatakan bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 2022 akan berhak mendapat “Tabung Dana Permulaan” bernilai RM200 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Bhd (PNB). “Skim itu akan dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau sebagai ADAM50.” Najib berkata kehidupan pekerjaan yang seimbang bagi rakyat Malaysia adalah penting untuk menuju kepada aspirasi Transformasi Negara 2050 (TN50), dan mencadangkan inisiatif ini bermula di Kuala Lumpur. Potongan cukai bagi majikan yang menggaji OrangKurang Upaya (OKU) akan diperluas kepada pekerja dengan apa-apa penyakit kritikal, kata Najib. mana-mana rakyat Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 2022 akan berhak mendapat “Tabung Dana Permulaan” bernilai RM200 Beliau berkata bahawa Majlis Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan diminta menilai sama ada pekerja yang mempunyai penyakit kritikal masih boleh bekerja atau tidak. Najib berkata, ini juga akan dikenakan kepada mereka yang selamat dari kecederaan kritikal dalam kemalangan. Laporan daripada The Star pada 27 Oktober 2017, Jumaat. PERKARA yang menjadi fokus bagi menuju Aspirasi TN50 dalam Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober 2018. – Foto internet PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur – Foto internet diberikan period’ tempoh ‘grace period’ yang diberikan untuk menyelesaikan pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan selepas pengajian mereka - Datuk Seri Najib Tun Razak yang untuk menyelesaikan pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan selepas pengajian mereka tamat, berbanding enam bulan yang dipraktikkan sekarang. Beliau berkata bahawa, mereka yang ingin melanjutkan pengajian, contohnya diploma ke ijazah sarjana muda, boleh menggabungkan pinjaman berasingan mereka dan hanya perlu membayar balik setelah tamat pengajian. Laporan daripada The Star pada 27 Oktober 2017, Jumaat.

LENSA 10 KEMERIAHAN USIM MENJALANKAN PROGRAM Beberapa aktiviti dijalankan di Usim sepanjang bulan September sehingga November 2017. Program-program yang dijalankan dimeriahkan lagi oleh pelajar-pelajar usim. Mereka aktif dalam melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah. Antaranya adalah Kejohanan Olahraga Inter Fakulti ( KOIF ), International Cultural Exhibition(ICE), Dakwah Festival(DakFest), dan Majlis Konvoskesyen ke15. Pada KOIF kali ini telah dipertandingkan beberapa acara . KOIF merupakan kejohanan olahraga yang melibatkan pelajar di setiap fakulti di mana tujuannya untuk mencungkil dan menonjolkan bakat para pelajar agar mereka dapat mewakili universiti pergi ke tahap lebih tinggi. Dalam pada itu, program ICE adalah satu program yang memperkenalkan budaya antarabangsa kepada warga USIM. Antara budaya yang diperkenalkan ialah makanan,pakaian dan permainan tradisi. Mereka turut mendendangkan lagu kebangsaan mereka di dalam program ini. Seterusnya, Pusat Islam juga turut aktif dalam menjalankan program sepert halaqah. Hal ini merupakan salah satu program yang menceritakan tentang pengalaman penceramah ketika beliau berada di Palestin. Akhir sekali , Majlis Konvosyeken kali ke 15 telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor pada 21-23 Disember 2017. Majlis yang berlangsung selama 3 hari ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar usim sendiri. Olahraga Koif sedang berlangsung. Kenangan semasa berlangsungnya program dakwah festiv Tunku Mukhriz

iv LENSA 11 Sebahagian pelajar USIM bergambar bersama wakil pelajar dari hailand dalam program International Culture Exhibition ival di Kompleks Islam Salah seorang graduan dari Fakulti Sains Teknologi (FST) berkongsi kegembiraan bersama dua orang rakan nya .

MESEJ 12 Stress dan Akibatnya Oleh: Nur Fatihah binti Johari Keadaan atau masa yang menimbulkan stress selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Adakah anda tahu mengenai kesan stress ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem, malah mampu melemahkan tubuh kita sehingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa. Amatlah penting untuk kita ambil tahu tentang masalah stress. Buatlah apa sahaja keputusan yang mampu untuk mengurangkan kesan buruk stress. Stress juga mampu membunuh. Oleh itu, jangan biarkan ia membunuh kita atau orang yang kita sayang. Individu yang mengalami stress sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika hal ini berlaku, ia boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. Kegagalan menangani stress juga boleh membawa kesan ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya, sistem imun dapat mempertahankan tubuh daripada penyakit. Namun begitu, stress boleh melemahkan Cara Mudah untuk Mengatasi Stress Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stress. Dengan mengamalkan langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stress dapat dikurangkan. 1.Pemakanan yang betul Makan makanan yang betul dapat membantu kita menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Pastikan kita tidak terlupa untuk makan pada waktunya supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksanakan tugasan harian. Pada masa yang sama, pengambilan diet yang seimbang akan menjamin tubuh untuk mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru, pastikan kita mengambil makanan Doa hilang stres dan tekanan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah merbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika seseoramg itu sedang berhadapan dengan buruk masalah kesihatan, ia boleh memburukkan lagi keadaan. Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di dunia. Sebahagian daripada simptom atau petanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan mendapat penyakit stress. Peningkatan tekanan darah yang tinggi dan denyutan jantung yang berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, amatlah penting bagi seseorang untuk melakukan sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stress. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa stress yang boleh membunuh. yang menyumbang kepada kesejahteraan. Amalkan pengambilan protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral 2. Jangan membebankan diri Kadangkala bercita-cita kemampuan untuk kita mengambil diri. elakkan tugasan lebih seseorang itu terlalu tinggi dan terlupa akan Justeru, penting diri daripada daripada kemampuan kita. Laksanakan tugasan sedikit demi sedikit. Pecahkan tugasan yang besar kepada beberapa tugasan kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh badan dan minda kita. 3. Berehat Jika kita selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. ambil Justeru, jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah cuti selepas melaksanakan beberapa siri tugasan berat. Mendengar muzik klasik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengendalikan stress dengan baik. Dipetik daripada: www.Kesihatan.Biz pada tarikh 3 November 2017

MESEJ 13 Ict Pembazir Atau Pengisi Masa? Oleh: Nur Shahidah binti Sajah Masa merupakan sesuatu yang sangat penting di sisi Islam. Dalam surah Al‘Asr, Allah s.w.t. mengingatkan kita tentang masa. Surah tersebut memberi gambaran bahawa manusia berada dalam kerugian, melainkan jika manusia itu selama jangka masa hayatnya bertindak ke arah memenuhi perkara-perkara yang telah dinyatakan dalam surah tersebut. Setiap manusia diberi tempoh hidup yang telah ditetapkan oleh Allah, ada permulaannya dan ada penamat bagi tempoh tersebut. Ruang masa yang telah diberikan perlulah dimanfaatkan sepenuhnya supaya tiada kerugian seperti yang disebut dalam surah tersebut. Kerugian tersebut bukan sahaja di dunia, malah berlarutan sehingga akhirat kelak. Membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa membuat apa-apa yang bermakna ialah satu pembaziran. Ini dapat dikaitkan dalam kerugian yang disebut dalam surah Al-‘Asr. Pada hari ini, ramai manusia mengisi dimensi masa mereka dengan ICT. Persoalannya, bagaimana tabiat kita mengisi masa dengannya? Gambar sekadar hiasan Mengurus Masa Dengan ICT Bagaimana ICT boleh membantu manusia untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam kerugian? Berbanding dengan menggunakan ICT untuk aktiviti yang melekakan, ICT sewajarnya digunakan dan tablet mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan. Merebut 5 Tawaran Berharga Oleh: Nur Shahidah binti Sajah Kita jarang sekali cuba bermuhasabah menghitung nikmat-nikmat Allah Ta’ala kepada kita sedangkan Allah S.W.T. telah memberi cara untuk kita sentiasa bersyukur dan menghargai pelbagai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah al-Nahl 16: 18). Tetapi manusia, yang sering dihitung ialah apa yang tidak dimilikinya. Kita tidak memberi kesempatan kepada diri sendiri untuk menghargai nikmat yang telah dianugerahkan. Apa yang berada di tangan sering dikeluh-kesahkan dan tidak dihargai, sedangkan yang ada pada kita mungkin tiada pada orang lain. Antara nikmat Allah S.W.T. Rasulullah yang besar kepada manusia, seperti yang dikhabarkan S.A.W., mafhumnya: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum datangnya masa miskin, masa lapang sebelum tiba masa sibuk, masa muda sebelum masa tua, masa hidup sebelum tiba masa mati.”[Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]. PERTAMA: Sihat sebelum sakit Ketika sihat, isi masa tersebut dengan memperbanyakkan sahaja kita ibadat kepada Allah S.W.T. Bayangkan, sekiranya tiba-tiba yang mengakibatkan terlantar di katil. Ketika sakit, kita untuk menyimpan ibadat semasa hari tua. Tidakkah kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa disangka-sangka itu? ditimpa sakit berangan-angan kita akan menyesal Selain daripada fungsi jam dan penggera, fungsi-fungsi lain juga sangat berguna. Kalendar dapat merekodkan temu janji dan perancangan seharian supaya dapat merencana penggunaan masa pada hari tersebut. untuk membantu kita mengurus masa. Peralatan seperti telefon bimbit Aplikasi to-do-list pula membolehkan kita membuat senarai perkara yang perlu dibuat pada jangka masa pendek panjang. atau KEDUA: Kaya sebelum miskin. Harta kekayaan yang dianugerahkan Allah milik dilaburkan. bersama dan harus Pelaburan yang dibuat seharusnya memberikan keuntungan terutamanya untuk kehidupan akhirat. Antaranya dengan kaum cara menolong kerabat yang kesusahan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim dan orang miskin, menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya. KETIGA: Muda sebelum tua Untuk para remaja, hargailah masa muda sebelum tua. Mungkin kita tidak sedar, tenaga ketika muda itu lebih banyak untuk dimanfaatkan. Gunakan tenaga itu untuk jalan yang diredhai Allah. Jangan menyalahgunakan tenaga itu untuk membuat maksiat kepada Allah. Sudahlah yang memberi masa muda itu Allah, tetapi kita tanpa segan silu menggunakan nikmat masa muda itu untuk bermaksiat kepada Allah. Sementara itu, dengan fungsi nota kita dapat membuat nota ringkas mengenai apaapa sahaja. Malah, gambar dan rakaman yang diambil menggunakan fungsi kamera foto dan video juga mencipta satu rekod masa tentang sesuatu perkara yang telah berlaku. ICT perlu dijadikan sebagai alat menjaga masa, bukan alat membuang masa. Masa sebagai satu sumber yang tidak ternilai, jika dibazirkan akan membawa kepada amalan yang disukai syaitan. Masa mesti dilihat sebagai satu nikmat yang perlu disyukuri. Dengan bersyukur, kita meletakkan diri kita pada tingkat hamba Allah yang tinggi. Rasulullah sendiri seorang yang bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Biarpun baginda sudah terjamin syurga untuknya. Dipetik daripada: Majalah Solusi, Edisi 5/2013. KEEMPAT: Lapang sebelum sibuk Manusia mudah leka apabila dikurniakan nikmat masa lapang sehingga sewaktu mereka bermesra dengan keluarga, keluar berseronok dengan kawan-kawan. Sebab itu, Rasulullah s.a.w. menyarankan kepada kita untuk mengisi masa lapang sebelum datangnya masa sibuk. KELIMA: Hidup sebelum mati Inilah kesudahan yang jika terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang berpanjangan walaupun terpaksa bermandi dengan pancaran air mata darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah lagi diizinkan Allah S.W.T. segala-galanya. Malah untuk mengerjakan solat sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur tidak Mengapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat. Masa mati ialah masa untuk menerima balasan. Jika baik amalannya di dunia, maka rasailah nikmat kemanisannya. Jika buruk bekal amalannya, rasailah azab keperitannya. Masa hidup ialah masa bercucuk tanam, manakala masa mati ialah masa untuk menuai. Dipetik daripada: Majalah Gen-Q, Volume 2, Edisi 5/2013.

SOAL JAWAB 14 SOAL JAWAB AGAMA FIQH UMUM Oleh : Syazana Abd Rahman & Nur Syakila Gadimin 1) Apakah hukum bertaklid atau mengikut mazhab lain sedangkan di Malaysia hanya berpegang kepada mazhab syafie? Hukum asal bertaklid kepada mana-mana mazhab sanad, maka yang pasti dapat dinisbahkan kepada pengasasnya seperti jalur talaqqi dan hukumnya adalah dibolehkan. Tetapi perlu dibezakan antara beramal sendiri dan memberi fatwa. Individu bebas beramal dengan apa sahaja mazhab yang dipelajarinya, tetapi fatwa tidak. Ini kerana fatwa atau mufti di Malaysia telah diikat dengan undang-undang yang menghendaki mereka berfatwa dalam konteks Mazhab Syafie terutamanya sebelum berpindah kepada tiga mazhab yang lain iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali. 2) Puasa nazar tidak dapat dilaksanakan kerana meninggal dunia. Sekiranya ditinggal . “Barangsiapa mati padahal dia mempunyai puasa (ada qada’ puasa) akan menggantikan puasa ersebut oleh warisnya.” Riwayat Bukhari & Muslim. Rujukan (Hasyiah Baijuri) itu wajib diganti oleh waris. 3) Hukum mengqada’kan solat fardhu yang tertinggal samada sedar atau tidak? Solat fardu yang ditinggalkan secara sengaja ataupun tidak adalah wajib menqada’kannya. Sabda Nabi s.a.w. “Barangsiapa yang terlupa mendirikan solat, ataupun tertidur daripada melaksanakannya, maka kaffarahnya adalah melakukannya apabila dia mengingatinya.” (Riwayat Imam Muslim). Istinbat ulama’ fiqh mewajibkan qada’ solat berdasarkan hadis di atas adalah secara qias aulawiyy. Jika tidak sengaja pun wajib qada’ apatah lagi dengan sengaja meninggalkan, terlebih utamalah mengqada’kan. 4) Apakah hukum pelajar melanggar peraturan dari sudut masa kerana tidak menunaikan hak pelajar kepada guru? Sebarang tindakan pelajar universiti menyalahi etika pengajiannya,seperti tidak datang ke kelas, tidak belajar bersungguh-sungguh dan lainlain yang berkaitan dengan adab seorang pelajar. Hukum syar’ie berkaitannya adalah dengan melihat kepada akad yang dibuat. Sekiranya terdapat akad tertentu dengan pihak universiti ataupun pihak penaja pengajiannya supaya belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan kuliah, maka tindakannya mengambil sambil lewa dalam urusan pengajiannya adalah haram dan berdosa kerana dikira mengkhianati akad atau perjanjian tersebut. 5) Azan berkumandang ketika sedang solat. Apakah hukumnya? Sekiranya solat tersebut didirikan di dalam waktunya, maka solat tersebut sah. Azan adalah suatu syiar dan iklan menunjukkan telah masuk waktu bagi mereka yang tidak mengetahui tentang masuk atau tidak waktu solat. Cumanya, mereka yang mengambil pendekatan terus mendirikan solat sebaik mendengar kumandang azan akan menyebabkan luput fadhilat yang besar,iaitu mendapat syafaat Nabi pada hari khiamat (Riwayat Bukhari). Ini antara pandangan yang disebutkan oleh guru kami al-muhaddis Syeikh Ibrahim Al-Qattani. 6) Apakah hukum solat yang dilakukan sekiranya tidak khusyuk dan adakah ia dikira berdosa ? Pendapat yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi dan juga jumhur ulama bahawa solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk tidak membatalkan solat. Manakala jika seseorang melakukan perkara-perkara yang boleh menghalang kekhusyukan seperti banyak bergerak, berfikir perkaraperkara yang tiada kaitan dengan solat, banyak beralih ke kiri dan kanan, maka perbuatan tersebut adalah dimakruhkan. Walaupun begitu, tidak khusyuk di dalam solat akan mengurangkan pahala solat dan menjadikan solat seseorang itu tidak sempurna. Kami juga tidak menafikan bahawa pandangan yang mewajibkan untuk khusyuk di dalam solat mempunyai asas yang kukuh. Imam Ibn alQayyim pernah mengatakan: Solat orang-orang munafiq adalah solat anggota badan, bukannya solat jantung hat i . Lihat Madaar ij Al-Saalikin, Ibn al-Qayyim (1/354). Lakukanlah solat dengan penuh kekhusyukan serta hayat i lah int ipati bacaan yang dibaca di dalam solat, supaya solat kita tidaklah sekadar pergerakan anggota badan akan tetapi solat yang terzahir dar ipada kekhusyukan jiwa, kerendahan hat i, tunduk, serta patuh menghadapkan diri di hadapan Al lah. Kami berdoa supaya Al lah S.W.T memberikan kepada kita semua kekhusyukan di dalam solat dan semoga Al lah menerima segala amalan soleh yang kita lakukan. 7) perempuan Apakah batasan aurat muslimah hadapan perempuan kafir? Pandangan muktamad dalam mazhab Syafie, batasan aurat muslimah dan bukan muslimah ialah sama seperti auratnya dengan lelaki ajnabi. Namun, di sisi Imam Ghazali alashah, di sisi beliau ialah sama sahaja auratnya seperti dengan muslimah. (Raudah Nawawiyy) Talibin 8) Apakah hukumnya di sisi Islam bagi orang perempuan berpakaian menampakkan bentuk tubuh dan apakah hukumnya bagi orang yang sengaja melihat aurat orang? Dalam seperti menjawap persoalan ini, saya Menampakkan tubuh dengan berpakaian itu tidak dibolehkan dalam Islam kerana melanggar adab berpakaian yang yang sepatutunya longgar bagi perempuan. Melihat aurat orang lain secara sengaja hukumnya adalah berdosa dengan nas al-Quran dan hadis. Mengikut pendapat yang rajah dan sahih suara perempuan bukanlah aurat. Ia hanya dikira sebagai aurat jika suara berkenaan digunakan untuk perkara yang boleh menarik perhatian kaum lelaki. Kami menukilkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal Wa al-Haram Fi al-Islam berkenaan dengan ciri pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita, antara lain katanya: Pakaian wanita muslimah hendaklah bersopan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Manakala pakaian ala Islam ialah kesemua pakaian yang terkumpul padanya sifat-sifat ini: Pakaian itu hendaklah menutup aurat semua badan wanita kecuali di

SOAL JAWAB 15 Islam agama yang lengkap dan sempurna. apa yang dibolehkan oleh alQuran dan anggotanya yang ternampak menurut tapak qaul tangan yang yang diberatkan, iaitu wajah dan kedua sahaj a. Pakaian itu bukan dari jenis yang jarang, sehingga dapat menampakkan apa yang dibelakangnya kerana Nabi SAW bersabda mafhumnya: Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel (kerana memakai pakaian yang nipis atau yang menampakkan susuk badan), yang berjalan dengan berlenggang lenggok (sepert i perjalanan seorang pelacur), yang kepalanya terhuyunghayang laksana kelana unta yang wanita-wanita bergoyang-goyang, tidak itu akan memasuki syurga, sedangkan bau syurga itu akan tercium dalam jarak sekian dan sekian.” 9) Apakah pandangan Islam mengenai wanita yang menutup aurat tetapi hakikatnya masih mendedahkan aurat? Menutup aurat adalah wajib dan mendedahkannya adalah haram. Jelas di dalam alQuran pada surah an-Nur ayat 31 larangan mendedahkan aurat kecuali muka dan tapak tangan (tafsiran Saidatuna Aishah dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma). 10) Adakah mengangkat tangan ketika berdoa itu salah satu sebab makbulnya doa? Sebatas mana keperluan kita mengangkat tangan ketika berdoa? Ya, ia antara sebab cepat makbulnya doa. Sabda Nabi S.A.W, Allah malu apabila ada seseorang menadah tangan memohon kepada-Nya, namun dikembalikan dalam keadaan kosong tidak mendapat apa-apa. (Mafhum hadis) Riwayat Imam Tirmidzi. Di angkat kedua tangan separas dada, dengan keadaan tangan dirapatkan. 11) Benarkah kalau seseorang itu berada dalam keadaan hadas besar (ketika haid) ia tidak boleh memotong kuku? Dan benarkah rambut yang telah gugur itu perlu dibawa ketika mandi wajib? Hanya pendapat mazhab Syafie memakruhkan, tidak di sisi mazhab yang lain. Alasan ulama Syafie kerana kita akan dibangkitkan dengan semua anggota badan. Tidak mahu nanti ada anggota yang tidak suci. 12)Adakah dibolehkan menyapu muka dengan tangan kanan selepas kita memberi salam? Harus dan tidak sampai kepada haram. Sesetengan ulama’ mengatakan sebagai mengambil berkat kerana dalam solat ada doa. Nama BIODATA : Mohd Aizuddin bin Abdul Aziz Tarikh lahir : 6 Jun 1985 Pekerjaan : Guru Bahasa Kelulusan : BA Syariah (USIM), DIJAP (USIM) dan MA Syariah (USIM) Emel : aizuddin@usim.edu.my

PERSONALITI 16 Autisme Bukan Penghalang Menjadi Tahfiz Oleh: Nur Izzati binti Yusoff & Noraini Azian binti Azmi Autism bukan penghalang bagi seorang insan istimewa bernama Ahmad Zahiruddin bin Zailani, mahasiswa USIM Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah untuk menghafal al-Quran sebanyak 30 juzuk. Anak kelahiran Selangor yang berumur 21 tahun itu memulakan penghafalannya seawal usia 12 tahun. Beliau mendapat dorongan dan galakan daripada ibu bapanya untuk menghafal alQuran walaupun menyedari akan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah itu. Beliau memulakan penghafalan secara formal apabila diterima masuk ke Institut Darul Quran pada tahun 2014 ketika berumur 18 tahun. Latar Belakang Pendidikan Mesra disapa Zahir, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa bermula tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. Selepas itu, beliau menyambung pendidikannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Putra sehingga tingkatan empat dan seterusnya berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi dari tingkatan empat sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga merupakan seorang pelajar yang Ahmad Zahiruddin bin, pelajar Tahun 1 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) “ Janganlah melihat kepada kelemahan, tetapi perlulah melihat kepada kelebihan yang ada pada diri seseorang itu. “ - Zahir Biodata Personaliti Nama: Ahmad Zahiruddin Bin Zailani Umur: 21 Tahun Tarikh Lahir: 12 Disember 1996 Asal: Bukit Mahkota, Selangor Pendidikan: 1) Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Setapak 2) Sekolah Menengah: - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawang Baru - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Putra - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Bangi 3) Diploma: Institut Darul Quran Nama Ibu: Hanes Binti Mohd Nasir, 47 Tahun Nama Ayah: Zailani Bin Ahmad, 49 Tahun Hobi: Membaca Cita-Cita: Ahli Kimia Bilangan Adik- Beradik: Anak pertama dari 4 beradik Makanan Kegemaran: Makanan Barat Kata-Kata Nasihat: Janganlah melihat kepada kelemahan, tetapi perlulah melihat kepada kelebihan yang ada pada diri seseorang itu. cemerlang di sekolahnya. Beliau berjaya memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala, keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula masing-masing mendapat 9A dan 5A+ daripada 11 subjek yang diambil. Selepas tamat SPM, beliau mendapat dorongan daripada ibunya untuk memohon kemasukan pelajar tahfiz ke Institut Darul Quran (DQ). Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu berjaya mengkhatamkan hafalan 30 juzuk al-Quran selama dua tahun tiga bulan sepanjang tempoh tiga tahun di institut tersebut. Di samping itu, keputusan akademiknya juga pada tahap yang cemerlang apabila beliau memperoleh keputusan akhir sebanyak 3.68. pointer. Antara tips yang dikongsikan oleh beliau untuk menghafaz al-Quran ialah sentiasa mengambil pemakanan yang sihat dan menghafal al-Quran dalam suasana yang sunyi serta tiada gangguan dari sekeliling. Beliau turut meminati tokoh atau ulama Islam seperti Imam Hassan Al-Banna serta Ustaz Azhar Idrus dan menjadikan mereka sebagai contoh dalam hidupnya. Cabaran Insan Autisme Seperti yang diketahui umum, Autisme adalah istilah yang merujuk kepada sejenis gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalinkan hubungan dengan orang lain dan memberi respon terhadap dunia luar dengan baik. Seperti yang dinyatakan oleh beliau, antara cabaran yang dihadapinya adalah kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain dan pada masa yang sama, beliau juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu perkara. Namun, beliau sentiasa berpegang kepada nasihat ibunya yang menyuruh beliau agar sentiasa rajin belajar dan jangan sesekali meninggalkan solat. Walaupun dirinya merupakan seorang insan yang dilahirkan sebagai Autisme, namun beliau tidak menjadikan Autisme itu sebagai penghalang untuk membuktikan dirinya juga mempunyai kelebihan seperti mereka yang normal. Seperti yang dipegang oleh Ahmad Zahiruddin, “kita janganlah melihat kepada kelemahan tetapi perlulah melihat kepada kelebihan yang ada pada diri seseorang itu.”

SANTAI 17 >Gurau sayang >Cari benda tersembunyi >Silang kata Tapak gajah, titik merah, kepak itik, air >Sodoku

SUKAN 18 USIM dedah sukan memanah mengikut sunnah Oleh : Nur Syahirah binti Yazid NILAI, 12 NOV: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendedahkan sukan memanah secara sunnah kepada mahasiswa USIM khususnya yang tinggal di Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) dengan mengadakan Kursus Asas Memanah baru-baru ini. Kursus Asas Memanah ini diadakan di Dataran Nilai bermula jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari disertai seramai 15 orang peserta yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Siswa Siswi (JAKSA) KKSI di bawah Exco Sukan dan Rekreasi. Pengarah program, Siti Amirah binti Safar berkata sukan memanah terbahagi kepada dua iaitu memanah secara sunnah dan memanah secara moden tetapi sebagai permulaan awal, peserta didedahkan dengan memanah secara sunnah dahulu. “Tujuan kami mengadakan Kursus Asas Memanah ini adalah kerana kami melihat sukan memanah ini kurang mendapat pendedahan bagi warga KKSI sendiri,” ujarnya. Beliau berkata objektif program ini diadakan adalah untuk memberi sekarang akan lebih suka mengikuti sunnah Rasulullah dalam bersukan selain mendapat pahala dan juga ilmu. Amirah berkata pihak penganjur telah bersepakat memilih Muhammad Syahmi Shamshudin pelajar Tahun 3 Fakulti Pegajian Quran Sunnah (FPQS) sebagai tenaga pengajar kepada para peserta untuk kursus ini. Para peserta bergambar bersama selepas tamatnya Kursus Asas Memanah peluang kepada para peserta mendapat pendedahan asas dalam kemahiran memanah. “Selain itu, dapat memperkenalkan dan mengembangkan sukan memanah dalam kalangan peserta di samping dapat melahirkan atlet memanah yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh mengenai sukan ini,” katanya lagi. Salah seorang peserta program, Nurul Naillah Mohd Fauzi berkata bahawa, dia berasa sangat seronok dengan program yang dianjurkan selain mendapat banyak ilmu baru terutama kelebihan sukan memanah. “Antara kelebihan memanah ialah dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam membuat sesuatu benda termasuk dalam menimba ilmu,” ujarnya. Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan lagi supaya remaja “Sebab kami memilih beliau adalah kerana beliau seorang yang berpengalaman dan merupakan seorang ahli kelab memanah Rimayah Sunnah di Nilai,” katanya. Beliau memberitahu bahawa program ini merupakan aktiviti berkala bagi warga KKSI yang diadakan sebulan 2 kali. “In shaa Allah semoga program ini dapat diadakan lagi seperti yang dirancang dan mungkin kami akan membuka penyertaan dengan bilangan peserta yang lebih ramai lagi,” tambahnya. Beliau berharap agar segala ilmu memanah yang dipelajari daripada program ini dapat memberi kesan ke dalam diri peserta. Kejohanan Futsal Penalty Shootout pertama kali diadakan di USIM >> Pesta Konvokesyen USIM 15 galakkan penyertaan bagi yang kurang mahir Oleh: Nurulhuda Bt Che Soh NILAI, 18 NOV: Kejohanan Futsal (Penalty shootout) buat julung kalinya diadakan di Pusat Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari Ahad yang lalu bersempena dengan Pesta Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia kali ke- 15. Penganjur kejohanan, Mohammad Afif Mohd Nazri berkata, kejohanan ini adalah acara wajib bagi setiap tahun bersempena pesta konvokesyen yang diadakan, tetapi kejohanan futsal pada tahun ini telah diadakan sedikit berlainan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu dengan mengadakan kejohanan futsal melalui sepakan penalti sahaja. “Kebiasaannya yang kita selalu dengar hanya kejohanan bola sepak sahaja yang mempunyai sepakan penalti akan tetapi kali ini kami bawakan kelainan iaitu futsal sebagai sepakan penalti,” ujarnya. Beliau berkata, tujuan kejohanan ini diadakan adalah ingin menggalakkan agar semua orang yang kurang mahir bermain futsal menyertai kejohanan ini kerana mereka hanya perlu menyepak bola terus ke gol. Mohd Azizi Mohd Azmi, salah seorang peserta dari kumpulan pekerja USIM yang telah menjuarai kejohanan itu melahirkan rasa puas hati serta berbangga dengan pencapaian beliau dan rakanrakannya dalam acara ini. “Kami majoritinya daripada pekerja dan pelajar USIM sendiri, saya sangat bersyukur kerana dinobatkan sebagai juara pada kali ini,” katanya. Ujar beliau, latihan yang dilakukan sebelum menyertai pertandingan ini berhasil dengan jayanya walaupun memakan banyak masa dan tenaga. “Kejayaan ini adalah dari usaha gigih kami semua yang bertungkus lumus mengadakan latihan setiap malam,” Tendangan padu menerjah gol lawan daripada salah seorang peserta Futsal (Penalty Shootout). tambahnya lagi. Mohd Azizi berharap agar kejohanan ini mampu melahirkan lebih ramai juara yang akan mewakili USIM ke peringkat yang lebih tinggi serta memperkenalkan USIM ke serata tempat. Sebanyak 26 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan USIM serta orang awam.

SUKAN 19 FST juara bertahan Interfakulti USIM di UKM selain itu, ini adalah sukan tahunan USIM. Katanya, banyak rekod-rekod 2011, 2015 yang telah diperbaharui oleh peserta-peserta dan ini adalah satu petanda yang sangat baik. Anugerah Olahragawan dan Olahragawati dimenangi oleh Abdul Haq Bin Dolwahit dari Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) dan Nur Zahidah Binti Miskun dari Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM). Majlis penutup kejohanan ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar USIM, Prof Datuk Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan. Barisan atlet daripada Fakulti Sains Teknologi (FST) yang menjadi juara dalam kejohanan olahraga interfakulti USIM, bergambar beramai-ramai setelah tamat majlis penutupan. Oleh : Nurulhuda binti che soh Nilai, 22 Okt: Fakulti Sains Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membolot 13 pingat emas, 10 perak dan 8 gangsa sekaligus muncul sebagai juara dalam Kejohanan Olahraga Interfakulti universiti itu baru-baru ini. Bagi Exco Sukan Sekretariat FST, Muhamad Afiq Hazizi Bin Mahamood, menyifatkan strategi yang digunakan oleh pemain-pemain FST sangat berkesan sehingga ramai yang muncul juara pada kali ini. “Kami telah mengadakan ujian saringan kepada semua pelajar sebelum perlawanan dalam masa seminggu pada setiap petang,” ujarnya. Selain itu, ada senior-senior yang lebih berpengalaman yang masih bermain serta memberi tunjuk ajar kepada kami untuk lebih bagus, katanya lagi. “Saya berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang walaupun kita menghadapi saingan sengit daripada fakulti lain dalam beberapa acara,” ujarnya lagi. Pegawai Belia dan Sukan kanan merangkap Pengarah Kejohanan, Nur Ekmal Buhary berkata, objektif sukan ini adalah untuk mencari pemain mewakili SUKIPT yang akan berlangsung Ribuan peserta Nocturnal Run 2.0 membanjiri Kompleks Sukan USIM “Kami telah mengadakan ujian saringan kepada semua pelajar sebelum perlawanan dalam masa seminggu pada setiap petang” Muhamad Afiq Hazizi Bin Mahamood Exco Sukan Naib Canselor USIM, Prof. Dato Dr. Musa bin Ahmad (tengah) bergambar bersama para peserta Oleh : Nur Syahirah binti Yazid Nilai, 18 Nov: Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibanjiri oleh ribuan peserta Nocturnal Run 2.0 pada malam sabtu yang lepas. Mantan Exco Sukan Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 merangkap Pengarah Program, Muhammad Humaidi Mansor berkata program Nocturnal Run 2.0 pada tahun ini mendapat sambutan yang tinggi berbanding Nocturnal Run 1.0 yang diadakan pada tahun lepas. “Alhamdulillah, program Nocturnal Run 2.0 yang dianjurkan pada kali ini, peserta yang kami terima adalah 2 kali ganda daripada Nocturnal 1.0 tahun lepas,” katanya. Beliau memberitahu bahawa anggaran peserta pada tahun lepas adalah seramai 600 lebih, manakala pada tahun ini pula anggaran peserta adalah lebih kurang 1200 peserta termasuk pelajar usim serta orang luar dari sekitar nilai dan tempattempat yang lain. “Nocturnal Run 2.0 merupakan sebahagian programprogram yang dianjurkan sempena Pesta Konvokesyen kali ke-15 dan juga untuk mempromosikan kemeriahan pesta konvokesyen ini,” ujarnya lagi. Beliau berkata, objektif Nocturnal Run 2.0 ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan warga kampus dan warga sekitar nilai melalui program ini. “Selain itu, program ini diadakan adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping mempromosikan kempen FIT USIM yang telah dijalankan lebih kurang selama 2 tahun,’’ tambahnya lagi. Peserta Nocturnal Run 2.0, Syafinaz Sazali yang merupakan orang awam dari Putrajaya menjadi tarikan orang ramai dengan berlari bersama suami sambil masingmasing menolak kereta sorong 2 orang anaknya yang dihiasi lampu warna warni. “Sebab saya dan keluarga menyertai Nocturnal Run ini adalah kerana program larian seperti ini merupakan acara bulanan kami yang kami sertai sekurangkurangnya satu bulan sekali selain dapat membawa anak-anak bersiarsiar,” ujarnya. Siti Aisyah Mohd Zahir merupakan peserta yang menyertai program Nocturnal Run sebanyak 2 kali berturut- turut iaitu pada tahun lepas dan tahun ini. “Sambutan Nocturnal Run 2.0 kali ini saya lihat lebih ramai berbanding tahun lepas,” katanya. Humaidi berkata program ini berjalan dengan lancar kerana dibantu oleh seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa. Beliau berharap semoga warga USIM khususnya mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan sahaja melalui program-program yang dijalankan tetapi mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

USIM TODAY SUKAN! FST juara bertahan Interfakulti USIM >> SUKAN 19 OLAHRAGAWATI KOIF 2017 >>SUKAN 19 USIM dedah sukan memanah secara sunnah mengikut sunnah >> SUKAN 18 Kejohanan futsal Penalty Shootout pertama kali diadakan di USIM >> SUKAN 18 Ribuan peserta Nocturnal Run 2.0 Membanjiri Kompleks Sukan USIM >> SUKAN 19

1 Publizr

Index

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
Home


You need flash player to view this online publication