9

NASIONAL 9 Bajet 2018: Diskaun 20% ke atas penyelesaian penuh pinjaman PTPTN oleh: Siti Azimah Yunus PETALING JAYA: Dalam usaha menggalakkan pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan menawarkan beberapa insentif sehingga Disember 2018. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, diskaun 20 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan pinjaman sepenuhnya. “Diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang menyelesaikan 50 peratus daripada pinjaman mereka,” katanya lagi. Beliau menambah bahawa, pinjaman melalui potongan gaji atau debit langsung mengikut jadual. “Dalam hal berkaitan PTPTN ini, saya harap semua orang memahami bahawa hutang adalah hutang dan ia mesti dibayar. Saya berharap ini tidak dipolitikkan dan peminjam membayar balik apa yang mereka pinjam kerana generasi akan datang juga memerlukan pinjaman ini, seperti anda,” katanya dalam Bajet 2018 pada hari Jumaat. Najib juga berkata bahawa, RM200 juta diperuntukkan bagi pelajar daripada keluarga B40 yang sedang mengikuti kursus Bajet 2018: Kebajikan OKU, Kemudahan Pusat Jagaan Kanak-kanak Oleh: Siti Azimah binti Yunus PETALING JAYA: Pihak berkuasa tempatan mewajibkan bangunan pejabat yang baharu untuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Dalam teks ucapan Bajet 2018, Najib juga mengatakan bahawa mana-mana rakyat Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 2022 akan berhak mendapat “Tabung Dana Permulaan” bernilai RM200 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Bhd (PNB). “Skim itu akan dinamakan Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau sebagai ADAM50.” Najib berkata kehidupan pekerjaan yang seimbang bagi rakyat Malaysia adalah penting untuk menuju kepada aspirasi Transformasi Negara 2050 (TN50), dan mencadangkan inisiatif ini bermula di Kuala Lumpur. Potongan cukai bagi majikan yang menggaji OrangKurang Upaya (OKU) akan diperluas kepada pekerja dengan apa-apa penyakit kritikal, kata Najib. mana-mana rakyat Malaysia yang lahir antara 1 Januari 2018 hingga 2022 akan berhak mendapat “Tabung Dana Permulaan” bernilai RM200 Beliau berkata bahawa Majlis Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan diminta menilai sama ada pekerja yang mempunyai penyakit kritikal masih boleh bekerja atau tidak. Najib berkata, ini juga akan dikenakan kepada mereka yang selamat dari kecederaan kritikal dalam kemalangan. Laporan daripada The Star pada 27 Oktober 2017, Jumaat. PERKARA yang menjadi fokus bagi menuju Aspirasi TN50 dalam Bajet 2018 yang dibentangkan pada 27 Oktober 2018. – Foto internet PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur – Foto internet diberikan period’ tempoh ‘grace period’ yang diberikan untuk menyelesaikan pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan selepas pengajian mereka - Datuk Seri Najib Tun Razak yang untuk menyelesaikan pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan selepas pengajian mereka tamat, berbanding enam bulan yang dipraktikkan sekarang. Beliau berkata bahawa, mereka yang ingin melanjutkan pengajian, contohnya diploma ke ijazah sarjana muda, boleh menggabungkan pinjaman berasingan mereka dan hanya perlu membayar balik setelah tamat pengajian. Laporan daripada The Star pada 27 Oktober 2017, Jumaat.

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication