8

M/S | 8 DENGGI! – Apa kata mereka? Saban hari seringkali kita menerima berita mengenai demam denggi yang menyerang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Perkara ini amatlah membimbangkan semua pihak kerana demam denggi ini boleh membawa maut. Demi memastikan diri terjaga, kita hendaklah mengetahui tentang simptom-simptom demam denggi seperti demam panas, sakit kepala, sakit sendi dan banyak lagi. Jadi, USIM TODAY telah mendapatkan beberapa pandangan pelajar USIM yang menjadi mangsa denggi. Nyamuk Aedes (Gambar hiasan). APA KATA MEREKA ? Simptom-simptom demam denggi Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti: •Demam panas •Sakit kepala •Sakit tulang belakang •Sakit sendi-sendi •Loya dan muntah-muntah •Sakit biji mata •Ruam Sumber : Portal Myhealth “Punca nyamuk aedes ini membiak ialah disebabkan oleh air bertakung di kawasan ampaian tempat tinggal saya. Masing-masing tidak cakna dan tidak mengambil berat terhadap kawasan sekeliling mereka. Saya amat berharap kepada semua agar menjaga kebersihan tempat tinggal masing-masing dengan sentiasa melakukan gotong-royong. Juga peringatan kepada semua agar tidak keluar pada waktu senja kerana ia adalah waktu nyamuk aedes aktif berkeliaran.” -PUTERI NAJLAA FADZIL, FPBU TAHUN 3 “Denggi ini adalah satu penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sebab utama denggi ini membiak, berkemungkinan disebabkan oleh air bertakung dan kebersihan kawasan rumah yang tidak dijaga. Hal ini telah menyebabkan beberapa orang ahli rumah saya menjadi mangsa denggi. Pastikan air yang bertakung dibersihkan dan sentiasa bersihkan kawasan rumah dan sekeliling.” -NUR ANIS ADIBAH HAMID FPBU TAHUN 3 “Wabak denggi ini mungkin disebabkan oleh para pelajar tidak peka dengan kawasan sekeliling mereka. Walaupun pihak kesihatan selalu datang dan melakukan semburan asap terma (fogging), kawasan pembiakan nyamuk aedes tetap ada kerana mereka tidak membersihkan air bertakung dengan baik. Saya berharap agar pada masa akan datang semua pelajar mengambil berat dan cakna tentang tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling secara berkala supaya hal yang sama tidak berulang lagi iaitu tiada lagi pelajar yang menjadi mangsa demam denggi.” -ANIS FARISYA ANSHORI FPBU TAHUN 3 “Pembinaan yang dilakukan di kawasan kolej saya telah menyebabkan banyak air bertakung yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sampah sarap yang berkumpul juga menyebabkan perkumpulan nyamuk. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak menutup tong takungan air. Saya menyeru kepada para pelajar supaya menjaga kebersihan dan sentiasa menutup tong takungan air. Jabatan kesihatan juga hendaklah sentiasa melakukan pantauan dan segera mengambil tindakan apabila menerima laporan tentang kes denggi ini.” -NUR HANISAH HADI FPBU TAHUN 3

9 Publizr Home


You need flash player to view this online publication