9

M/S | 9 | Keadaan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah selepas kebakaran. Angkara Dendam, 23 Nyawa Terkorban Pusat Tahfiz Terbakar Angkara Dendam, 23 Nyawa Terkorban KUALA LUMPUR : Pada tanggal 14 September 2017, Malaysia telah digemparkan dengan peristiwa menyayat hati iaitu tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur yang telah meragut banyak nyawa. (Berita Harian, Khamis 14 September 2017) Kejadian yang berlaku pada awal pagi itu dipercayai bermula dari bahagian pintu yang terletak di bahagian tengah asrama. Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran tersebut dipercayai bermula pada jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan yang dikatakan berpunca daripada litar pintas. Kebakaran tersebut telah mengorbankan 23 mangsa termasuk dua guru pusat tahfiz berkenaan, selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar. Mangsa yang terkorban berusia antara 6 hingga 26 tahun. Sebahagian daripada mangsa ditemui dalam keadaan rentung manakala beberapa lagi lemas akibat terhidu asap. Bagi mengetahui punca sebenar kejadian, pihak polis telah menjalankan siasatan dan menjumpai punca kebakaran ini terjadi adalah bermotifkan dendam. (Berita Harian, Sabtu 16 September 2017) Setelah meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersebelahan pusat tahfiz berkenaan dan kawasan sekitar, pihak polis berjaya menahan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun yang mendalangi perbuatan itu kurang dari 48 jam selepas kejadian. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata siasatan awal mendapati, ejekan menjadi punca suspek membalas dendam dengan membakar premis itu menggunakan petrol dan dua tong gas. Beliau berkata dengan tertangkapnya semua suspek, pihaknya menganggap kes berkenaan selesai dan tiada lagi tangkapan susulan. Daripada tujuh orang suspek yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia dalam lingkungan16 hingga 18 tahun. Kebakaran bangunan pusat tahfiz di ibu negara itu dikatakan antara kebakaran terbesar yang pernah berlaku melibatkan jumlah kematian yang tinggi di negara ini iaitu seramai 23 orang, selepas tragedi asrama perempuan yang hangus terbakar di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya di Yan, Kedah yang telah meragut nyawa seramai 27 orang. (Sinar Harian, Khamis 14 September 2017)

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication