18

SUKAN 18 USIM dedah sukan memanah mengikut sunnah Oleh : Nur Syahirah binti Yazid NILAI, 12 NOV: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendedahkan sukan memanah secara sunnah kepada mahasiswa USIM khususnya yang tinggal di Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) dengan mengadakan Kursus Asas Memanah baru-baru ini. Kursus Asas Memanah ini diadakan di Dataran Nilai bermula jam 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari disertai seramai 15 orang peserta yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Siswa Siswi (JAKSA) KKSI di bawah Exco Sukan dan Rekreasi. Pengarah program, Siti Amirah binti Safar berkata sukan memanah terbahagi kepada dua iaitu memanah secara sunnah dan memanah secara moden tetapi sebagai permulaan awal, peserta didedahkan dengan memanah secara sunnah dahulu. “Tujuan kami mengadakan Kursus Asas Memanah ini adalah kerana kami melihat sukan memanah ini kurang mendapat pendedahan bagi warga KKSI sendiri,” ujarnya. Beliau berkata objektif program ini diadakan adalah untuk memberi sekarang akan lebih suka mengikuti sunnah Rasulullah dalam bersukan selain mendapat pahala dan juga ilmu. Amirah berkata pihak penganjur telah bersepakat memilih Muhammad Syahmi Shamshudin pelajar Tahun 3 Fakulti Pegajian Quran Sunnah (FPQS) sebagai tenaga pengajar kepada para peserta untuk kursus ini. Para peserta bergambar bersama selepas tamatnya Kursus Asas Memanah peluang kepada para peserta mendapat pendedahan asas dalam kemahiran memanah. “Selain itu, dapat memperkenalkan dan mengembangkan sukan memanah dalam kalangan peserta di samping dapat melahirkan atlet memanah yang mempunyai pengetahuan asas yang kukuh mengenai sukan ini,” katanya lagi. Salah seorang peserta program, Nurul Naillah Mohd Fauzi berkata bahawa, dia berasa sangat seronok dengan program yang dianjurkan selain mendapat banyak ilmu baru terutama kelebihan sukan memanah. “Antara kelebihan memanah ialah dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam membuat sesuatu benda termasuk dalam menimba ilmu,” ujarnya. Beliau juga berharap agar program ini dapat diteruskan lagi supaya remaja “Sebab kami memilih beliau adalah kerana beliau seorang yang berpengalaman dan merupakan seorang ahli kelab memanah Rimayah Sunnah di Nilai,” katanya. Beliau memberitahu bahawa program ini merupakan aktiviti berkala bagi warga KKSI yang diadakan sebulan 2 kali. “In shaa Allah semoga program ini dapat diadakan lagi seperti yang dirancang dan mungkin kami akan membuka penyertaan dengan bilangan peserta yang lebih ramai lagi,” tambahnya. Beliau berharap agar segala ilmu memanah yang dipelajari daripada program ini dapat memberi kesan ke dalam diri peserta. Kejohanan Futsal Penalty Shootout pertama kali diadakan di USIM >> Pesta Konvokesyen USIM 15 galakkan penyertaan bagi yang kurang mahir Oleh: Nurulhuda Bt Che Soh NILAI, 18 NOV: Kejohanan Futsal (Penalty shootout) buat julung kalinya diadakan di Pusat Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari Ahad yang lalu bersempena dengan Pesta Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia kali ke- 15. Penganjur kejohanan, Mohammad Afif Mohd Nazri berkata, kejohanan ini adalah acara wajib bagi setiap tahun bersempena pesta konvokesyen yang diadakan, tetapi kejohanan futsal pada tahun ini telah diadakan sedikit berlainan berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya iaitu dengan mengadakan kejohanan futsal melalui sepakan penalti sahaja. “Kebiasaannya yang kita selalu dengar hanya kejohanan bola sepak sahaja yang mempunyai sepakan penalti akan tetapi kali ini kami bawakan kelainan iaitu futsal sebagai sepakan penalti,” ujarnya. Beliau berkata, tujuan kejohanan ini diadakan adalah ingin menggalakkan agar semua orang yang kurang mahir bermain futsal menyertai kejohanan ini kerana mereka hanya perlu menyepak bola terus ke gol. Mohd Azizi Mohd Azmi, salah seorang peserta dari kumpulan pekerja USIM yang telah menjuarai kejohanan itu melahirkan rasa puas hati serta berbangga dengan pencapaian beliau dan rakanrakannya dalam acara ini. “Kami majoritinya daripada pekerja dan pelajar USIM sendiri, saya sangat bersyukur kerana dinobatkan sebagai juara pada kali ini,” katanya. Ujar beliau, latihan yang dilakukan sebelum menyertai pertandingan ini berhasil dengan jayanya walaupun memakan banyak masa dan tenaga. “Kejayaan ini adalah dari usaha gigih kami semua yang bertungkus lumus mengadakan latihan setiap malam,” Tendangan padu menerjah gol lawan daripada salah seorang peserta Futsal (Penalty Shootout). tambahnya lagi. Mohd Azizi berharap agar kejohanan ini mampu melahirkan lebih ramai juara yang akan mewakili USIM ke peringkat yang lebih tinggi serta memperkenalkan USIM ke serata tempat. Sebanyak 26 pasukan telah menyertai kejohanan ini yang terdiri daripada para pelajar dan kakitangan USIM serta orang awam.

19 Publizr Home


You need flash player to view this online publication