19

SUKAN 19 FST juara bertahan Interfakulti USIM di UKM selain itu, ini adalah sukan tahunan USIM. Katanya, banyak rekod-rekod 2011, 2015 yang telah diperbaharui oleh peserta-peserta dan ini adalah satu petanda yang sangat baik. Anugerah Olahragawan dan Olahragawati dimenangi oleh Abdul Haq Bin Dolwahit dari Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) dan Nur Zahidah Binti Miskun dari Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM). Majlis penutup kejohanan ini disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar USIM, Prof Datuk Dr Hasan Basri Awang Mat Dahan. Barisan atlet daripada Fakulti Sains Teknologi (FST) yang menjadi juara dalam kejohanan olahraga interfakulti USIM, bergambar beramai-ramai setelah tamat majlis penutupan. Oleh : Nurulhuda binti che soh Nilai, 22 Okt: Fakulti Sains Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membolot 13 pingat emas, 10 perak dan 8 gangsa sekaligus muncul sebagai juara dalam Kejohanan Olahraga Interfakulti universiti itu baru-baru ini. Bagi Exco Sukan Sekretariat FST, Muhamad Afiq Hazizi Bin Mahamood, menyifatkan strategi yang digunakan oleh pemain-pemain FST sangat berkesan sehingga ramai yang muncul juara pada kali ini. “Kami telah mengadakan ujian saringan kepada semua pelajar sebelum perlawanan dalam masa seminggu pada setiap petang,” ujarnya. Selain itu, ada senior-senior yang lebih berpengalaman yang masih bermain serta memberi tunjuk ajar kepada kami untuk lebih bagus, katanya lagi. “Saya berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang walaupun kita menghadapi saingan sengit daripada fakulti lain dalam beberapa acara,” ujarnya lagi. Pegawai Belia dan Sukan kanan merangkap Pengarah Kejohanan, Nur Ekmal Buhary berkata, objektif sukan ini adalah untuk mencari pemain mewakili SUKIPT yang akan berlangsung Ribuan peserta Nocturnal Run 2.0 membanjiri Kompleks Sukan USIM “Kami telah mengadakan ujian saringan kepada semua pelajar sebelum perlawanan dalam masa seminggu pada setiap petang” Muhamad Afiq Hazizi Bin Mahamood Exco Sukan Naib Canselor USIM, Prof. Dato Dr. Musa bin Ahmad (tengah) bergambar bersama para peserta Oleh : Nur Syahirah binti Yazid Nilai, 18 Nov: Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibanjiri oleh ribuan peserta Nocturnal Run 2.0 pada malam sabtu yang lepas. Mantan Exco Sukan Majlis Perwakilan Pelajar 2016/2017 merangkap Pengarah Program, Muhammad Humaidi Mansor berkata program Nocturnal Run 2.0 pada tahun ini mendapat sambutan yang tinggi berbanding Nocturnal Run 1.0 yang diadakan pada tahun lepas. “Alhamdulillah, program Nocturnal Run 2.0 yang dianjurkan pada kali ini, peserta yang kami terima adalah 2 kali ganda daripada Nocturnal 1.0 tahun lepas,” katanya. Beliau memberitahu bahawa anggaran peserta pada tahun lepas adalah seramai 600 lebih, manakala pada tahun ini pula anggaran peserta adalah lebih kurang 1200 peserta termasuk pelajar usim serta orang luar dari sekitar nilai dan tempattempat yang lain. “Nocturnal Run 2.0 merupakan sebahagian programprogram yang dianjurkan sempena Pesta Konvokesyen kali ke-15 dan juga untuk mempromosikan kemeriahan pesta konvokesyen ini,” ujarnya lagi. Beliau berkata, objektif Nocturnal Run 2.0 ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan warga kampus dan warga sekitar nilai melalui program ini. “Selain itu, program ini diadakan adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat di samping mempromosikan kempen FIT USIM yang telah dijalankan lebih kurang selama 2 tahun,’’ tambahnya lagi. Peserta Nocturnal Run 2.0, Syafinaz Sazali yang merupakan orang awam dari Putrajaya menjadi tarikan orang ramai dengan berlari bersama suami sambil masingmasing menolak kereta sorong 2 orang anaknya yang dihiasi lampu warna warni. “Sebab saya dan keluarga menyertai Nocturnal Run ini adalah kerana program larian seperti ini merupakan acara bulanan kami yang kami sertai sekurangkurangnya satu bulan sekali selain dapat membawa anak-anak bersiarsiar,” ujarnya. Siti Aisyah Mohd Zahir merupakan peserta yang menyertai program Nocturnal Run sebanyak 2 kali berturut- turut iaitu pada tahun lepas dan tahun ini. “Sambutan Nocturnal Run 2.0 kali ini saya lihat lebih ramai berbanding tahun lepas,” katanya. Humaidi berkata program ini berjalan dengan lancar kerana dibantu oleh seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa. Beliau berharap semoga warga USIM khususnya mengamalkan gaya hidup yang sihat bukan sahaja melalui program-program yang dijalankan tetapi mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.

20 Publizr Home


You need flash player to view this online publication