33

awam kerana ianya dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat. Sungguhpun begitu, tidak dinafikan bahawa masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang kurang berpuas hati terhadap pelaksanaan undang-undang ini sehingga ada yang membuat jenaka yang bersifat kurang bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa larangan merokok di luar membuatkan risiko menerima asap rokok lebih tinggi di rumah kerana perokok akan lebih banyak menghabiskan masa merokok di rumah. Ironinya, bukankah sepatutnya perokok itu sendiri sedar bahawa merokok walau di mana sekalipun akan memberikan kesan terhadap kesihatan orang sekeliling yang menghidu asap rokok berkenaan. Fahami Bahaya Merokok di Tempat Awam Hal ini bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang begitu sahaja kerana penghidu asap rokok secara pasif khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan bayi turut terdedah dengan risiko kesihatan. Malah, pekerja-pekerja di restoran juga antara yang berisiko tinggi dalam menghidu asap rokok pelanggan yang sewajarnya hak mereka ini turut dijaga. Profesor Madya Dr. Banandur dari National Institute of Mental Health and Neuro Sciences dan rakan-rakannya menerusi kajian yang bertajuk “Awareness and Compliance to anti-Smoking Law in South Bengaluru, India” pada tahun 2017 menyatakan bahawa penghidu asap rokok secara pasif terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser, gangguan pernafasan dan penyakit jantung. Jelas sekali, seperti yang dinyatakan oleh Naiman dari Institute for Clinical and Evaluative Studies, Toronto Canada dan rakan-rakannya menerusi kajian mereka yang bertajuk “is There an Impact of Public Smoking Bans on Self-Reported Smoking Status and Exposure to Secondhand Smoke?” pada tahun 2011, pengenalan dan pelaksanaan undang-undang larangan merokok di tempat awam amat penting kerana ianya memberikan impak positif terhadap kurangnya risiko penghidu asap rokok pasif untuk terdedah kepada asap rokok di tempat awam dan tempat kerja.

34 Publizr Home


You need flash player to view this online publication