Selain itu, amalan merokok juga sebenarnya secara tidak langsung boleh memberikan kesan terhadap tingkah laku kanak-kanak yang lazimnya mencontohi kelakuan orang dewasa yang merokok di hadapan mereka. Malah dalam agama Islam sendiri, Allah S.W.T. jelas berfirman dalam Surah Al-A’raaf ayat 157 yang bermaksud “ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggubelenggu yang ada pada mereka”. Penutup: Komunikasi Kesihatan dalam Memberi Kesedaran Justeru, dalam perspektif komunikasi kesihatan, kesedaran dan pendidikan berkenaan isu rokok ini perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui aktiviti seperti kempen pendidikan. Ianya tidak boleh bersifat bermusim pada waktu-waktu tertentu sahaja. Keberkesanan kempen pendidikan dibuktikan menerusi kajian lepas seperti Luo dari Centre for Behavioural and Cognition Research, University of Science and Technology of China dan rakan-rakannya pada tahun 2015 yang bertajuk “The Effects of Educational Campaigns and Smoking Bans in Public Places on Smokers’ Intention to Quit Smoking: Findings from 17 Cities in China” yang menunjukkan bahawa kempen pendidikan mampu mempengaruhi tingkah laku perokok untuk berhenti rokok selain dari pelaksanaan undang-undang larangan merokok di tempat awam di negara berkenaan. Justeru, usaha berterusan melalui kempen pendidikan amat penting bagi membentuk satu budaya bebas rokok yang baharu di negara ini yang memberikan kebaikan kepada semua pihak.
35 Publizr Home