32

Pentingnya Kempen Pendidikan Larangan Merokok di Tempat Awam Dr. Mohamad Saifudin Mohamad Salleh Universiti Sains Malaysia saifudinsaleh@usm.my Executive Summary: This article will focus on the discussions of the recent law that ban public smoking, as an initiative introduced by the Malaysian government. In the article, the author will highlight the public’s reaction towards the smoking ban law, its positive impact towards health, and the pivotal campaign and publicity that support the law in Malaysia. Pengenalan Masih belum terlambat untuk mengucapkan syabas kepada kerajaan Malaysia atas keseriusan dalam penguatkuasaan undang-undang pengharaman aktiviti merokok di semua restoran dan kedai makan di seluruh negara pada awal Januari lalu. Dapat disimpulkan bahawa majoriti dari rakyat Malaysia bersikap terbuka dan positif dalam menerima undang-undang baharu ini yang dilihat membawa kebaikan. Dalam hal ini, khusus berkaitan dengan kesihatan orang awam, majoriti daripada kita yang tidak merokok sering menerima tempias asap rokok oleh perokok aktif yang dahulunya bebas merokok. Kewujudan platform seperti talian bebas tol yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang membolehkan masyarakat membuat aduan secara dalam talian terhadap mereka yang masih ingkar dalam mematuhi undang-undang ini turut disambut baik oleh masyarakat. Sambutan positif masyarakat terhadap penguatkuasaan undang-undang sebegini sememangnya dapat dijangka kerana pengkaji lepas seperti Profesor Bhat dari Rajasthan University of Health Sciences, Jaipur, India bersama rakan-rakannya melalui kajian mereka yang bertajuk “Effect of Anti-Smoking Legislation in Public Places” pada tahun 2015 telah mendapati bahawa majoriti dari responden yang terdiri dalam kalangan bukan perokok dan perokok aktif yang menjawab soal selidik mereka di negara berkenaan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang anti rokok di tempat

33 Publizr Home


You need flash player to view this online publication