Melayu turut berakar umbi dari Indonesia yang dibawa masuk melalui gerakan politik dan akhbar. Penerbitan Akhbar dan Majalah Pada peringkat awal, penerbitan akhbar dan majalah dipelopori dan dibiayai oleh keluarga Arab kaya dan berpengaruh. Majalah Al-Imam (1906) lahir hasil kerjasama anak muda Melayu dan keturunan Arab seperti Sayyid Mohammad Salim al-Kalali, pengasas al-Imam dibantu oleh Sayyid Sheikh Ahmad al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohammad Taha dan Sayyid Mohamad Aqil. Al-Imam mempunyai persamaan dengan al-Manar(1898-1935), sebuah majalah reformis dari Mesir yang mempelopori idea Pan-Islam. Al-Imam menyeru umat Islam bersatu menentang penjajahan Barat, menggesa orang Melayu menuntut ilmu dan mengingatkan mereka tentang keadaan orang Melayu yang masih mundur. Sayyid Sheikh Al-Hadi menerbitkan akhbar Saudara (1928) dan majalah alIkhwan (1926-1931) yang dicetak oleh syarikat beliau, iaitu The Jelutong Press. Saudara merupakan akhbar yang berpengaruh sekitar tahun 1930-an sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Perjuangan Al-Ikhwan tidak jauh beza dari al-Imam seperti membincangkan isu politik serta menuntut peluang sama rata dalam aspek pendidikan tanpa mengira status sosial. Menururt Iskandar dalam penulisan beliau Persuratkhabaran Melayu (18761968) pada tahun 1973, majalah Lembaga (1934-1941) diterbitkan oleh orang Arab di Singapura dibawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan kemudiaannya diambil alih oleh Syed Alwi bin Syed Sheikh Ahmad al-Hadi. Menurut Syed Mohsen al-Sagoff, Syed Huseein bin Ali al-Sagoff menerbitkan Warta Malaya (1930-1942) sebuah akhbar harian Melayu pada Januari 1930. Pada mulanya akhbar ini dicetak oleh syarikat AngloAsiatic Press yang kemudiannya diambil alih oleh keluarga alSagoff dan diberi nama Warta Malaya Press Ltd. Warta Malaya Press Ltd turut menerbitkan Warta Ahad (1935-1941) dan Warta Jenaka (1936-1941) iaitu majalah dan akhbar mingguan. Dato’ Onn b. Jaafar, Abdul Rahim Kajai dan Syed Hussein b. Ali menjadi editor akhbar ini. Akhbar-akhbar ini terpaksa dihentikan penerbitan menjelang perang Dunia Kedua. Selain itu, Syed Hussein juga turut membiayai penerbitan majalah Genuine Islam (1936-1939) dan al-Qalam1950-1968. Contoh akhbar dan majalah yang diterbitkan di Malaysia
30 Publizr Home