30

Warta Malaya (1930) Majalah al-Imam (1906) Akhbar Warta Malaya membincangkan pelbagai isu seperti pendidikan dan ekonomi serta kebimbangan terhadap kaum bukan Melayu yang mula menuntut hak mereka. Menurut Roff dalam The Origins of Malay Nationalism, Warta Malaya turut menyuarakan agar orang Melayu diberikan peluang dalam jawatan pentadbiran. Menurut Meskipun industri media cetak berkembang pesat ketika itu, namun kadar celik huruf dalam kalangan orang Melayu masih rendah. Pihak British pula sentiasa mengawal dan menyekat pengeluaran akhbar dan majalah berunsur reformis dan anti-penjajah. Penutup Penglibatan orang Arab dalam bidang penerbitan bukan hanya bagi tujuan komersial semata-mata. Pendekatan serampang dua mata ini adalah usaha menyedarkan orang Melayu tentang keadaan politik, ekonomi dan sosial mereka yang jauh ketinggalan berbanding kaum pendatang. Penglibatan golongan intelektual Melayu berpendidikan Inggeris seperti Onn Jaafar merupakan satu pengalaman penting kepada beliau dalam memperjuangkan nasib orang Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. BIBLIOGRAFI A.M. Iskandar Haji Ahmad. (1973). Persuratkhabaran Melayu, 1876-1968. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Md. Sidin Ahmad Ishak & Mohammad Redzuan Othman. (2000). The Malays in the Middle East, with a Bibliography of Malay Printed Works Published in the Middle East. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

31 Publizr Home


You need flash player to view this online publication