28

Orang Arab dalam bidang Penerbitan Akhbar dan Majalah di Malaysia Dr. Latifah Abdul Latiff Universiti Sains Islam Malaysia latifah@usim.edu.my Executive Summary: Newspaper is one of the mediums for communicating information to the public. However, not many people know the history of newspaper publishing in Malaysia. Findings show that the Arabs were among the pioneers of Malaysian newspapers. Saudara, Warta Malaya, al-Ikhwan and al-Imam were among their publications that featured various issues engaging the Malays. Pengenalan Akhbar merupakan salah satu medium dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Namun, tidak ramai yang mengetahui sejarah penerbitan akhbar di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa orang Arab merupakan antara pelopor penerbitan akhbar di Malaysia. Saudara, Warta Malaya, al-Ikhwan dan al-Imam merupakan antara akhbar dan majalah terbitan mereka yang memaparkan pelbagai isu semasa melibatkan orang Melayu. Pengenalan Sejarah penerbitan akhbar di Malaysia berkait rapat dengan penglibatan orang Arab serta perkembangan politik yang berlaku di dunia Arab, khasnya Mesir pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi. Menurut Profesor Md Sidin dan rakan dalam buku mereka bertajuk The Malays in the Middle East pada tahun 2000, mengaitkan penerbitan akhbar Ittihad (1913) dan Seruan Azhar (1925) oleh pelajar Melayu dengan gerakan pembaharuan Islam di Mesir yang dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani (1839-1897). Kesannya golongan reformis Melayu yang dikenali sebagai kaum muda mula bangkit memperjuangkan semangat nasionalisme dan pembaharuan melalui penerbitan akhbar dan majalah. Menurut Profesor Ramlah dalam penulisan beliau ‘Lembaga Malaya 1934-1941’ pada tahun 1979, mengatakan bahawa kesedaran politik orang

29 Publizr Home


You need flash player to view this online publication