4

4 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Pentas da’i dapat sambutan pelajar USIM Oleh: Nadia Ashikin Bt Hasban NILAI, 6 Okt- Pertandingan pencarian Daie USIM anjuran pelajar tahun empat Fakulti Ekonomi Dan Muamalat bersempena dengan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-13 menyaksikan seramai 11 orang peserta yang bersaing di atas pentas bagi merangkul gelaran juara. Mereka yang menyertai Pentas Megastar Daie USIM ini terdiri daripada pelajar Tamhidi hingga pelajar tahun empat dengan membawa nama fakulti masing masing. 13 dihadiri Pentas Utama ICEPS sebilangan besar pelajar USIM dan orang awam bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi Pentas Megastar Daie USIM yang julung julung kalinya diadakan. Program ini telah diadili oleh empat barisan juri professional iaitu Dr Hamidi Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan Pengurusan, Daie Afiqah, Naib Juara program Daie Pendakwah Nusantara musim ke lima, Mohd Zuhaily Yusof, Presiden SPMM 2016/2017 dan Nik Mohd Fadlan Nik Mahmod. Azimah Zahrah bt Abdul Aziz, 22, pelajar tahun empat mewakili Fakulti Ekonomi dan Muamalat, berkata beliau menyertai program ini kerana pentas pada malam tersebut merupakan salah satu platform terbaik bagi beliau untuk berkongsi sedikit ilmu bersama dengan semua yang hadir pada malam itu sekaligus sebagai nasihat untuk diri beliau sendiri. “Kita perlu berdakwah dengan pelbagai cara dan saya rasa program Daie ini merupakan program yang boleh membuka mata dan minda kita untuk sentiasa berdakwah dan tidak semestinya kita perlu menjadi baik dan sempurna untuk berdakwah,” tambahnya lagi. Juara Pentas Megastar Antara pemenang Pentas Megastar Da’i di hadapan pentas iCEPS. Dari kiri, Muhammad Faatir Bin Hamdan (Juara), Dzafir Firdaus Bin Ahmad Zubairi (Naib johan) dan Muhammad Arif Hakimi Bin Maludin (Ketiga). Muhammad Faris Bin Zahari, 22, Timbalan Pengarah program ini berkata bahawa idea untuk mengadakan pertandingan ini tercetus daripada program Daie FEM yang telah dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi Muamalat pada semester lepas. Beliau turut menambah bahawa idea asal untuk program malam tersebut adalah Battle Of Nasyid tetapi telah ditukar kepada Pentas Megastar Daie USIM disebabkan kekurangan bajet dan pihak penaja. “Saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi terutamanya pada iCEPS akan Pelajar jurusan pemasaran terima anugerah ‘FEM Entrepreneur of The Year’ Oleh: Mohammad Fikri Bin Tamjehi NILAI, 6 Otk- Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-13 yang dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi penganugerahan kepada usahawanusahawan muda yang berjaya dalam perniagaan mereka. Dalam ucapannya beliau berkata program ini adalah penting untuk melahirkan keluarga yang berciri keusahawanan sekaligus untuk mencapai aspirasi merealisasikan USIM Kampus Barakah menjelang 2017. Salah seorang pemenang anugerah ‘FEM Entrepreneur of The Year’ ialah Muhammad Nazirul Nazrin Bin Abd Rahman, 22, pelajar jurusan Pemasaran Perkhidmatan Kewangan. Beliau menjalankan perniagaan bertemakan ‘eco-adventure tourism’ dan menjadikan ‘water rafting’ sebagai aktiviti utama yang beroperasi di 3 buah tempat iaitu Gopeng, Slim River dan Kuala Kubu Bharu. “Sebelum ini banyak pengusaha luar yang menjalankan ‘ Bagi saya, pada awalnya saya cuma ingin mengisi masa lapang dan mencari pendapatan sampingan, tetapi setelah berfikir panjang selepas tamat belajar pasti akan menganggur, jadi saya perlulah mencari alternatif lain dengan menceburi bidang keusahawanan. ’ Muhammad Nazirul Nazrin Bin Abd Rahman. perniagaan sebegini, apabila wujudnya peluang, saya sebagai anak jati kenapa tidak mengusahakan aktiviti ini sebagai satu aktiviti keusahawanan. “Bagi saya, pada awalnya saya cuma ingin mengisi masa lapang dan mencari pendapatan sampingan, tetapi setelah berfikir panjang selepas tamat belajar pasti akan menganggur, jadi saya perlulah mencari alternatif lain dengan menceburi bidang keusahawanan,” katanya dalam sebuah sidang media. Salah seorang peserta, Muhammad Hafiz Bin Muhammad Sobri, 20, pelajar jurusan Kewangan Perbankan Islam yang juga anggota program iCEPS berkata program sebegini memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan. “Program ini sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar untuk lebih cenderung ke arah keusahawanan. “Program sebegini juga memberikan satu pendekatan ke arah keusahawanan kerana sekarang ini kita tahu bahawa peluang pekerjaan semakin sukar untuk diperoleh terutamanya bagi graduan baharu,” katanya. datang kerana sambutan yang diberikan oleh seluruh warga USIM sangat menggalakkan dan saya percaya program ini dapat melahirkan lebih ramai pendakwah yang berjaya dari USIM,” ujarnya. Salah seorang daripada peserta yang bertanding, saudari HOPE bantu pelajar tambah pengalaman perniagaan Oleh: Nadia Ashikin BT Hasban NILAI, 21 Nov 2017- “Graduan yang keluar dari sebagai pelajar HOPE akan diiktiraf sebagai graduan berpengalaman bukan sahaja atas nama ‘fresh graduate’,” ujar Encik Azman Bidin, Hope USIM. Beliau berkata ketika program bual bicara ‘Graduate Entrepreneur with HOPE’ bertempat di Pentas Utama pesta konvo. Menampilkan empat orang personaliti hebat dalam dunia perniagaan antaranya Encik Azman Bidin, Founder HOPE USIM, Puan Haliza Zainal Abidin, Founder Heliz cookies, Puan Noor Aziah Mohamed Amin dari Aktif Otak Corporate Services dan Encik Mohd Suhaimi Saiful, Founder Fleur. Encik Azman Bidin juga berkata, bahawa penubuhan HOPE ini adalah bagi mencapai aspirasi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). Selain itu, salah seorang pelajar HOPE, Nurul Syahirah binti Arsyad berkata program universiti HOPE ini mendedahkan cara untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. “Dalam usia kami yang Founder muda ini, kami berpeluang untuk masuk ke dalam dunia korporat dan merasai sendiri pengalaman dalam dunia perniagaan yang mana ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan dapat membantu kami supaya lebih maju dalam bidang keusahawanan,” tambahnya lagi. Di samping itu, Encik Mohd Suhaimi Saiful berkata,“idea untuk menubuhkan bisnes Fleur ini adalah apabila saya terbaca satu artikel di muka hadapan akhbar Sinar pada bulan Ramadhan tahun lepas mengatakan tiga juta kenderaan di luar negeri Kelantan pulang ke negeri Kelantan pada musim perayaan,”. Beliau berkata lagi berdasarkan artikel tersebut beliau telah melakukan satu kajian dan mendapati jumlah kenderaan yang berdaftar di Malaysia ialah sebanyak 28.2 juta buah kenderaan. Daie USIM Muhammad Faatir Bin Hamdan, 19, pelajar tahun satu mewakili Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, berkata, beliau terdorong untuk menceburi program pada malam tersebut adalah untuk membuka minda rakan-rakan supaya berani ke hadapan dan untuk membuktikan bahawa umat Islam itu semuanya boleh berbicara dan berhujah dengan ilmu yang sebenarnya.

5 Publizr Home


You need flash player to view this online publication