0

ISSSN 2600-7754 OKT-NOV 2017 ISU 4, VOL. 1 2017/2018 RM 2.00 web usimtoday.com.my usimtodaytba3@gmail.com MPP tukar tampuk kepimpinan baharu. >3 Berita semasa 2,562 Graduan USIM dirai >3 facebook.com/UsimToday TUNKU MUHRIZ PERKENAN RASMI KOMPLEKS ISLAM SUKAN: FBeaST ungguli KOIF 2017. >19 WAKTU SOLAT TAHUN 2017 (NILAI - SABTU 16 Disember2017) Solat Imsak Subuh Syuruk Waktu 5 :36 5 :46 7 :09 Zohor Asar Magrib Isyak 13 :10 16 :33 19 :08 20 :23 Tuanku Muhriz sedang menandatangani plak sempena Majlis Perasmian Kompleks Islam di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz. Nilai- Pada 4 Oktober 2017 diadakan Majlis Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz bertempat di Kompleks Islam itu sendiri yang telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz. Kompleks Islam ini siap dibina sepenuhnya setelah hampir 22 bulan projek pembinaan semula bermula Jun tahun lalu dengan kos pembinaan bernilai RM20 juta. >Lihat muka 2

2 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Tuanku Muhriz rasmi mercu baharu USIM Oleh: Norli Marlina Bt Mamat NILAI, 4 Okt- Perasmian Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang merupakan mercu baharu USIM telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, baru-baru ini. Setelah hampir 22 bulan projek pembinaan Kompleks Islam Tuanku Muhriz yang bermula pada Jun tahun lalu, akhirnya kompleks ini siap dibina sepenuhnya dan dibuka kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terutamanya kepada para pelajar dan staf. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dan beliau berkata dalam ucapannya bahawa kos pembinaan untuk projek tersebut dianggar bernilai lebih RM20 juta. “Pada 1 Ramadhan yang lepas kita telah menunaikan solat tarawih yang pertama dan pada 7 Ramadhan pula kita telah menunaikan solat jumaat yang pertama di kompleks Islam ini,” kata beliau. Menurut pengarah Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Dr. Khairul Anuar Mohamed, tujuan utama pembinaan kompleks Islam ini adalah untuk seluruh warga USIM mengambil kesempatan dan peluang yang ada bagi memanfaatkan sepenuhnya kompleks Islam itu sendiri. Manakala timbalan pengarah kompleks Islam, Dr. Noornajihan Ja’far yang merupakan pensyarah tetap Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah pula berkata nama Kompleks Islam Tuanku Muhriz diambil bersempena dengan nama Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana universiti kita sendiri berada di bawah Negeri “Pada setiap hari akan diadakan pelbagai program yang berlainan di kompleks Islam itu sendiri. Pihak luar juga boleh mengadakan program di kompleks Islam dengan mengikut prosedur yang Sembilan dan Baginda juga merupakan Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tuanku Muhriz sedang melawat kumpulan simulasi pengajian OKU pendengaran sepanjang aktiviti perasmian masjid dilakukan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz. ditetapkan bagi mengelakkan nama USIM daripada tercemar,” tambah beliau. “Harapan saya agar para pelajar USIM dapat selalu Kursus dakwah tanpa suara berakhir Oleh: Norli Marlina Bt Mamat USIM, 11 Okt- Malam Graduasi Kursus Dakwah tanpa Suara diadakan untuk meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka dalam kelas Bahasa Isyarat untuk tujuan dakwah tanpa suara kepada golongan yang berlainan upaya. Seramai 110 orang pelajar dirai dan dianugerahkan segulung sijil mengikut tahap iaitu tahap 1 merupakan peringkat asas pendedahan terhadap golongan Pekak dan tahap 2 fokus kepada kemahiran berinteraksi bersama OKU Pekak secara latih tubi dan tugasan . Majlis ini dihadiri oleh para pelajar, pensyarah dan juga dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Profesor Madya Dr. Adnan bin Mohamed Yusoff dimana beliau telah merasmikan Malam Graduasi Kursus Dakwah tanpa Suara itu sendiri. Dalam ucapan perasmiannya, beliau ada menyebut terdapat banyak kelebihan mempelajari bahasa isyarat itu sendiri seperti dalam bidang pekerjaan di mana peluang pekerjaan lebih terbuka luas dan selain itu para pelajar juga boleh berbakti kepada masyarakat diluar sana. Menurut salah seorang graduan pada malam tersebut Ainul Mardhiah bt Kassim, pelajar tahun 3 program Quran dan Multimedia, dia telah belajar Bahasa isyarat ini selama 5 bulan serta melepasi tahap yang pertama dan akan memasuki tahap yang kedua. “Tujuan saya mempelajari Bahasa isyarat tersebut adalah untuk memahami dan berkomunikasi dengan lebih dekat dengan salah seorang sepupu saya yang merupakan seorang yang pekak pendengaran,” katanya. “Dalam setiap sesi kelas Bahasa Isyarat ini, kami akan diberikan 10 patah perkataan yang baru. “Antara cabaran mempelajari Bahasa ini ialah disekitar kami bukan daripada yang golongan pekak pendengaran jadi susah untuk kami mengaplikasikannya dan hanya akan menggunakan apabila berjumpa dengan kawan-kawan yang mempelajarinya,” tambahnya lagi. Ainul juga berkata bahawa terdapat inisiatif daripada pihak Sahabat Faqeh sendiri ingin menerbitkan AlQuran untuk orang yang pekak pendengaran serta terdapat khutbah solat Jumaat untuk orang pekak pendengaran dengan menggunakan bahasa isyarat. Majlis ini bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dimana USIM merupakan IPTA pertama yang menawarkan kelas secara terbuka sepanjang satu semester bermula pada tahun 2015. menghadirkan diri ke kompleks Islam dan menjadikan tempat ini sebagai tempat kedua selepas tempat belajar dan kolej kediaman yang seharusnya dijadikan sebagai tempat untuk berehat sahaja kerana kompleks ini merupakan rumah Allah dan terdapat banyak barakah didalamnya,” ujar beliau lagi.

3 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Wajah pimpinan baharu MPP sesi 2017/18 Majlis Perwakilan Pelajar dianggotai 27 oramg pelajar diketua oleh Muhammad Faris bin Abd Gani melakukan Oleh: Izyana Najwa Bt Ismail NILAI, 10 Okt- Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandakan MPP telah bertukar ke tampuk pimpinan yang baharu bagi sesi 2017/2018. P e l an t i k an dilangsungkan bersama Majlis Amanat Perdana Naib Canselor kepada pelajar baharu sarjana muda di Dewan Tuanku Canselor (DTC) dan disampaikan oleh Naib Canselor Usim, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad. Menurut Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, objektif utama penyampaian amanat ini adalah untuk memperkenalkan tampuk kepimpinan universiti yang baharu serta mendedahkan tentang sejarah penubuhan USIM kepada para pelajar baharu sarjana muda sesi 2017/2018. Manakala Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu pada sesi kali ini dianggotai oleh 27 orang pelajar, yang diketuai oleh Muhammad Faris Bin Abd Majlis pentauliahan MPP 2017/2018 sedang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, USIM. Gani yang menjawat jawatan sebagai Yang Di pertua (YDP) dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Menurut salah seorang mantan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2016/2017, Muhammad Alif Bin Jamali, 22, yang memegang jawatan sebagai Bendahari Kehormat, beliau berharap agar pimpinan yang baharu ini dapat menjalankan tugas dengan lebih baik daripada kepimpinan yang lepas. “Terutama barisan dalam menjaga kebajikan para pelajar USIM, di mana secara jelasnya mereka lebih memahami skop kebajikan pelajar dan pelajardapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya. Muh amma d Haiqal Bin Nor Wahid, 22, merupakan Naib Yang Dipertua 3 (NYDP 3) Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018 pula berkata perasaannya bercampur baur dengan perasaan takut kerana perlu memegang amanah serta tanggungjawab yang besar dan risau jika tidak dapat melaksanakannya. “Saya juga berasa gembira kerana ini adalah antara pencapaian yang tertinggi sepanjang 3 tahun berada di Usim setakat ini,” katanya. Menurutnya lagi, terdapat sesetengah pihak yang beranggapan bahawa MPP itu tidak wujud dan jarang bertemu dengan pelajar, maka Desepsi Bakal Cetus Kelainan ‘ Oleh: Izyana Najwa Bt Ismail NILAI, 20 Nov- “‘Mock Trial 7.0’ yang mengangkat Desepsi sebagai tema pementasan, bakal mencetuskan fenomena baru serta memberi kelainan dari segenap aspek kepada para penonton,” kata pengarah produksi, Muhammad Amirul Iman Muhammad Azhar. Beliau ditemui ketika sedang menjalani sesi latihan bagi pementasan ini di Fakulti Syariah Undang- undang (FSU). Muhammad Amirul Iman, 22, berkata Desepsi bakal menjanjikan kelainan daripada yang terutama dari sebelum ini jalan segi cerita dan ‘plot twist’, tema pementasan yang dibawa dan juga perwatakan pelakon yang akan dilakonkan. Beliau turut berkata maksud desepsi boleh diungkapkan sebagai satu penipuan untuk mendapatkan keuntungan yang mana ia adalah istilah yang diambil daripada Bahasa Indonesia. “Penceritaan yang bakal dipentaskan akan menjelaskan mengapa tema Desepsi itu digunakan pada kali ini,” ujarnya. Selain itu, beliau juga berkata kebiasaannya tempoh persiapan yang diambil bagi pementasan ‘mock trial’ ini memakan masa hampir setahun dan sekarang mereka sudah mencapai tahap sehingga 80 peratus. “Persiapan yang dijalankan bermula dari bulan Januari 2017, bermula dengan sesi pencarian pelakon, yang mana kami mengadakan ujibakat kepada mereka yang berminat dan kemudian menjalankan sesi latihan, dan pada saat ini kami masih ‘Mock Trial 7.0’ yang mengangkat Desepsi sebagai tema pementasan, bakal mencetuskan fenomena baru serta memberi kelainan dari segenap aspek kepada para penonton. ’ Muhammad Amirul Iman Muhammad Azhar. dalam usaha mempromosikan Desepsi kepada orang ramai,” katanya lagi. Pada masa yang sama, berharap agar beliau turut pementasan kali ini dapat dijalankan dengan sempurna bagi memberi kepuasan kepada semua penonton dan menyeru orang ramai agar memberi sokongan yang padu kepada ‘mock trial’ kali ini. Di samping itu, salah seorang pelakon Siti Sumayyah Sukri, 20, berkata sepanjang sesi latihan, banyak cabaran dan rintangan yang pihak kami akan kerap berusaha untuk yang aktiviti bersama dengan pelajar bagi mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dan MPP. “Sebagai permulaannya kami pihak MPP sendiri akan membuat kunjungan atau lawatan dalam organisasi kepimpinan pelajar di setiap fakulti mahupun persatuan. “Kami juga akan mengadakan Dewan Suara Siswa yang mana kami akan mengumpulkan suara mahasiswa dari bawah sehinggalah ke pihak atasan dan akan dibawa serta dibincangkan dalam Dewan Senat,” tambahnya. Nur Alya Husna bt Umar Shatiri, 20, salah seorang pelajar dari Unit Latihan Pembangunan Siswa (ULPM) berharap agar tampuk kepimpinan yang baharu ini akan lebih terserlah dan meyakini MPP yang baharu ini dapat menjadi organisasi yang lebih baik daripada yang sebelumnya kerana telah dibarisi oleh insan-insan yang hebat. harus dilalui terutama dalam mendalami watak yang diberikan. “Saya perlu bermain dengan seluruh emosi dan memerlukan fokus yang tinggi bagi menjiwai serta mendalami watak tersebut, yang mana pada mulanya agak sukar bagi saya namun lama kelamaan saya berjaya untuk menjiwai watak itu,” ujarnya lagi. Beliau turut berkata sokongan yang diberikan oleh rakan yang lain juga memainkan peranan yang penting kepadanya untuk mendalami serta memahami watak yang diberikan. Selain daripada itu, Ahmad Safwan Ismail, 22, yang juga salah seorang pelakon berkata kadangkala sesi latihan itu berselisih dengan jadual waktu kuliah dan kita perlulah bijak dalam menguruskan masa. “Saya memiliki satu prinsip pengurusan masa iaitu ‘Put The Priority First’ bermaksud mana yang lebih utama saya akan dahulukan kerana masa ini adalah fleksibel dan perlu bijak dalam menguruskannya. topik “Sekiranya terdapat bahagian yang atau saya tertinggal dalam kuliah, kawan- kawan sekelas yang banyak membantu untuk menerangkan kepada saya,” katanya lagi. Beliau turut berkata pementasan Desepsi yang bakal ditayangkan ini bukan sekadar hiburan tetapi memberi perkongsian baru kepada semua pelajar orang ramai. “Kami sendiri dari fakulti Syariah UndangUndang ingin membantu rakan-rakan lain dalam memahami serta bagaimana keadaan perbicaraan di mahkamah itu sendiri dengan menggunakan cara yang lebih mudah untuk difahami,” ujarnya lagi. Beliau juga berharap dan yakin bahawa pementasan Desepsi ini bakal memberi impak kepada para pelajar dan juga orang ramai kerana akan dipentaskan dengan cara yang berbeza daripada yang sebelum ini.

4 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Pentas da’i dapat sambutan pelajar USIM Oleh: Nadia Ashikin Bt Hasban NILAI, 6 Okt- Pertandingan pencarian Daie USIM anjuran pelajar tahun empat Fakulti Ekonomi Dan Muamalat bersempena dengan Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-13 menyaksikan seramai 11 orang peserta yang bersaing di atas pentas bagi merangkul gelaran juara. Mereka yang menyertai Pentas Megastar Daie USIM ini terdiri daripada pelajar Tamhidi hingga pelajar tahun empat dengan membawa nama fakulti masing masing. 13 dihadiri Pentas Utama ICEPS sebilangan besar pelajar USIM dan orang awam bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi Pentas Megastar Daie USIM yang julung julung kalinya diadakan. Program ini telah diadili oleh empat barisan juri professional iaitu Dr Hamidi Ismail, Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan Pengurusan, Daie Afiqah, Naib Juara program Daie Pendakwah Nusantara musim ke lima, Mohd Zuhaily Yusof, Presiden SPMM 2016/2017 dan Nik Mohd Fadlan Nik Mahmod. Azimah Zahrah bt Abdul Aziz, 22, pelajar tahun empat mewakili Fakulti Ekonomi dan Muamalat, berkata beliau menyertai program ini kerana pentas pada malam tersebut merupakan salah satu platform terbaik bagi beliau untuk berkongsi sedikit ilmu bersama dengan semua yang hadir pada malam itu sekaligus sebagai nasihat untuk diri beliau sendiri. “Kita perlu berdakwah dengan pelbagai cara dan saya rasa program Daie ini merupakan program yang boleh membuka mata dan minda kita untuk sentiasa berdakwah dan tidak semestinya kita perlu menjadi baik dan sempurna untuk berdakwah,” tambahnya lagi. Juara Pentas Megastar Antara pemenang Pentas Megastar Da’i di hadapan pentas iCEPS. Dari kiri, Muhammad Faatir Bin Hamdan (Juara), Dzafir Firdaus Bin Ahmad Zubairi (Naib johan) dan Muhammad Arif Hakimi Bin Maludin (Ketiga). Muhammad Faris Bin Zahari, 22, Timbalan Pengarah program ini berkata bahawa idea untuk mengadakan pertandingan ini tercetus daripada program Daie FEM yang telah dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi Muamalat pada semester lepas. Beliau turut menambah bahawa idea asal untuk program malam tersebut adalah Battle Of Nasyid tetapi telah ditukar kepada Pentas Megastar Daie USIM disebabkan kekurangan bajet dan pihak penaja. “Saya berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi terutamanya pada iCEPS akan Pelajar jurusan pemasaran terima anugerah ‘FEM Entrepreneur of The Year’ Oleh: Mohammad Fikri Bin Tamjehi NILAI, 6 Otk- Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-13 yang dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberi penganugerahan kepada usahawanusahawan muda yang berjaya dalam perniagaan mereka. Dalam ucapannya beliau berkata program ini adalah penting untuk melahirkan keluarga yang berciri keusahawanan sekaligus untuk mencapai aspirasi merealisasikan USIM Kampus Barakah menjelang 2017. Salah seorang pemenang anugerah ‘FEM Entrepreneur of The Year’ ialah Muhammad Nazirul Nazrin Bin Abd Rahman, 22, pelajar jurusan Pemasaran Perkhidmatan Kewangan. Beliau menjalankan perniagaan bertemakan ‘eco-adventure tourism’ dan menjadikan ‘water rafting’ sebagai aktiviti utama yang beroperasi di 3 buah tempat iaitu Gopeng, Slim River dan Kuala Kubu Bharu. “Sebelum ini banyak pengusaha luar yang menjalankan ‘ Bagi saya, pada awalnya saya cuma ingin mengisi masa lapang dan mencari pendapatan sampingan, tetapi setelah berfikir panjang selepas tamat belajar pasti akan menganggur, jadi saya perlulah mencari alternatif lain dengan menceburi bidang keusahawanan. ’ Muhammad Nazirul Nazrin Bin Abd Rahman. perniagaan sebegini, apabila wujudnya peluang, saya sebagai anak jati kenapa tidak mengusahakan aktiviti ini sebagai satu aktiviti keusahawanan. “Bagi saya, pada awalnya saya cuma ingin mengisi masa lapang dan mencari pendapatan sampingan, tetapi setelah berfikir panjang selepas tamat belajar pasti akan menganggur, jadi saya perlulah mencari alternatif lain dengan menceburi bidang keusahawanan,” katanya dalam sebuah sidang media. Salah seorang peserta, Muhammad Hafiz Bin Muhammad Sobri, 20, pelajar jurusan Kewangan Perbankan Islam yang juga anggota program iCEPS berkata program sebegini memberi impak yang sangat besar kepada pelajar yang ingin menceburi bidang keusahawanan. “Program ini sedikit sebanyak dapat membuka minda pelajar untuk lebih cenderung ke arah keusahawanan. “Program sebegini juga memberikan satu pendekatan ke arah keusahawanan kerana sekarang ini kita tahu bahawa peluang pekerjaan semakin sukar untuk diperoleh terutamanya bagi graduan baharu,” katanya. datang kerana sambutan yang diberikan oleh seluruh warga USIM sangat menggalakkan dan saya percaya program ini dapat melahirkan lebih ramai pendakwah yang berjaya dari USIM,” ujarnya. Salah seorang daripada peserta yang bertanding, saudari HOPE bantu pelajar tambah pengalaman perniagaan Oleh: Nadia Ashikin BT Hasban NILAI, 21 Nov 2017- “Graduan yang keluar dari sebagai pelajar HOPE akan diiktiraf sebagai graduan berpengalaman bukan sahaja atas nama ‘fresh graduate’,” ujar Encik Azman Bidin, Hope USIM. Beliau berkata ketika program bual bicara ‘Graduate Entrepreneur with HOPE’ bertempat di Pentas Utama pesta konvo. Menampilkan empat orang personaliti hebat dalam dunia perniagaan antaranya Encik Azman Bidin, Founder HOPE USIM, Puan Haliza Zainal Abidin, Founder Heliz cookies, Puan Noor Aziah Mohamed Amin dari Aktif Otak Corporate Services dan Encik Mohd Suhaimi Saiful, Founder Fleur. Encik Azman Bidin juga berkata, bahawa penubuhan HOPE ini adalah bagi mencapai aspirasi kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM). Selain itu, salah seorang pelajar HOPE, Nurul Syahirah binti Arsyad berkata program universiti HOPE ini mendedahkan cara untuk lebih berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. “Dalam usia kami yang Founder muda ini, kami berpeluang untuk masuk ke dalam dunia korporat dan merasai sendiri pengalaman dalam dunia perniagaan yang mana ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan dapat membantu kami supaya lebih maju dalam bidang keusahawanan,” tambahnya lagi. Di samping itu, Encik Mohd Suhaimi Saiful berkata,“idea untuk menubuhkan bisnes Fleur ini adalah apabila saya terbaca satu artikel di muka hadapan akhbar Sinar pada bulan Ramadhan tahun lepas mengatakan tiga juta kenderaan di luar negeri Kelantan pulang ke negeri Kelantan pada musim perayaan,”. Beliau berkata lagi berdasarkan artikel tersebut beliau telah melakukan satu kajian dan mendapati jumlah kenderaan yang berdaftar di Malaysia ialah sebanyak 28.2 juta buah kenderaan. Daie USIM Muhammad Faatir Bin Hamdan, 19, pelajar tahun satu mewakili Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, berkata, beliau terdorong untuk menceburi program pada malam tersebut adalah untuk membuka minda rakan-rakan supaya berani ke hadapan dan untuk membuktikan bahawa umat Islam itu semuanya boleh berbicara dan berhujah dengan ilmu yang sebenarnya.

5 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Sisyu bantu pelajar dalami budaya Jepun Artis kaligrafi terkenal, Oleh: Siti Hamidah Bt Hashim NILAI, 16 Okt- Genap 60 tahun penubuhan hubungan diplomatik Malaysia-Jepun, Japan Foundation telah menganjurkan persembahan kaligrafi Jepun yang bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). P er s em b a h a n kaligrafi Jepun yang bertemakan hubungan diplomatik Malaysia-Jepun itu memaparkan unsur-unsur alam semula jadi oleh artis kaligrafi terkenal, Sisyu. “Sewaktu kecil dahulu saya pernah datang dan menetap di Malaysia untuk suatu tempoh dengan keluarga angkat yang berada di Sabah. “Saya berpeluang melukis buah-buahan tempatan seperti longan, rambutan dan manggis yang akhirnya menjadi inspirasi karier saya kini,” ujar beliau ketika sesi ceramahnya. “Program sebegini memberi peluang kepada Sisyu (tiga dari kiri) bergambar bersama pihak penganjur program di Dewan Kuliah “Setiap Utama, FPQS, USIM. para pelajar untuk mendalami budaya luar terutamanya bagi yang mempelajari Bahasa Jepun,” tambahnya. Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap program-program kebudayaan seperti itu kerana ia mampu menjadi medium pembelajaran secara tidak langsung. Persembahan seni khat jawi turut dipersembahkan oleh Suwardi bin Ramli, pelajar tahun tiga FPBU dan Abdul Hadi dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Antara seni khat yang dipersembahkan ialah khat nasakh, khat dewan dan khat perkongsian seni kebudayaan antara dua negara, Malaysia dan Jepun. 1,300 Mahasiswa USIM belum daftar mengundi Oleh: Siti Hamidah Bt Hashim NILAI, 8 Nov– Penolong Pengarah Akademi Pilihan Raya (APR), Encik Zamri bin Abdul Jalil menegaskan bahawa sekurang-kurangnya 1,300 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) masih belum mendaftar sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Perkara itu ditegaskan beliau ketika hadir memberikan ceramah di program Pendidikan Pengundi dalam urusan Pilihan Raya atau lebih dikenali sebagai Voters Education (VE). “Dari sejumlah 3.7 juta rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi, 1,300 daripadanya merupakan mahasiswa USIM,” tegasnya. “SPR hadir di sini bagi memberi penerangan tentang hak-hak dan proses PRU secara langsung kepada warga USIM,” kata beliau lagi. Tegas beliau lagi, antara tujuan program itu adalah untuk mengubah masyarakat persepsi awam terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selain memberi negatif maklumat yang tepat tentang proses perjalanan PRU yang dikendalikan oleh mereka. Turut sama hadir dalam program berkenaan ialah Encik Rozaimi, Pegawai Jabatan Pendaftaran Pengundi bagi menerangkan dan menunjukkan simulasi proses PRU. Menurut beliau, PRU akan datang bakal mempraktikkan beberapa perubahan bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan proses perjalanan PRU. “SPR akan menggunakan kaedah mencelup dakwat pada jari pengundi bagi menggantikan kaedah sebelum ini yang sekadar mencalit dakwat. “Penggunaan nama Dakwat Pilihan Raya juga bakal dilaksanakan berbanding penggunaan nama Dakwat Kekal seperti sebelum ini,” terang beliau dalam simulasi PRU. Pihaknya sebelum ini banyak menerima aduan berkenaan dakwat tersebut yang tidak kekal dan hakikatnya mudah hilang dengan hanya “Kita sulus sebagai simbolik mempunyai patut diwarisi negara elemen kebudayaan masing-masing yang begitu istimewa dan agar generasi muda berpeluang mempelajarinya,” ujar wakil dari Japan Foundation. Beliau sebagai suatu juga berpendapat bahawa persembahan kaligrafi Jepun itu peluang Klik pautan ini www.jfkl.org.my FPBU bertanding calon fakulti Oleh: Siti Hamidah Bt Hashim mencucinya. Perkara ini sekaligus telah menimbulkan keraguan pengundi terhadap ketelusan perjalanan PRU. mengharapkan perubahan-perubahan yang bakal kami laksanakan pada PRU akan datang dapat menjadikan masyarakat Malaysia lebih yakin terhadap SPR,” ujar beliau semasa menjawab persoalan tentang tujuan perubahan-perubahan tersebut. Program yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP 3), USIM itu dikelolakan oleh SPR dengan kerjasama badan-badan pelajar di bawah kelolaan Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai suatu inisiatif bagi mendekati golongan yang belum mendaftar. Hal ini kerana, majoriti golongan ini terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Perkhidmatan daftar pemilih juga disediakan sepanjang program bagi memudahkan urusan daftar pengundi oleh mana-mana mahasiswa yang masih belum mendaftar. NILAI, 29 Sep- Sekitar Majlis Pengenalan Calon bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi 2017/2018 memperlihatkan kesemua kerusi bagi calon fakulti telah menang tanpa bertanding kecuali kerusi bagi calon-calon Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Ketiga-tiga calon FPBU telah membentangkan manifesto masing-masing untuk bertanding bagi merebut dua buah kerusi fakulti antaranya ialah Amir Azimudeen, 20 dan dua orang calon yang lain iaitu Wan Nur Afiqah bt Wan Zaihan, 21 dan Nur Azimah bt Wahab, 21. Sesi pembentangan manifesto dimulakan dengan pengenalan diri oleh setiap calon yang bertanding disusuli dengan misi dan visi yang ingin dibawa, seterusnya penerangan mengenai manifesto yang ingin dilaksanakan. Menurut pengerusi majlis, sesi undian boleh dibuat di mana-mana pusat undian yang diletakkan di setiap bangunan fakulti bahkan juga di beberapa kolej kediaman yang tertentu bagi meningkatkan peratusan mahasiswa USIM yang turun mengundi bagi Majlis Pemilihan MPP pada 5 Oktober 2017. Menurut saudara Abu Bakr, 21 yang merupakan calon tunggal dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) yang bertanding bagi calon umum MPP, beliau berharap agar mahasiswa lebih matang dan cergas dalam memahami mahasiswa yang lain sepanjang pemilihan MPP ini. Beliau juga menyeru agar semua ahli MPP bersatu dan bergerak bersama supaya dapat menghasilkan gerak kerja yang lebih efektif dan melaksanakan manifesto masing-masing. Saudari Nur Syazana Aisyah bt Azlan, 20 dari Fakulti Pengajian Sains dan Perubatan (FPSK) yang bertempat di Kampus Pandan Indah pula memandang MPP sebagai suatu badan yang terbesar dan terbaik serta medan bagi menjamin kebajikan mahasiswa USIM yang lain. Pilihan Raya Kampus (PRK) MPP sesi 2017/2018 telah menyaksikan seramai 14 calon telah bertanding bagi merebut kerusi umum manakala 19 calon lagi bertanding bagi merebut kerusi fakulti masing-masing. mempromosikan budaya Jepun kepada masyarakat luar. Menurut wakil Japan Foundation lagi, program itu juga akan dijalankan di dua lokasi berbeza bertempat di kediaman rasmi Duta Jepun dan RUANG pada keesokan harinya. Sisyu yang merahsiakan nama dan umur sebenarnya merupakan seorang artis kaligrafi Jepun yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti diceritakan oleh penterjemah. Turut sama hadir merasmikan persembahan kaligrafi tersebut ialah Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Dr Azizi bin Ismail. P er s em b a h a n kaligrafi itu turut dihadiri oleh wakil dari kedutaan Jepun, mahasiswa-mahasiswa dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil jurusan Bahasa Jepun serta orang awam.

6 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 INFO EDITORIAL Program keusahawanan HOPE Oleh: Fairuz Ai’na binti Fadzil Pada 3 September sarjana muda tunjuk ajar serta mengambil bahagian dalam aktiviti2015, ketika sesi pengenalan para pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu program keusahawanan telah diperkenalkan kepada para pelajar oleh En. Azman bin Bidin dari syarikat Perfect Triangle. Program keusahawanan Hands-On Programme for Entrepreneurship (HOPE) telah rasmi menjadi salah satu program kokurikulum USIM hasil daripada termeterainya perjanjian Monument of Agreement (MoA) antara Perfect Triangle bersama dengan USIM pada semester ke dua sesi 2015/2016. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan jumlah graduan universiti menjadi usahawan kerana program keusahawanan adalah salah satu perkara yang dinyatakan dalam Projek Agenda Kritikal (CAP) yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) seiring dalam mempercepat dan membantu aspirasi kerajaan dalam mencapai lima peratus graduan menjadi usahawan. Pembelajaran & aktiviti Program ini mampu meningkatkan kalangan kemahiran insaniah dan kemahiran kepimpinan siswa. Hal dalam ini kerana, program ini bukan sahaja menawarkan ilmu perniagaan dalam bentuk teori, malah keusahawanan praktikal dalam bentuk jualan juga diberikan kepada mereka. Mereka juga menperoleh pendapatan setiap bulan dalam bentuk keuntungan hasil daripada jualan yang telah mereka usahakan. Tambahan pula, mahasiswa HOPE diberi peluang untuk menyusun jadual aktiviti di dalam kelas bagi melatih mereka dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Walaupun begitu, para mentor juga memantau dan memberi Ilmu aktiviti yang dijalankan seperti pembukaan syarikat para pelajar, sesi pengenalan produk daripada pihak industri, kelas teori keusahawanan dan membuka pondok gerai di festival. Program yang berlangsung selama tiga tahun ini memberi peluang yang baik kepada mahasiswa bagi meningkatkan keyakinan diri serta berpeluang mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. Pelan rangkaian Selain itu, program HOPE telah mendirikan satu pelan, di mana program ini akan berkembang dalam kalangan siswa, universiti, masyarakat serta industri. Dari pelan tersebut, para siswa akan didedahkan kepada tiga bahagian iaitu kemahiran, pengalaman dan keusahawanan. Daripada ketiga-tiga bahagian tersebut, para siswa HOPE juga akan didedahkan kepada situasi perjalanan menjadi usahawan yang berjaya dengan bantuan serta tunjuk ajar daripada para mentor HOPE. Kemudian, untuk mengembangkan lagi program ini ke dalam universiti, universiti perlu menandatangani MoA bersama dengan En. Azman Bidin, pengasas dan ketua mentor HOPE untuk HOPE menjadi sebahagian daripada program universiti tersebut. Program HOPE ini juga mampu berkembang dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti infak, wakaf, sukan serta aktiviti yang dapat merapatkan silaturrahim bersama dengan mereka. HOPE juga menjadikan industri sebahagian daripada aktiviti program ini terutama sekali perniagaan peribumi yang mempunyai kualiti untuk membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka. GIINA Graduan Integrasi Naqli Dan Aqli (GIINA) adalah satu pelan yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), (2015 -2025). Pelan ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang holistik, berkeusahawanan dan seimbang. Holistik membawa maksud mempunyai sifatsifat yang menyeluruh termasuklah sifat-sifat intelek, rohani, emosi dan fizikal yang membantu perkembangan peribadi dalam kalangan graduan. Manakala berkeusahawanan adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai minda berkeusahawanan, berinovasi serta mempunyai kemahiran masalah. menyelesaikan Bahagian terakhir pula merangkumi keseimbangan dari segi akhlak dan ilmu untuk menjadi warganegara yang aktif serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan global. Oleh itu, program HOPE juga menjadikan GIINA sebahagian daripada pelan kerana HOPE juga merangkumi ketiga-tiga bahagian tersebut. Program HOPE bukanlah seperti program keusahawanan yang lain kerana program ini melatih siswa dalam melaksanakan pembelajaran pada masa yang sama melatih mereka dalam melaksanakan kerjaya sebagai usahawan yang sebenar. Program ini perlu dijalankan di universitiuniversiti Malaysia terutamanya universiti awam bagi meningkatkan kualiti para siswa apabila mereka menamatkan pengajian dari universiti. Hal ini supaya mereka senang diterima kerja serta mampu menyara diri melalui perniagaan sekiranya mereka tidak diterima kerja di mana-mana cawangan atau syarikat. DEKAN Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Prof. Madya Dr Mohd Radhi bin Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya Dr Noor Azizi Ismail KETUA Program Komunikasi Dr. Sofia Hayati binti Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr. Wan Azura binti Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Fairuz Ai’na binti Fadzil SEKSYEN BERITA Ketua Izyana Najwa binti Ismail Wartawan Norli Marlina binti Mamat Siti Hamidah binti Hashim Nadia Ashikin binti Hasban Mohammad Fikri bin Tamjehi SEKSYEN RENCANA Ketua Nur Aqilah binti Sharudin Penulis Siti Norain binti Yukilin Siti Aishah binti Rosseni Nor Kamilah binti Mahamud Nur Syafiqah binti Muhamad SEKSYEN SUKAN Ketua Amirul Zahidi bin Mohd Ali Wartawan Nur Atiqah binti Herrudin Maizatul Atikah binti Din PENYUNTING NASKHAH Ketua Hajar Humaira binti Ramlan Penyunting Wan Inas binti wan Ghazali Nur Adilah binti Md Sukuri SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Norsyazwani binti Khayazid Puteri Najlaa binti Fadzil Jurugambar Siti Munirah binti Fauzan Radhiah binti Samsul Anuar Artis Grafik Nabihah binti Abdul Kadir Nur Baiduri bt Hambali USIM Today adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian.

7 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 TULAR Dobi Mesra Muslim Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai sebuah dobi di Muar, Johor yang hanya menerima muslim sebagai pelanggan. Jelas dinyatakan di papan tanda dobi itu bahawa mereka hanya menerima pelanggan muslim sahaja atas faktor kesucian. Banyak pihak yang yang telah terlibat bagi menangani isu ini. Mufti serta Sultan Johor juga tidak bersetuju dengan tindakan pengusaha dobi itu. Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Kita perlulah cakna dalam menjaga isu yang melibatkan kesensitifan sesuatu kaum. Justeru, tidak sewajarnya wujud bentuk diskriminasi ini dalam kalangan masyarakat. Dalam konteks Islam juga mengajar kita agar mengutamakan kesatuan dalam sesuatu perkara dan hendaklah berlaku adil serta melakukan kebaikan terhadap kaum lain. Doktor Gigi Youtube Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai seorang wanita yang melakukan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi kepada orang Dikatakan, wanita tersebut menjalankan perkhidmatan tersebut dengan mempelajari cara pemasangannya melalui youtube. Wanita itu juga dikatakan mengiktiraf diri sebagai seorang doktor gigi dan ingin membuka klinik awam. tanpa memiliki sebarang sijil yang mengiktirafnya sebagai seorang doktor. Setelah berita mengenainya tersebar, wanita tersebut telah ditahan serta disaman sebanyak RM 70,000. Oleh hal yang demikian, kita perlulah berfikir sebelum melakukan sebarang tindakan. Selain itu, kita juga perlulah mengehadkan penggunaan media sosial di dalam pembelajaran terutamanya yang akan melibatkan masyarakat lain dan akan memberi impak kepada mereka pada masa akan datang. Penggunaan media sosial dalam pembelajaran adalah dibenarkan tetapi perlulah mengikut keadaan yang sesuai. Janganlah kita mengambil langkah yang mudah bagi mendapatkan keuntungan yang banyak. Warga Singapura Putar Belit Kes Kemalangan Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail Idea: Siti Hamidah Bt Hashim Berita mengenai kes kemalangan warga Singapura di Johor Bahru telah tular di media sosial baru- baru ini. Kes kemalangan tersebut telah melibatkan satu kematian dan terdapat beberapa isu yang telah diperkatakan dalam kes ini. Antaranya ialah, warga Singapura tersebut telah meletakkan kesalahan ke atas pihak Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru di atas kematian rakannya. Setelah satu kenyataan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Singapura tersebut terus menukar cerita serta memutar belit fakta tentang kejadian yang berlaku sepanjang rawatan kemalangan tersebut. Justeru itu, boleh kita katakan di sini, kita perlulah berfikir dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan dan tidak membuat sebarang tuduhan tanpa usul periksa. Hal ini kerana, perkara yang berlaku ini melibatkan hubungan antara dua negara, Malaysia dan Singapura yang mana sesuatu perkara itu boleh memberi implikasi yang besar kepada hubungan tersebut. Oleh yang demikian, tidak perlulah kita berterusan mencari kesalahan orang lain serta meletakkan kesalahan terhadap orang lain. Kita perlulah berlaku jujur dalam setiap perkara.

8 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 KOMEN BANJIR PULAU PINANG BENCANA LUAR JANGKA Banjir besar yang melanda di negeri-negeri bahagian utara tanah air terutamanya Pulau Pinang telah mendapat perhatian rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, hujan lebat selama lebih 15 jam menyebabkan negeri ini telah dilanda banjir kilat. Bencana ini dianggap antara yang terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang. Terdapat beberapa daerah yang terjejas teruk sehingga turut meragut beberapa nyawa penduduk dan pelbagai kerosakan yang berlaku. Skuad Usim Today tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan reaksi serta cadangan daripada mahasiswa-mahasiswa USIM dan juga masyarakat tempatan berkenaan isu ini. “Setakat ini, banjir di Pulau Pinang yang berlaku pada awal November adalah yang paling teruk pernah berlaku. Ekoran daripada itu, banyak kerosakan yang berlaku dan ianya turut mengorbankan nyawa penduduk. Mari kita sama-sama doakan yang terbaik SITI AISYAH KAMARUDIN, Pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama. buat mereka dan harus diingat bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah S.W.T. #prayforpenang #kamiprihatin”. “Sistem saluran air yang bermasalah di Pulau Pinang mungkin antara salah satu sebab berlakunya banjir besar ini. Saya ingin memberi cadangan supaya wakil Adun Negeri boleh menyuarakan isu-isu berkaitan masalah sistem air kepada pihak atasan supaya kebajikan rakyat lebih terjaga dan berharap semoga pihak pengurusan negeri mampu mengatasi dan menyelesaikan isu banjir ini dengan lebih baik selepas ini”. Banjir berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan tanpa henti selama seminggu. Kawasan – kawasan yang rendah mudah dinaiki air. Selain itu juga, terdapat sesetengah tempat yang kebanyakannya pokok-pokok ditebang untuk membuat pembinaan , jadinya kawasan tadahan air tidak dapat menampung air hujan dengan baik. Disebabkan itulah berlakunya banjir dan kebanyakan mangsa terpaksa dipindahkan. NUR IZZA IZZATY RUSLI Pelajar Tahun 3,Faku.i Pengajian Bahasa Utama “Sepanjang 21 yang tahun paling MURSHIDA MOHD YUSOFF, Pelajar Tahun 4 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. saya tinggal di Pulau Pinang, boleh saya katakan banjir kali ini adalah henti ANIS FARISYA BT ANSHORI, Pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama. pusat sehari turun tanpa semalam. teruk pernah berlaku di sini. Hujan lebat Keesokkannya, air mulai naik dan banyak jalan utama terpaksa ditutup. Banyak rumah yang dimasuki air dan mereka terpaksa dipindahkan ke beberapa buah perlindungan untuk berteduh. Kawasan Batu Feringghi misalnya, mengalami tanah runtuh dan banyak pokok tumbang yang menghalang laluan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas”. “Kadar taburan hujan yang turun melebihi kadar peresapan air oleh tanah sekaligus menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu juga, banjir berlaku disebabkan kebanyakkan sampah yang tersumbat dan sistem peparitan yang tidak sistematik tambahan pula tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)’’. AAINA RABIHAH ABDUL RAFFAR Pelajar Tahun 3. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan “Bagi saya isu banjir ini sangat membimbangkan dalam kalangan masyarakat khususnya yang tinggal di Pulau Pinang. Tetapi apa yang saya boleh katakan adalah salah satu punca banjir juga adalah daripada kesalahan masyarakat setempat yang membuang sampah di merata-rata tempat. Hal ini menyebabkan saliran air tersumbat dan boleh menyebabkan banjir”. ABDUL QAYYUM MD ALI, Pelajar Tahun 3,Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah APA KATA SISWA...

9 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 NASIONAL Keadaan bandaraya George Town ditenggelami banjir kilat berikutan hujan lebat dan ribut yang melanda sejak awal pagi. Foto Bernama Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir Bernama melaporkan bencana banjir kilat yang melibatkan beberapa daerah di negeri tersebut Oleh : Nur Syafiqah Muhamad Nor Kamilah Mahamud G akan kembali lagi,” katanya disini. “Tiupan angin EORGETOWN: BERNAMA menerusi laman web rasmi Astro Awani pada tarikh 5 November 2017 telah melaporkan Pulau Pinang lumpuh selepas kebanyakan jalan telah ditutup dan ratusan rumah telah dinaiki air di lima daerah di negeri tersebut akibat dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat yang berterusan selama lebih 15 jam. Angin kencang dan hujan lebat sepanjang hari juga telah menyebabkan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh dan ratusan pokok tumbang. Hampir keseluruhan kawasan rendah di Pulau Pinang telah dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter selepas hujan lebat yang berterusan menyebabkan paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang laut sehingga air melimpah dengan pantas. Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata seramai kencang disertai hujan lebat adalah sesuatu perkara di luar jangkaan. Kekurangan sumber Orang ramai meredah air banjir untuk berlindung di pusat pemindahan banjir. 1,968 mangsa banjir kini telah ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir yang telah dibuka di empat daerah di negeri ini. Beliau turut berkata terdapat sebanyak 1,125 mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara, 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya. Tambah Lim Guan Eng, Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut manakala di kawasan Seberang Perai masih menunggu untuk menerima bantuan daripada anggota tentera dari kem Sungai Petani untuk menyelamatkan mangsamangsa yang terkandas. “Keadaan sekarang bertambah baik berbanding sebelumnya. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan angin masih lagi kuat. Kita masih bimbang akan kemungkinan kejadian yang tidak diingini kerana keadaan angin yang kuat boleh menyebabkan hujan yang mencukupi untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir telah menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang memohon bantuan daripada beberapa pihak antaranya pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan penyelamat yang lain,” tambah beliau. Menurut Bernama, kawasan Seberang Jaya adalah kawasan yang paling teruk terjejas termasuk beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya yang telah dinaiki air, walau bagaimana pun keadaan masih lagi terkawal dan tiada pesakit dipindahkan. Di Taman Siakap, Seberang Jaya kira-kira pada jam 7 malam kawasan rumah penduduk telah dinaiki air dengan begitu pantas. Manakala seramai 21 mangsa banjir terdiri daripada enam keluarga telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir. Sehubungan dengan itu, Ramzi Ahmad sebagai Pengurus kanan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berkata empat penerbangan terpaksa dilencongkan disebabkan oleh hujan lebat dan angin kuat. Ujarnya lagi, tiga penerbangan telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbangan lagi dilencongkan ke Lapangan Terbang Langkawi dengan selamat. “Operasi walaupun lebih Antarabangsa di lapangan terbang berjalan lancar 26 penerbangan yang berlepas dari LTAPP mengalami kelewatan disebabkan oleh cuaca yang tidak begitu baik, namun penerbangan masih berjalan seperti biasa,” ujarnya. P e r k h i d m a t a n Rapid Pinang terpaksa menghentikan operasi sehingga keadaan menjadi stabil disebabkan jalan utama telah dinaiki air dan demi menjaga keselamatan orang awam, untuk mengetahui maklumat terkini sila rujuk laman FB Rapid Pinang di Rapid-pgfans.

10 LENSA Merakam memori ber Beberapa orang doktor gigi sedang melakukan perkhidmatan pemeriksaan gigi secara percuma kepada para pelajar USIM dan orang awam. Seorang graduan (tengah) bergambar bersam Beberapa pengunjung sedang memilih ‘bouquet konvo’ untuk dihadiahkan kepada saudara mara atau sahabat handai yang baru sahaja bergelar graduan. Antara jambangan bunga beserta coklat yang dijual di perkarangan pesta Konvokesyen di Kompleks Sukan Tuanku. Najihah. Antara wajah-wajah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat sedang bersama skrol ijazah masingmasing di atas Pentas Mini sempena hari graduasi mereka.

r m rsama 11 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Kemeriahan Sambutan Majlis Konvokesyen USIM Kali Ke-15 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan seramai 2,562 graduan USIM sempena Majlis Konvokesyen Usim kali ke-15 pada 21 November hingga Rohani Binti Armarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM. Daripada jumlah 23 November 2017 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Majlis Konvokesyen USIM kali ini diadakan sebanyak lima (5) sidang yang dimulakan dengan Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen ke-15 pada 21 November (sidang 1) yang disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah 2,562 graduan, seramai 2,263 orang penerima ijazah sarjana muda, 64 orang penerima diploma siswazah, 149 orang penerima ijazah sarjana dan 86 orang penerima doktor falsafah dalam majlis tersebut. Majlis Konvokesyen USIM sangat meriah kerana turut dihadiri oleh keluarga para graduan USIM. Setelah majlis selesai, para graduan dan ibu bapa tidak lupa untuk bergambar bersama-sama di perkarangan Dewan Tuanku USIM bagi memahat memori bersama anak-anak mereka yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen kali ke-15. Kemeriahan majlis turut dirasa dengan adanya pesta konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen USIM tersebut. Koleksi gambar gambarterpilih pada Majlis Konvokesyen Kali ke15 Universiti Sains Islam Malaysia 2017. ma keluarga tercinta sebagai tanda kenangan. Seorang graduan dari Fakulti Ekonomi Muamalat bergambar dan berkongsi kegembiraan bersama ibu tercinta. Dua orang ibu kepada graduan bergambar bersama Nur Ain Najwa Abdul Rahman (kanan) merupakan graduan dari jubah konvokesyen kepunyaan anak- anak mereka di hadapan Dewan Tuanku Canselor. Bahasa hadapan Canselor. Fakulti Utama Dewan rakannya Puteri Najlaa Fadzil merakamkan kenangan di Tuamku Pengajian bersama Kongsikan memori anda bersama kami! UsimTodayTBA3

12 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 MESEJ Rebut 6 kelebihan Solat Dhuha D Oleh : Nur Syafiqah Muhamad, Nor Kamilah Mahamud. huha adalah waktu yang tercatat di dalam al-Quran. Istimewanya waktu ini sehinggakan Allah bersumpah dengannya di dalam surah Ad-Dhuha: “Demi waktu Dhuha”. Pernahkah kita terfikir kenapa Allah bersumpah dengan waktu Dhuha? Kenapa tidak dengan waktuwaktu yang lain? Imam Ar-azi berkata andai Allah bersumpah dengan sesuatu, maka ia menunjukkan perkara itu adalah sangat penting. Dhuha bermaksud ‘pagi hari’ atau ‘panas sinar hari’. Waktu inilah manusia semua berkejar-kejaran keluar untuk mencari rezeki. Namun di sebalik waktu ini Allah sebenarnya menyaran untuk meninggalkan ‘kejarkejaran’ itu dan menunaikan solat sunat Dhuha. Waktunya adalah dari matahari naik tinggi segalah sehingga tergelincirnya matahari (masuk waktu Zohor). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Solat Dhuha itu adalah (solatul awwabin) solat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak unta mula bangun kerana mulai panas tempat pembaringannya.” (Hadis Riwayat Muslim) Ya, solat Dhuha adalah solat orang itu yang mahu kembali kepada Allah. Maka kerana itulah terlalu banyak fadhilat solat Dhuha yang disebut sendiri oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Berikut adalah antara ‘hadiah-hadiah’ yang dijanjikan Allah kepada sesiapa yang menunaikan solat Dhuha. 1. Dicukupkan Rezeki. Allah S.W.T menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah Gambar sekadar hiasan. kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (Hadis Riwayat Abu Dawud) 2. Rumah di Syurga. Rasulullah S.A.W memberi motivasi kepada orang yang rajin memperuntukkan sedikit waktu paginya untuk Solat Dhuha dengan sabda baginda, “Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha.” ( Hadis Riwayat Muslim ) 4. Diampunkan Dosa Terdahulu. Sesungguhnya Allah di syurga.” (Sahih al-Jami’: 634) 3. Nilai Seperti Bersedekah. S es un g gu hn ya di dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Sendi inilah yang membolehkan kita bekerja dan menjalani kehidupan. Maka sendi-sendi ini ada hak-haknya yang perlu kita langsaikan. Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : “Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi amat rindu pada hambanya yang ingin menyucikan dosa. Sebanyak mana dosa yang kita lakukan, pintu keampunan Allah tidak pernah tertutup. Solat Dhuha adalah antara pintu keampunan yang disediakan oleh Allah. Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya : “Barangsiapa yang menjaga solat nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi) 5. Memperoleh Keuntungan Besar. Dalam bahasa Arabnya disebut sebagai ‘Ghanimah’. Dikisahkan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus tentera Islam berperang melawan musuh Allah. Dengan izin Allah, tentera Islam menang dan mendapat harta rampasan yang banyak. Orang ramai bercerita singkatnya peperangan itu dan banyaknya harta rampasan perang yang diperoleh. Kemudian Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa ada yang lebih utama dan lebih mudah memperoleh kemenangan dan harta rampasan yang banyak iaitu solat Dhuha. Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuanannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”(Sahih al-Targhib : 666) 6. Mendapat Pahala Umrah. Rugi jika kita masih tidak mahu mengerjakan solat dhuha jika secara terang-terangan Allah menganugerahkan pahala umrah melaluinya. Daripada Abu Umamah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.” (Sahih Al-Targhib: 673) Selepas selesai menunaikan solat Dhuha, doa yang disunatkan untuk kita baca seperti berikut: Erti bacaan doa Solat Dhuha : “Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada aku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.” Jika saat ini kita sedang buntu, sedang sedih atau sedang terasa sempitnya hidup, kerjakanlah solat Dhuha selama 30 hari dan lihatlah apa yang bakal terjadi pada hidup kita. Sesungguhnya ada satu perasaan yang amat indah apabila kita sudah terbiasa melakukan Solat Dhuha. Jiwa menjadi tenang. Urusan menjadi mudah. Rezeki melimpah ruah. KreditTulisan : Azam Abdullah (Muslim Volunteer Malaysia)

13 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 JOM BELAJAR SAMPAI IJAZAH . MASTER . PHD 10 Tip Belajar Sampai PhD Oleh : Nur Aqilah Sharudin Bukan susah untuk menjadi susah dan bukan senang untuk menjadi senang. Ungkapan ini selalu kita dengar dari pada mulut sebahagian kita. Belajar bukan suatu proses yang boleh dibataskan pada satu tahap atau periingkat yang tertentu. Ia memerlukan satu putaran kehidupan yang luas. Banyak perkara yang harus kita korbankan. -Dr. Azlan Shaiful Baharum (Pensyarah USIM) 1 Amalan seharian dimulai dengan sunat dhuha Kita solat Gambar sekadar hiasan. seringkali terbaca di dalam majalah, suratakhbar atau internet, antara rahsia kejayaan pelajarpelajar cemerlang ialah mereka sentiasa istiqamah menunaikan solat Dhua. Mereka menjadikan solat Dhuha seolah-olah satu rutin wajib bagi mereka. Solat Dhuha boleh ditunaikan dari seawal 28 minit selepas waktu syuruk sehingga masuk waktu Zohor. Allah SWT akan meluaskan rezeki kepada hambaNya yang melakukan solat Dhuha. 2 3 Jangan kedekut Ilmu Seorang kepada tahap keyakinan dan kepercayaan kita. Ia mungkin membantu kita sedikit sebanyak namun perlu diamalkan secara istiqamah dan berterusan. Sebagai contohnya kismis, tamar (tamar), kekacang dan minuman cerdas yang banyak di pasaran. 4 individu yang mengetahui bahawa dia mempunyai kelebihan akademik berbanding orang lain hendaklah berkongsi ilmu, pengetahuan, kemahiran dan apa jua kebolehan yang boleh dimanfaatkan bersama-sama. Di samping memberikan pandangan, idea, cadangan dan sebagainya kepada sesiapa yang berminat dengan kepakaran kita. Makan makanan tambahan Makanan tambahan dapat membantu untuk menguatkan daya ingatan dan memberikan sesuatu nilai tambah kepada kecemerlangan pelajaran. Walau bagaimanapun, perkara tersebut bergantung Interaksi di laman sosial secara bermanfaat Sejak akhir-akhir ini penggunaan laman sosial pelbagai nama seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain semakin meluas. Kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun dalam laman sosial ini. Akan tetapi berapa ramaikah yang menggunakan laman ini secara positif dan bermanfaat? Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita boleh memanfaatkan laman sosial ini untuk berkongsi buah fikiran dan idea yang baik, mutiara kata dan motivasi supaya orang lain turut sama termotivasi untuk berjaya seperti kita. 5 Jangan terlalu cerewet Sikap negatif seperti cerewet dalam kehidupan boleh mengundang perkaraperkara yang tidak baik seperti sukar menerima pelajaran, tiada keberkatan, sukar didekati, anti-sosial, tidak pandai mengawal emosi dan mempunyai kecenderungan untuk gagal dalam apa jua bidang yang diceburi. Oleh yang demikian, sikap negatif seperti ini perlulah diganti dengan sikap seperti tidak terlalu memilih dalam membuat keputusan, cekap dalam membuat pertimbangan, menerima kebolehan diri sendiri dan rakan-rakan sekeliling seadanya. 6 Beriadah dan bersenam Sebagai walaupun kepada orang yang tidak kenali. yang positif Senyum itu boleh menenangkan jiwa, menjadi terapi minda dan menyebabkan apa sahaja yang kita lakukan terutama untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran akan dipermudahkan. kerana apa? Kerana nilai positif yang ada pada diri kita. Oleh itu senyumlah! Nescaya kita akan bahagia. seorang pelajar yang memerlukan kecergasan fizikal dan mental, kita tidak seharusnya hanya fokus kepada pembelajaran semata-mata. Kesihatan perlu jiga dijaga secara konsisten. jika anda seorang yang aktif bersukan, ini bukanlah masalah besar. Akan tetapi bagi seseorang yang kurang aktif, kita hendaklah s e k ura n g-k ura n g n ya bersenam atau berjoging dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan stres atau tekanan belajar.pasti kita akan merasai badan yang cergas dan minda yang lebih tenang untuk menghadapi hari-hari pembelajaran yang seterusnya. 7 Banyakkan senyum Senyum merupakan terapi tabii yang sangat mudah. Akan tetapi berapa ramaikah yang komited untuk senyum 8 Siapkan Kerja Kursus dari awal, jangan tangguh! J an g an menangguhkan kerja kursus sehingga saat akhir sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Kita seharusnya mencari bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus tersebut sebaik sahaja dimaklumkan oleh pensyarah atau guru. Kerjakerja yang dilakukan awal akan membuahkan hasil yang sangat baik, manakala kerjakerja yang ditangguhkan pada saat akhir akan menghasilkan satu kerja kursus yang kurang sempurna, tidak memuaskan hati dan tidak sistematik. 9 Membaca zikir Asma’ al-Husna setiap hari Kebanyakan biasanya membaca zikir kita ini pada waktu perhimpunan di sekolah. Berapa lamakah sebenarnya kita tidak Kredit tulisan: Dr. Azlan Shaiful Baharum (Pensyarah USIM) Buku ‘Jom Belajar Sampai PHD’ membaca zikir Asma’ al-Husna setelah tamat persekolahan? Sebagai seorang penuntut ilmu, kita sepatutnya mengamalkannya dengan istiqamah dan konsisten kerana kita akan berasa tenang dan berlapang dada selepas membacanya. Kita boleh membacanya pada bila-bila masa, tidak semestinya dalam acara atau program tertentu. 10 Jangan mudah berputus asa dan tunjukkan minat dalam belajar Sikap yang harus dijauhi oleh semua pelajar ialah sikap mudah berputus asa dan kecewa apabila menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran terutamanya kegagalan yang bersifat sementara. Tidak semua manusia di muka bumi ini mempunyai nasib dan peluang yang sama. Ada yang mendapat kejayaan dengan cepat, tetapi tidak kurang yang memperoleh kejayaan setelah melalui kegagalan dan kekecewaan yang berulang kali. Oleh itu, kita haruslah buang istilah kecewa dan putus asa dalam diri kita!

14 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Soal jawab Kebelakangan ini isu keselamatan di dalam dan luar kampus Usim sering diperkatakan serta dibahaskan dalam kalangan Usim. Hal ini kerana, terdapat banyak kes yang telah berlaku melibatkan keselamatan mahasiswa sendiri. Antaranya ialah kes- kes kemalangan melibatkan pelajar di kawasan berdekatan Usim serta kes kecurian yang kerap kali berlaku di kawasan perumahan pelajar. Di samping itu, terdapat juga isu mengenai keadaan fizikal jalan- jalan utama bagi menuju ke Usim kurang memuaskan dan boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar. Isu- isu ini telah dikupas oleh pihak yang arif dalam hal ehwal keselamatan En. Zakaria Bin Kasa, Penyelia Unit Risikan dan Keselamatan (KP19), Jabatan Keselamatan Usim ketika sesi soal jawab dijalankan. mengadakan Oleh: Izyana Najwa Binti Ismail 1 ) Soalan: Adakah wujud kes- kes seperti rogol dan raba di kawasan sekitar Usim dan juga di luar kampus Usim yang berlaku ke atas mahasisiwi Usim? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Dalam sepanjang pengetahuan saya saya, berkhidmat di dalam jabatan keselamatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini, setakat ini masih tidak wujud sebarang kes yang berat dalam kalangan mahasiswi terutama kes rogol ataupun raba di dalam kawasan Usim kecuali terdapat satu kes raba yang dilaporkan berlaku di luar kawasan kampus. 2) Soalan: Apakah langkah inisiatif yang dapat diberikan oleh pihak tuan sendiri dalam mencegah perkara ini daripada berlaku? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Para pelajar ini kerana yang perlu faham pihak jabatan keselamatan Usim ini mempunyai bidang kuasa kuasa diturunkan kepada dalam kampus pihak kami adalah meliputi kawasan sahaja. Oleh yang demikian bagi kawasan luar kampus kami hanya mampu untuk yang terbatas, hal kuasaEn. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Kebiasaannya punca kemalangan yang melibatkan beberapa kes adalah disebabkan oleh kelalaian pelajar itu sendiri, sebagai contoh terdapat yang menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu mengikut arus yang bertentangan atau menunggang/memandu kenderaan melebihi had laju yang telah ditetapkan. Jadi, boleh saya katakan di sini kemalangan yang berlaku itu adalah berpunca daripada kelalaian mereka sendiri ataupun boleh dianggap sebagai satu bencana yang berlaku di bawah aturanNya. 4 ) Soalan: Kita dapat lihat pada waktu malam jalan utama menuju ke arah Usim sentiasa dalam keadaan gelap khususnya di bulatan yang berhampiran jabatan bomba,tetapi seperti tiada sebarang tindakan yang diambil pelajar satu program seperti berkempen di mana kita sebagai konsultan kepada pelajar untuk memberi khidmat nasihat bagi menjaga keselamatan diri sendiri. 3 ) Soalan: Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar kes kemalangan yang melibatkan para pelajar Usim. Pada pendapat tuan, apakah punca kemalangan tersebut? oleh pihak berkaitan. Adakah pihak Usim sendiri sudah mengambil langkah untuk mengatasi masalah ini? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Seperti yang saya katakan di peringkat awal tadi, undangundang yang dikuat kuasakan terhadap jabatan keselamatan tertakluk hanya kampus sahaja, di dalam walaupun begitu bagi mengatasi masalah ini, pihak kami bertindak untuk berbincang dengan pihak berkaitan, seperti pihak Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk memperbaiki keadaan lampu. Baru- baru ini, kami baru sahaja selesai berbincang dengan pihak MPN untuk merujuk semula kedaan fizikal kawasan tersebut sama ada dari segi keadaan papan tanda di kawasan itu sendiri atau keadaan lampu. 5 ) Soalan: Setiap kenderaan yang masuk ke Usim perlu melalui post pengawal pintu hadapan bagi langkah keselamatan. Begitu juga dengan kenderaan awam seperti yang membawa orang awam. Apakah jaminan keselamatan untuk warga Usim terhadap perkara itu? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Dalam pengetahuan saya, ‘mybus’ keseluruhan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ada di Malaysia ini lebih kepada untuk menjadikan Universiti sebagai Universiti yang ada dalam universiti terbuka, di mana segala kemudahan yang ini semata- mata bukanlah untuk pelajar sahaja, sebagai contoh terdapat pusat sukan, gimnasium dan masjid. Usim juga mempunyai kelebihan kerana berada di kawasan yang penduduk setempat mempunyai ramai yang boleh membantu para pelajar sekiranya terdapat apa- apa kejadian yang berlaku, seperti kes kecurian. Dalam pada itu, masyarakat setempat juga dapat menggunakan segala kemudahan yang terdapat untuk di Usim. Justeru itu, kita mengambil langkah membenarkan mereka masuk. Untuk kita kawal perkara yang disoalkan itu adalah sesuatu yang mustahil bagi saya dan akan merumitkan keadaan di mana apa yang mampu kita buat bagi menjamin keselamatan warga Usim adalah dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa. Langkah keselamatan juga sudah dilakukan, contohnya larangan untuk mereka memasuki ke bangunanbangunan yang digunakan oleh warga Usim. 6 ) Soalan: Apakah cadangan yang dapat diberikan oleh pihak tuan untuk memperketat kawalan keselamatan di kawasan Usim ini? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk pihak Universiti itu sendiri melengkapkan keadaan fizikal kawasan universiti itu, misalnya dengan pemasangan litar cctv yang sempurna serta akses untuk memasuki setiap bangunan juga perlu diperketat maka dengan itu tindakan untuk membenarkan orang awam keluar masuk Usim tidak akan memberi sebarang masalah. 7 ) Soalan: Terdapat anjing-anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan Usim yang memberi ancaman terhadap warga Usim sendiri. Apakah tindakan tuan terhadap isu ini? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Banyak tindakan yang telah diambil berhubung kait dengan masalah anjing liar, monyet, babi dan sebagainya. Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengambil langkah untuk menangkap anjinganjing tersebut dan dilepaskan di luar kampus. Langkah ini juga agak rumit kerana jika mengikut keluasan kawasan Usim ini tidak mampu untuk pihak kami menangkap keseluruhan anjing yang ada. Sekiranya, kita bekerjasama dengan pihak MPN atau Jabatan Haiwan sendiri, mereka juga tidak mampu

15 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 LATAR BELAKANG BELIAU Biodata • Zakaria Bin Kasa • Dilahirkan pada 11 Jun 1978 • Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak Pendidikan • Sijil pelajaran Malaysia (SPM) • Pendidikan Sekolah Agama Pekerjaan • Berkhidmat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selama tiga tahun • Bekerja di Syarikat Keselamatan selama 13 tahun • Berkhidmat di Usim bermula pada 2010- 2014 ( Kampus Pandan Indah ) • Berpindah ke kampus Nilai 2015 sehingga sekarang sebagai Penyelia Unit Risikan dan Keselamatan (KP 19) Jaminan Keselamatan kepada Warga USIM untuk melakukannya serta mengejar anjing-anjing tersebut dengan yang keluasan ada dalam kawasan ini. Bagi menangkap keseluruhan anjing yang ada itu adalah mustahil bagi kami, tetapi kami hanya dapat mengurangkan bilangan yang ada dan pada setakat ini perkara itu telah pun berjaya. Pada anjing-anjing yang pengetahuan saya, berada di kawasan ini pada waktu sekarang, adalah anjing yang boleh keluar masuk melalui pagar Usim. Anjing yang memang menetap di kawasan Usim ini telah pun dibawa keluar. 8 ) Soalan: Kes kecurian, pecah masuk rumah terutamanya bagi pelajar yang tinggal di rumah sewa seringkali berlaku. Pada pendapat tuan, apakah punca kejadian ini? Majoriti kes ini berlaku terhadap rumah En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Boleh saya katakan, kes- kes kecurian yang berlaku di rumah pelajar luar kampus berpunca daripada kelalaian mereka sendiri terutamanya pelajar lelaki. Sebagai contoh, tedapat pelajar yang sering kali keluar sehingga lewat malam tanpa mengunci pintu rumah, pagar dan sebagainya di mana mereka sendiri yang mendedahkan rumah mereka kepada pencuri. Saya tidak menidakkan juga terdapat kes kecurian yang berlaku di sesebuah rumah sewa yang memerlukan usaha kepada pencuri untuk mencerobohi rumah tersebut. Tetapi, kebanyakan kes kecurian yang berlaku adalah disebabkan oleh kelalaian pelajar- pelajar yang menginap di rumah sewa pelajar lelaki atau perempuan? tersebut. 9 ) Soalan: Adakah kes ini dilaporkan kepada pihak polis atau sekadar dalam pengetahuan warga Usim sahaja? En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Penglibatan perlu dalam polis adalah kes- kes ini. Hal ini kerana, kes yang berlaku ini adalah di luar bidang kuasa pihak kami dan kejadian berlaku di luar kawasan kampus. Justeru itu, telah banyak kes yang kami laporkan kepada pihak polis untuk di ambil tindakan. Pihak kami hanya mampu memberi khidmat nasihat kepada para pelajar tersebut. 10 ) Soalan: Sedikit nasihat yang dapat diberikan oleh pihak tuan kepada para pelajar di luar sana Statistik kes yang berlaku di luar kampus yang dicatat sepanjang sesi Tahun 2017 sehingga bulan November. Kredit foto: FB Majlis Perwakilan Pelajar USIM. En. Zakaria Bin Kasa Jawapan: Nasihat yang mampu saya berikan kepada pelajar di luar sana terhadap kes kecurian ini, setiap pelajar perlulah mendisiplinkan diri dalam menjaga keselamatan rumah, barang berharga serta diri mereka sendiri. Seperti yang kita tahu, sebuah rumah itu kebiasaannya diduduki oleh 11 hingga 12 orang pelajar. Agak mustahil untuk kita mendisiplinkan setiap pelajar yang ada di dalam rumah itu. Perkara yang boleh saya cadangkan ialah perlu ada seorang atau dua orang pelajar yang mampu mendisiplinkan diri mereka dan ahli rumah yang lain agar dapat mencegah kes kecurian berlaku. itu daripada

16 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 PERSONALITI Kurang Upaya bukan Penghalang Kejayaan Oleh: Siti Aishah Rosseni NILAI: Kurang upaya bukan alasan bagi seorang anak muda untuk mencapai kejayaan serta berdikari sehingga berjaya menjejakkan kaki di kampus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) seperti kebanyakan orang lain yang sempurna. Muhammad Hadi Darus, 21, dilahirkan dengan sepasang tangan tetapi sangat kecil dan tidak boleh digunakan serta kecacatan kedua-dua belah kaki pula menyebabkannya tidak boleh berdiri mahupun berjalan. Mahasiswa tahun tiga yang mengikuti pengajian Sarjana Muda Syariah dan UndangUndang itu hanya bergantung kepada kaki untuk melakukan segala tugasan dan pergerakannya juga turut dibantu oleh kerusi roda. Walaubagaimanapun, jiwa anak muda ini begitu besar d a n dengan kesungguhan kekuatan hatinya untuk mengatasi segala kekurangan diri. “Sejak memasuki tadika pada usia lima tahun, saya sentiasa memotivasikan diri bahawa diri ini sama seperti orang lain. Apa yang orang lain boleh buat, saya juga boleh buat,” katanya. Anak muda dari Pendang, Kedah ini sudah membiasakan dirinya untuk hidup berdikari sejak tingkatan empat lagi ketika dia sendiri yang memohon untuk tinggal di asrama dan pada mulanya dia akui memang susah tetapi selepas beberapa lama dia akhirnya mampu menyesuaikan diri. Anak kedua daripada lima beradik itu juga telah m e m b uk tik a n bahawa dia m a m p u b e r t a h a n menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar setelah hampir tiga tahun belajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tanpa ahli keluarga di sisi. “Sewaktu belajar di sini, secara teknikalnya tidak menjadi masalah tetapi terdapat kesukaran pada sesetengah subjek kerana bidang undangundang itu agak baru bagi saya disebabkan saya datang daripada aliran sains tulen sewaktu di sekolah menengah,” ujarnya. Namun begitu, Hadi tetap berjaya memperoleh keputusan yang dikira cemerlang dalam setiap prestasi pembelajarannya walaupun terpaksa menempuhi suatu bidang baru. Di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), nasib insan seperti Hadi tidak dipandang ringan malah pihak universiti juga mengubah suai sebuah unit rumah di Kolej Kediaman Nilam Court dan antara pengubahsuaian yang dilakukan adalah merendahkan suis elektrik bagi memastikan mahasiswa kurang upaya (OKU) seperti Hadi tidak berhadapan dengan masalah. Walaupun kolej yang didiaminya agak jauh dari kampus USIM, iaitu kira-kira 8.5 kilometer, dia tidak menghadapi masalah kerana pihak universiti telah menugaskan seorang kakitangan untuk mengambilnya dengan kereta. jika B a ga im a n a p un, ada kuliah pada waktu malam, Hadi tidak pulang pada waktu petang, sebaliknya menghabiskan masa dengan belajar atau membaca di surau sehingga kelas malam bermula “Sebagai pelajar, saya Kelainan Upaya bukan penghalang untuk menjalani kehidupan normal di Universiti. akan mengisi masa lapang dengan menyiapkan segala tugasan pada hari Sabtu dan Ahad dan pada waktu yang sama kadangkala saya menerima jemputan Muhammad Hadi Darus daripada beberapa buah sekolah untuk menyampaikan ceramah motivasi. “Saya suka bersemuka dengan pelajar dan berkongsi suka duka untuk berjaya. Jika saya sebagai OKU boleh berjaya, pelajar lain yang sempurna sifat lagi boleh berjaya,” katanya lagi yang setakat ini telah menyampaikan sebanyak dua puluh ceramah motivasi. Beberapa pesanannya juga kepada pelajar-pelajar dan rakan seperjuangan di USIM, gunakanlah peluang yang ada untuk sama-sama berbakti kepada masyarakat dan buatlah dalam apa jua usaha yang dilakukan. BIODATA Nama: Muhammad Hadi Darus (21 tahun) Fakulti: Fakulti Syariah dan Undang-undang (Sarjana Muda Undangundang dan Syariah dengan kepujian) Tahun pengajian: Tahun 3 (Sem 5) Kelahiran: Hospital Gua Musang, Kelantan Tempat tinggal: Kedah Jenis kecacatan: Mempunyai kedua-dua tangan yang kecil serta kaki yang tidak berfungsi sejak lahir ‘ Apa yang orang lain boleh buat, saya juga boleh buat ’ yang terbaik

17 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 SANTAI Teka silang kata Oleh: Ay Yukilin Komik Allah tak sayang aku ke? Oleh: Musyikamal, FKP Cari perbezaan dalam gambar

18 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 Tema fun and enjoy jadi tarikan Pertandingan Fast Typing uji kemahiran menaip pelajar Oleh: Nadia Ashikin Hasban NILAI, 22 Nov- Fast Typing merupakan pertandingan untuk mengajar peserta fokus dan pantas dalam menggunakan papan kekunci. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Convocation Festival (CFEST) bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah. Menurut timbalan Sebahagian daripada peserta bubble run sedang menunjukkan medal masing-masing (dari kiri Oleh: Maizatul Atikah Din NILAI , 8 Okt – Larian Bubble Run sempena Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPS) kali ke-13 bertemakan fun and enjoy telah menarik minat lebih 500 peserta untuk menyertainya. Menurut pengarah program, Nurain Zahidin, 22, yang juga merupakan pelajar tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat berkata penyertaannya terbuka kepada pelajar, staf dan sekitar warga Nilai. “Seramai lebih 500 orang peserta daripada pelbagai peringkat umur telah menyertai larian ini dan penglibatan peserta adalah diluar jangkaan. “Peserta dilepaskan pada jam 8.30 pagi secara serentak dan larian berakhir pada jam 11.00 pagi,” ujarnya. Tambah beliau larian ini turut disertai oleh dekan fakulti, pensyarah, pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) awam. “Peserta mendaftar lebih daripada tarikh yang ditetapkan merupakan cabaran yang dihadapi oleh pihak penganjur kerana sukar untuk menempah baju, medal dan juga sijil penyertaan,” ujarnya. Menurut saudara Amirul Hazimim Ismail, 19, yang merupakan pelajar serta orang Politeknik Port Dickson berkata minat untuk menyertai larian ini timbul apabila menerima ajakan daripada rakan-rakan UiTM yang turut bersama menyertai dan pelajar larian ini. “Tema yang dibawa oleh pihak penganjur kali ini adalah sangat menarik berbanding larian yang pernah saya sertai sebelum ini,” puji Amirul. Beliau juga berharap agar pihak penganjur boleh memperluas lagi penyertaan kepada politeknik dan UiTM yang berdekatan supaya ramai lagi peserta dapat memeriahkan program ini. Norli Marlina Mamat,Nurul Huda Zainuddin,Siti Nur Ain Ishak,Hani Aishah Wasman. Nur Atiqah Herrudin dan Izyana Najwa Ismail ) ketua unit aktiviti CFEST kali ke 15, Nur Athirah Syuhada Zulkifli berkata tujuan mereka mengadakan pertandingan ini adalah untuk menguji kemahiran menaip pelajar dengan pantas menggunakan papan kekunci di samping memperbaiki kemahiran menaip mereka. “Setiap mendapat skrip dan pelajar teks yang telah disediakan dalam bahasa Inggeris untuk ditaip semula oleh mereka’ , ujar beliau. Beliau berkata bilangan peserta yang mendaftar bagi menyertai pertandingan ini amat menggalakkan iaitu 50 orang pelajar. M e nge n a i pertandingan ini, beliau berkata ianya mempunyai 3 pusingan secara keseluruhan dan jumlah peserta akan berkurang apabila bertukar setiap pusingan. PEMAIN MUDA 15 TAHUN JUARAI PERTANDINGAN CATUR Oleh: Nur Atiqah Herrudin NILAI, 18 Nov – Jagathees A/L Guna Balan, seorang pemain muda yang berusia 15 tahun berjaya menjuarai pertandingan catur dalam kategori terbuka. “Saingan sangat sengit kerana saya berlawan dengan mereka yang lebih berusia yang mana mereka lebih berpengalaman dalam permainan catur. “ S eb e na r n y a semasa menghadapi “Catur tidak memberi impak negatif terhadap pembelajaran di sekolah kerana catur dapat membantu kita untuk lebih fokus dapat di dalam kelas. “Selain itu catur juga membantu dalam memerlukan strategi yang bernas lawan ialah kita perlu berfikir dahulu sebelum memulakan sebarang gerakan. Jagathees (kanan) sedang memikirkan langkah seterusnya ketika menghadapi lawan pada pusingan yang terakhir. subjek matematik kerana para pemain memerlukan kepada pengiraan dalam permainan ini,” jelasnya lagi. Pemain catur muda ini pernah mewakili negara dalam pertandingan catur peringkat antarabangsa yang mana pada tahun ini beliau ke New Delhi dan juga pernah ke Greece, Singapura dan Indonesia pada tahun-tahun sebelumnya. Beliau turut berharap untuk menjadi pemain catur nombor satu Malaysia pada masa akan datang. Pertandingan catur ini diadakan pada hari pertama pesta ini berlangsung yang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM. Pengarah program Pertandingan Catur Regional, Aida Nazirah Mohammad Nasri, 20, berkata sambutan daripada pelajar USIM sendiri agak kurang berbanding dengan orang awam yang kebanyakannya datang dari sekitar komuniti Nilai. “Kami mensasarkan jumlah peserta seramai 150 orang akan tetapi kurang mendapat penyertaan disebabkan kurang hebahan melalui media sosial. “Walaupun tidak mencapai target sebenar, tetapi dengan jumlah peserta yang ada seramai 91 orang juga amat memuaskan dan ini juga merupakan pengalaman baru bagi saya dalam mengendalikan program ini,” tambahnya lagi. Jagathees A/L Guna Balan, Catur tidak memberi impak negatif terhadap pembelajaran di sekolah kerana catur dapat membantu kita untuk lebih fokus di dalam kelas. ‘ ’ Beliau berkata pusingan pertama dimulai dengan perkataan yang mudah dan sering kita dengar. “20 orang peserta akan menyertai pusingan kedua dan tahap kesukaran juga turut bertambah kerana mempunyai elemen tambahan untuk ditaip seperti “bold” dan “line serta 10 orang peserta yang terbaik sahaja akan dipilih bagi menyertai pusingan terakhir”, terang beliau. Menurut salah seorang tahun tiga peserta, Khairin Afiqah Bt Ahmad, pelajar Quran dan Multimedia beliau berkata ini adalah kali pertama beliau menyertai pertandingan ini dan berharap agar dapat memenanginya. “pertandingan ini diadili berdasarkan jumlah baris perkataan yang ditaip, jumlah patah perkataan serta jenis kesalahan yang dilakukan”, ujarnya lagi. Mengenai hadiah pula beliau berkata pemenang tempat pertama akan memperoleh wang tunai sebanyak RM 100, naib juara, RM 70 dan tempat ketiga, RM 50.

19 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 FBEaST JUARA KESELURUHAN KOIF 2017 Fakulti Sains Teknologi dan Kejuruteraan Alam Bina (FBEaST) kutip 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa. Oleh: Nur Atiqah Herrudin NILAI, 21 Okt– Sains dan Teknologi Fakulti dan Kejuruteraan Alam Bina (FBEaST) yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan berjaya mempertahankan kedudukan prestasi mereka dalam Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) edisi 2017. FBEaST yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan berjaya mengutip 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa diikuti naib juara yang diragkul oleh Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) dengan pungutan 7 pingat emas 8 pingat perak dan 7 pingat gangsa dan tempat ketiga oleh Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) dengan pungutan 7 pingat emas 5 pingat perak 2 pingat gangsa. Menurut biro sukan dan rekreasi Fakulti Sains dan Teknologi, Muhammad Afiq Hazizi Bin Mahamood, 20, pada hari pertama KOIF ini berlangsung FBEaST sudah berjaya memungut sebanyak 15 pingat iaitu 5 emas, 3 perak dan 4 gangsa. “Strategi yang kami gunakan sebelum perlawanan ini diadakan adalah dengan memanggil semua pelajar untuk menjalani saringan dan latihan dua atau tiga kali seminggu setiap petang. “Selain itu, senior yang lebih berpengalaman sebelum ini turut menyertai acara olahraga kali ini dan mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada para pelajar baharu. “Walaubagaimanapun, FEM dan FSU turut memberi saingan yang amat sengit kepada FBEaST,” ujarnya. Pegawai Kanan 1 Pusat Sukan, En. Nur Ekmal Buhary,43, berkata, objektif utama diadakan KOIF ini adalah untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan mahasiswa USIM. “Mereka yang berbakat akan diketengahkan untuk mewakili USIM dalam acara olahraga untuk Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Cabaran penganjuran KOIF kali ini adalah dari segi pengurusan, acara serta isu dari segi persediaan pasukan TNC HEPA, Profesor Dato’ Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan bersama pelajar-pelajar dalam acara penyampaian piala kepada juara keseluruhan KOIF 2017 di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM. Kredit foto: USIM e-Gallery yang tidak lengkap kerana sukan olahraga memerlukan komitmen daripada semua pihak,” katanya yang ditemui sejurus sukan ini berakhir. Di samping itu, beliau turut mengharapkan pada masa akan datang untuk cuba buat lebih baik lagi dari segi format pertandingan kerana ada permohonan daripada pihak alumni untuk membuat acara bagi kategori alumni dan juga untuk staf sendiri. Kejohanan olahraga interfakulti ini turut dibantu oleh Urusetia Sukan Dan Rekreasi Pelajar (USRP) dan beberapa orang sukarelawan untuk melancarkan lagi perjalanan program dan mengikut jadual aturcara yang telah ditetapkan. KOIF kali ini yang dianjurkan oleh Pusat Sukan bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lontar Peluru Wanita cipta rekod baru KOIF 2017 Oleh: Norsyazwani Khayazid NILAI, 21 Okt- Berjaya meraih pingat emas biarpun petama kali menyertai Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Atlet muda Sumayyah Abd Basir telah menjadi juara dan memecahkan rekod dari tahun sebelumnya menerusi acara lontar peluru wanita mewakili Fakulti Kejuruteraan Alam Bina ( FKAB) dalam kejohanan sukan ini. Beliau telah mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga ini pada Oktober lalu yang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah ,USIM. “Pada mulanya saya hanya sekadar ingin mencuba Sumayyah Abd Basir “Sukan ini juga dapat meningkatkan prestasi akademik dan juga dapat menghilangkan tekanan jika bijak membahagikan masa” nasib di samping ingin mengisi kekosongan tempat dalam acara ini,” katanya. Sumayyah yang berumur 19 tahun itu mencatatkan lontaran sejauh 6.7 meter meletakkan beliau sebagai juara sekaligus mengalahkan atlet-atlet yang mewakili fakulti lain. Sumayyah berkata dia bercita-cita ingin mewakili USIM untuk peringkat yang seterusnya jika berpeluang dan tidak terbeban dengan jadual yang padat untuk mengharumkan nama universiti satu hari nanti. Bagaimanapun beliau berkata lagi “sekiranya saya dapat meneruskan hasrat untuk ke peringkat yang lebih tinggi, saya akan mengatur strategi untuk membahagikan masa antara latihan dan pembelajaran bagi memperkasa bakat dan kemahiran yang saya ada dalam acara ini.” Oleh sebab yang demikian, beliau telah berjaya mengalahkan pesertapeserta lain dengan rekod kemenangan yang paling tinggi dan telah memecahkan rekod pada tahun yang sebelumnya. Atlet lontar peluru ini turut berkongsikan rahsia kejayaan beliau mengatur masa di antara pembelajaran dan juga pembelajaran beliau dalam jurusan kejuruteraan. kebiasaannya “Pada saya tidur pada jam 12 malam dan bangun semula untuk ke studio pada jam 7 pagi untuk memulakan pembelajaran manakala pada waktu petang pula saya akan menyambung latihan seperti biasa.” Beliau menjelaskan “sukan sebegini tidak lagi begitu memenatkan seperti berlari ke sekeliling padang malahan ianya hanya memerlukan penggunaan kekuatan tangan sahaja dan tidak memerlukan latihan yang berat bahkan cukup sekadar latihan yang ringan sahaja.” “Sukan ini juga dapat meningkatkan prestasi akademik dan juga dapat menghilangkan tekanan jika bijak membahagikan masa,” jelas atlet muda ini. Sumayyah berkata sesetengah orang akan menghilangkan tekanan dengan cara menonton drama dan sebagainya berlainan pula dengan beliau yang hanya bersukan untuk menghilangkan tekanan semasa belajar. Jika ditanya tentang perancangan beliau pada masa akan datang beliau berkata buat masa ini beliau akan lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan jika ada sedikit kelapangan masa baru beliau akan turut serta menyumbangkan pingat kepada fakulti mahupun universiti. Acara yang telah lontar peluru, dipertandingkan ialah lompat jauh, rejam lembing, lompat tinggi, lempar cakera dan acara lari. Seramai lebih 600 atlet dan para penyokong fakulti turun membanjiri Kompleks Sukan Tuanku Najihah USIM bagi menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi selama program ini berlangsung.

ISSSN 2600-7754 OKT-NOV 2017 ISU 4, VOL. 1 2017/2018 RM 2.00 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 SUKAN USIM Fast Typing latih pelajar pantas guna papan kekunci >18 Tema Bubble Run yang diperkenal jadi tarikan. >18 Golongan muda buktikan kebolehan lawan catur. >18 FBEaST muncul sebagai JUARA KOIF 2017 TNC HEPA, Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan (duduk empat dari kiri) bergambar dengan pasukan FBEaST yang menjuarai KOIF kali ini. NILAI- FBEaST yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan berjaya mempertahankan kedudukan prestasi mereka dalam Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) yang diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2017 yang bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM. >19 PASUKAN FBeaST FSU FEM FMeD FKP FPQS PT FPBU JUMLAH PUNGUTAN KESELURUHAN GANGSA EMAS 7 7 5 4 2 1 0 0 PERAK 5 5 5 2 4 2 2 1 7 2 5 3 2 4 3 0 JUMLAH PINGAT 19 14 15 9 8 7 5 1

1 Publizr

Index

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
Home


You need flash player to view this online publication