13

13 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 JOM BELAJAR SAMPAI IJAZAH . MASTER . PHD 10 Tip Belajar Sampai PhD Oleh : Nur Aqilah Sharudin Bukan susah untuk menjadi susah dan bukan senang untuk menjadi senang. Ungkapan ini selalu kita dengar dari pada mulut sebahagian kita. Belajar bukan suatu proses yang boleh dibataskan pada satu tahap atau periingkat yang tertentu. Ia memerlukan satu putaran kehidupan yang luas. Banyak perkara yang harus kita korbankan. -Dr. Azlan Shaiful Baharum (Pensyarah USIM) 1 Amalan seharian dimulai dengan sunat dhuha Kita solat Gambar sekadar hiasan. seringkali terbaca di dalam majalah, suratakhbar atau internet, antara rahsia kejayaan pelajarpelajar cemerlang ialah mereka sentiasa istiqamah menunaikan solat Dhua. Mereka menjadikan solat Dhuha seolah-olah satu rutin wajib bagi mereka. Solat Dhuha boleh ditunaikan dari seawal 28 minit selepas waktu syuruk sehingga masuk waktu Zohor. Allah SWT akan meluaskan rezeki kepada hambaNya yang melakukan solat Dhuha. 2 3 Jangan kedekut Ilmu Seorang kepada tahap keyakinan dan kepercayaan kita. Ia mungkin membantu kita sedikit sebanyak namun perlu diamalkan secara istiqamah dan berterusan. Sebagai contohnya kismis, tamar (tamar), kekacang dan minuman cerdas yang banyak di pasaran. 4 individu yang mengetahui bahawa dia mempunyai kelebihan akademik berbanding orang lain hendaklah berkongsi ilmu, pengetahuan, kemahiran dan apa jua kebolehan yang boleh dimanfaatkan bersama-sama. Di samping memberikan pandangan, idea, cadangan dan sebagainya kepada sesiapa yang berminat dengan kepakaran kita. Makan makanan tambahan Makanan tambahan dapat membantu untuk menguatkan daya ingatan dan memberikan sesuatu nilai tambah kepada kecemerlangan pelajaran. Walau bagaimanapun, perkara tersebut bergantung Interaksi di laman sosial secara bermanfaat Sejak akhir-akhir ini penggunaan laman sosial pelbagai nama seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain semakin meluas. Kebanyakan kita mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun dalam laman sosial ini. Akan tetapi berapa ramaikah yang menggunakan laman ini secara positif dan bermanfaat? Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, kita boleh memanfaatkan laman sosial ini untuk berkongsi buah fikiran dan idea yang baik, mutiara kata dan motivasi supaya orang lain turut sama termotivasi untuk berjaya seperti kita. 5 Jangan terlalu cerewet Sikap negatif seperti cerewet dalam kehidupan boleh mengundang perkaraperkara yang tidak baik seperti sukar menerima pelajaran, tiada keberkatan, sukar didekati, anti-sosial, tidak pandai mengawal emosi dan mempunyai kecenderungan untuk gagal dalam apa jua bidang yang diceburi. Oleh yang demikian, sikap negatif seperti ini perlulah diganti dengan sikap seperti tidak terlalu memilih dalam membuat keputusan, cekap dalam membuat pertimbangan, menerima kebolehan diri sendiri dan rakan-rakan sekeliling seadanya. 6 Beriadah dan bersenam Sebagai walaupun kepada orang yang tidak kenali. yang positif Senyum itu boleh menenangkan jiwa, menjadi terapi minda dan menyebabkan apa sahaja yang kita lakukan terutama untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran akan dipermudahkan. kerana apa? Kerana nilai positif yang ada pada diri kita. Oleh itu senyumlah! Nescaya kita akan bahagia. seorang pelajar yang memerlukan kecergasan fizikal dan mental, kita tidak seharusnya hanya fokus kepada pembelajaran semata-mata. Kesihatan perlu jiga dijaga secara konsisten. jika anda seorang yang aktif bersukan, ini bukanlah masalah besar. Akan tetapi bagi seseorang yang kurang aktif, kita hendaklah s e k ura n g-k ura n g n ya bersenam atau berjoging dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan stres atau tekanan belajar.pasti kita akan merasai badan yang cergas dan minda yang lebih tenang untuk menghadapi hari-hari pembelajaran yang seterusnya. 7 Banyakkan senyum Senyum merupakan terapi tabii yang sangat mudah. Akan tetapi berapa ramaikah yang komited untuk senyum 8 Siapkan Kerja Kursus dari awal, jangan tangguh! J an g an menangguhkan kerja kursus sehingga saat akhir sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Kita seharusnya mencari bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus tersebut sebaik sahaja dimaklumkan oleh pensyarah atau guru. Kerjakerja yang dilakukan awal akan membuahkan hasil yang sangat baik, manakala kerjakerja yang ditangguhkan pada saat akhir akan menghasilkan satu kerja kursus yang kurang sempurna, tidak memuaskan hati dan tidak sistematik. 9 Membaca zikir Asma’ al-Husna setiap hari Kebanyakan biasanya membaca zikir kita ini pada waktu perhimpunan di sekolah. Berapa lamakah sebenarnya kita tidak Kredit tulisan: Dr. Azlan Shaiful Baharum (Pensyarah USIM) Buku ‘Jom Belajar Sampai PHD’ membaca zikir Asma’ al-Husna setelah tamat persekolahan? Sebagai seorang penuntut ilmu, kita sepatutnya mengamalkannya dengan istiqamah dan konsisten kerana kita akan berasa tenang dan berlapang dada selepas membacanya. Kita boleh membacanya pada bila-bila masa, tidak semestinya dalam acara atau program tertentu. 10 Jangan mudah berputus asa dan tunjukkan minat dalam belajar Sikap yang harus dijauhi oleh semua pelajar ialah sikap mudah berputus asa dan kecewa apabila menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran terutamanya kegagalan yang bersifat sementara. Tidak semua manusia di muka bumi ini mempunyai nasib dan peluang yang sama. Ada yang mendapat kejayaan dengan cepat, tetapi tidak kurang yang memperoleh kejayaan setelah melalui kegagalan dan kekecewaan yang berulang kali. Oleh itu, kita haruslah buang istilah kecewa dan putus asa dalam diri kita!

14 Publizr Home


You need flash player to view this online publication