12

MESEJ 12 Stress dan Akibatnya Oleh: Nur Fatihah binti Johari Keadaan atau masa yang menimbulkan stress selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Adakah anda tahu mengenai kesan stress ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem, malah mampu melemahkan tubuh kita sehingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa. Amatlah penting untuk kita ambil tahu tentang masalah stress. Buatlah apa sahaja keputusan yang mampu untuk mengurangkan kesan buruk stress. Stress juga mampu membunuh. Oleh itu, jangan biarkan ia membunuh kita atau orang yang kita sayang. Individu yang mengalami stress sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika hal ini berlaku, ia boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. Kegagalan menangani stress juga boleh membawa kesan ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya, sistem imun dapat mempertahankan tubuh daripada penyakit. Namun begitu, stress boleh melemahkan Cara Mudah untuk Mengatasi Stress Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stress. Dengan mengamalkan langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stress dapat dikurangkan. 1.Pemakanan yang betul Makan makanan yang betul dapat membantu kita menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Pastikan kita tidak terlupa untuk makan pada waktunya supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksanakan tugasan harian. Pada masa yang sama, pengambilan diet yang seimbang akan menjamin tubuh untuk mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru, pastikan kita mengambil makanan Doa hilang stres dan tekanan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah merbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika seseoramg itu sedang berhadapan dengan buruk masalah kesihatan, ia boleh memburukkan lagi keadaan. Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di dunia. Sebahagian daripada simptom atau petanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan mendapat penyakit stress. Peningkatan tekanan darah yang tinggi dan denyutan jantung yang berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, amatlah penting bagi seseorang untuk melakukan sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stress. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa stress yang boleh membunuh. yang menyumbang kepada kesejahteraan. Amalkan pengambilan protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral 2. Jangan membebankan diri Kadangkala bercita-cita kemampuan untuk kita mengambil diri. elakkan tugasan lebih seseorang itu terlalu tinggi dan terlupa akan Justeru, penting diri daripada daripada kemampuan kita. Laksanakan tugasan sedikit demi sedikit. Pecahkan tugasan yang besar kepada beberapa tugasan kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh badan dan minda kita. 3. Berehat Jika kita selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. ambil Justeru, jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah cuti selepas melaksanakan beberapa siri tugasan berat. Mendengar muzik klasik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengendalikan stress dengan baik. Dipetik daripada: www.Kesihatan.Biz pada tarikh 3 November 2017

13 Publizr Home


You need flash player to view this online publication