10

AKTIVITI PELAJAR 9 KTFD: “Pentarbiahan dan Dakwah terus ke Hati” OLEH : NURFARHANIS BT MOHD HANIFFA Nilai, 10 November 2017 - Sekretariat Sahabat Yadim USIM buat julung kalinya telah mengadakan Kelas Tafaquh Fiddin (KTFD) bertempat di Pusat Islam USIM bermula jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang bagi siri pertama yang membincangkan tentang Kitab Risalah AlJamiah wa Tazkiratun Nafi’ah karangan Al Imam Ahmad bin Zain Bin Alwi Al Habsyi Rahimahulah pada Jumaat lalu khusus untuk mahasiswa dan mahasiswi USIM serta orang awam secara amnya. Tujuan kelas ini adalah untuk memperkasakan ilmu agama selain menambah ilmu pengetahuan soal agama berkenaan ilmu Feqah, Aqidah dan Tasawuf. Di samping itu juga, agenda utama penganjuran kelas berkala ini adalah berdasarkan matlamat Sahabat Yadim iaitu, “sampaikan dariku walau satu ayat” yang disyarahkan oleh Al Fadhil Dr. Khairi Mahyuddin, Timbalan Dekan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) iaitu penceramah tetap sepanjang 10 siri kelas ini berlangsung. Menurut Saudara Muhammad Faatir bin Hamdan pengarah KTFD, beliau bahawa program Kelas Tafaquh Fiddin berpendapat ini sewajarnya perlu diambil berat oleh mahasiswa dan mahasiswi USIM yang sememangnya mendapat pendedahan awal lagi di alam persekolahan tentang ilmu agama. Namun setelah berada di universiti, tidak dapat dinafikan bahawa ruang dan peluang penganjuran program seumpama ini dipercayai mampu untuk menggilapkan peribadi muslim seseorang pelajar di samping menitik beratkan soal adabadab menuntut ilmu. Penganjuran kelas ini juga adalah di atas bantuan dan sokongan dari Dr. Khairi sendiri dan pihak Pusat Islam USIM yang banyak membantu dari aspek penyediaan tempat, peralatan teknikal dan sebagainya hanya untuk kelancaran sepanjang satu jam kelas ini berlangsung. Kelas ini mensasarkan bilangan peserta yang mampu istiqamah dan berterusan hadir dek kerana ianya dijalankan setiap minggu pada hari Jumaat petang dan turut melibatkan orang awam yang sudi hadir untuk mengikuti kelas ini. Tuntasnya, besarlah harapan pihak Sekretariat Sahabat Yadim ini sekiranya mampu dan diberi peluang untuk berkolaborasi dan bekerjasama dengan dua lagi sekretariat di bawah Pusat Islam agar mampu untuk menarik lebih ramai peserta dan orang awam di sana. Pameran Budaya Antarabangsa OLEH : NURUL NASUHA BT GHAFFAR Nilai, 10 November 2017 – Telah berlangsung program ‘International Cultural Exhibition’, bertempat di Dataran Dewan Kuliah Pusat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dianjurkan oleh ‘International Student Society’ USIM dengan kerjasama Kelab 1 Malaysia USIM dan program ini diadakan selama dua hari iaitu pada 10 dan 11 November 2017 baru-baru ini. Pengarah Program ‘International Cultural Exhibition’,Encik Bablu Kumar Dhar berkata, tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpul semua pelajar antarabangsa di dalam platform kerana ia adalah salah satu cara untuk menyatukan pelajar dari pelbagai negara. “Program ini juga dapat memperkenalkan USIM kepada mahasiswa sama ada dari luar atau dalam dengan lebih mendalam sekaligus membantu menaikkan nama USIM sejajar dengan matlamat USIM iaitu ‘Menuju Kampus Barakah’,katanya. Selain itu, program ini terbuka kepada pelajar dari pelbagai universiti untuk memeriahkan lagi suasana dengan melibatkan pesertapeserta mewakili lapan buah negara dan USIM telah mengundang beberapa NGO luar serta beberapa buah universiti yang lain antaranya, Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Para pengunjung disajikan yang hadir dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti persembahan budaya dari setiap negara, pameran budaya di ‘booth’ yang disediakan, Coloring Contest’, ‘Mandala ‘PES Tournament”, mencanting batik dan pelbagai lagi. Terdapat sebelas negara membuat persembahan yang menarik dan unik mengikut cara mereka Dr. Khari sedang menyampaikan tazkirah ringkas berkenaan kelebihan berselawat. Penganjuran KTFD ini dilihat sangat memberangsangkan dan mempunyai kupasan isu yang menarik sesuai dengan jiwa seorang mahasiswa. Muhammad Fathir bin Hamdan mahasiswa dapat bersatu padu dan bekerjasama diantara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan sesama mahasiswa dari pelbagai negara dan berhasrat untuk mengadakan program seperti ini lagi pada masa akan datang. Saya berharap para mahasiswa USIM agar lebih mendekati dengan pelajar-pelajar antarabangsa. Bablu Kumar Dhar , Pengarah program tersendiri. “Hasil daripada aktiviti yang dijalankan, peserta dan pengunjung dapat menambah pengetahuan mereka mengenai keunikan budaya setiap yang terlibat seperti makanan, pakaian tradisional dan peralatan sejarah yang menjadi kebanggaan negara masing” menurut kata Encik Bablu Kumar Dhar selaku pengarah program. Pihak penganjur juga berharap agar semua Para tetamu menjamu makanan dari luar negara.

11 Publizr Home


You need flash player to view this online publication