11

AKTIVITI PELAJAR 10 BUATMU ROHINGYA OLEH : ZAIRATUL BANISA BINTI ZAINUDDIN Nilai, 20 November 2017 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan satu program forum yang bertajuk Humanity Night : Buatmu Rohingya dengan jayanya di Pentas Utama Tapak Pesta Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Program ini adalah sebahagian daripada program pesta konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke15. Forum ini diadakan bertujuan untuk mahasiswa mengetahui akan apa yang sedang berlaku dengan etnik Rohingya, mengetahui Mynamar dan kesannya. Di dalam program AKTIVITI PELAJAR pelarian etnik status sebenar kewarganegaraan Rohingya dari sudut undang-undang negara Myanmar dan mengapa mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara ini, telah menampilkan 2 ahli panel jemputan iaitu Dr. Mohd Hazmi bin Mohd Rusli (Pensyarah Fakulti Syariah dan Undangundang), Encik Abdul Hafidz bin Hashim (Pengurus Kanan MyCare) dan Encik Musa Nuwayri (Pengasas Tangisan Syria di Bumi Jordan) sebagai moderator. Timbalan pengarah program ini ialah saudari Amanatul Hamizah binti Zulkafili dari Fakulti Sains dan Teknologi menjelaskan bahawa hala tuju program ini adalah khususnya untuk mahasiswa agar cakna dengan etnik Rohingya yang mana etnik merupakan pelarian kerana kerakyatan mereka tidak diterima di negara Myanmar. Encik Abdul Hafidz bin Hashim merupakan Pengurus Kanan MyCare merceritakan pengalaman beliau dalam menguruskan Rohingya ini dari segi memberi perlindungan, khidmat kesihatan dan lain-lain lagi kerana mereka ini masih tidak mempunyai kad UNHCR (UN Refugee Agency). Beliau berkata, pengurusan untuk pelarian etnik ini hanya persatuan MyCare sahaja yang dibenakan untuk memberi bantuan kerana untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Tambah beliau, persatuan MyCare juga masih kekurangan bantuan. Oleh itu, mereka berkerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi-agensi dan persatuan mahasiswa univeristi di Malaysia ini. Selain itu, program ini diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari Dikir Barat USIM dan bacaan puisi dari Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr. Musa bin Ahmad (Naib Canselor USIM). Para panel sedang berbahas tentang isu Rohingya. YB Dato’ Prof. Dr. Musa bin Ahmad selaku Naib Canselor USIM menyampaikan sebuah puisi OLEH : ZAIRATUL BANISA BT ZAINUDDIN Nilai, 6 Oktober 2017 - Seramai 353 pelajar telah terlibat dalam menjayakan program yang dianjurkan oleh pelajar tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang merupakan Program Konvensyen Keusahawanan Islam (I-CEPS) kali ke-13 bertempat di perkarangan Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. Program I-CEPS pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang dunia usahawan sebenar serta menerapkan nilainilai positif yang dapat meningkatkan jati diri pelajar. Aktiviti yang berlangsung selama 4 hari ini bermula dari 5 hingga 8 Oktober telah mensasarkan seramai 10 ribu kunjungan khususnya penduduk sekitar Nilai dan penduduk di sekitar Lembah Klang secara amnya. “Dengan program seperti ini, diharapkan pelajar FEM dapat membuka mata dan memberi pengalaman serta pendedahan kepada semua pelajar FEM tahun akhir khususnya untuk sama sama bersatu tenaga bagi merealisasikan program yang berkonsepkan keusahawanan” menurut kata Adakah Anda Sudah Bersedia ? Arif Mohsin bin Mohd Yaakob selaku pengarah program. Sehubungan dengan itu , banyak program menarik yang disajikan antaranya ialah Malam Amal Keberkatan Hijrah, Bicara Siswi , Demonstrasi Pencegah Jenayah , Konvensyen Kepimpinan Pelajar Nasional TN50 dan lain-lain. Karnival 3K juga telah telah diketengahkan pada Konvensyen Keusahawanan kali ini pada . Antara elemen 3K yang diterapkan ialah Kerjaya , Keusahawanan dan Kesukarelawan. Seminar Kerjaya dan Keusahawanan juga telah berjaya memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cabaran dan halangan dalam perniagaan yang pernah dialami serta turut dikongsikan seperti kerugian dan masalah dalaman dalam perniagaan. Perkongsian tentang cara memulakan perniagaan dari zaman belajar juga turut dikongsikan bersama para pengunjung. Penampilan istimewa daripada artis tempatan juga telah memeriahkan lagi program ini antaranya ialah Prof Dr Muhaya Mohamad , ahli kumpulan UNIC , Ustazah Fatimah Syarha , Yatt Hamzah , Daie Hakim , Daie Syed dan lain-lain. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi membuka peluang yang lebih luas kepada para pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan ini. Moderator,Mohd Haiqal bersama panel jemputan, Mat Luthfi.

12 Publizr Home


You need flash player to view this online publication