8 USIM TODAY BERITA TULAR EDISI OKT-NOV 2017 ( PASS OUT CHALLENGE) OLEH : RAUDHAH NURDIN “Pada pendapat saya, semua pelajar perlu diberi pengetahuan dan pendedahan awal tentang keburukan permainan ini agar ada kesedaran tentang bahaya permainan ini iaitu boleh membawa maut. Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik dari mengubati.” “Pada pendapat saya, permainan tersebut sangatlah tidak rasional dalam kalangan pelajar kerana para pelajar itu sendiri sudah boleh membezakn mana yg baik dan buruk.” MUHAMAD SYAFIQ ZAWAWI PELAJAR TAHUN 3 FEM “Pada pendapat saya, sememangnya permainan pass out challenge ini amat berbahaya. Hal ini demikian adalah kerana, permainan ini boleh membawa maut dan langsung tidak mendatangkan faedah kepada si pelaku itu sendiri. Saranan saya agar pihak sekolah memperbanyakkan aktiviti-aktiviti pelajar agar mereka tidak mempunyai masa dari terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti ini.” “Pada pendapat saya, sebagai mahasiswa kelas pertama, kita tidak sepatutnya terjebak dalam permainan yang tidak berfaedah seperti ini. Isilah masa lapang kita dengan program dan aktiviti yang bermanfaat disamping dapat menyumbang kepada ummah.” ALIFF SUID PELAJAR TAHUN 3 FST
9 Publizr Home