7

7 USIM TODAY NASIONAL EDISI OKT - NOV 2017 NASIONAL Sukarelawan USIM bantu Misi Pasca Banjir Pulau Pinang OLEH : ABDUL BASIT N ILAI, 10 November : Seramai 80 lebih sukarelawan dari KOR SUKSIS dan PALAPES diringi Penyelaras PALAPES, Tuan Rozaimi bin Kamarudin. Tuan Rozaimi bin Kamarudin bersama-sama berganding bahu untuk meringankan beban mangsa banjir dengan melaksanakan Misi Pasca Banjir di Pulau Pinang baru-baru ini bermula pasa 11 November hingga 12 November. Kelihatan pasukan USIM sedang menjalankan kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir. Operasi pertama bermula di Kampung Merbau Tunggal pada 11 November dan diteruskan pula bermula di Kampung Merbau Tunggal pada 11 November dan diteruskan Pasukan USIM bergambar bersama salah seorang mangsa banjir di kediamannya setelah selesai kerja pembersihan. pula di Permatang Pauh pada 12 November. Bantuan pembersihan fokus kepada rumahrumah dan masjid. Menurut Khairul Anam, 21, salah seorang KOR SUKSIS, “Setibanya kami disana, keadaan rumah mangsa sangat teruk dengan lumpur kerana banjir di tahap kritikal. Kami mengambil masa hampir sehari suntuk untuk siapkan kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa”, ujarnya lagi. Sumbangan dalam menjayakan misi bantuan mangsa banjir ini turut mendapat sambutan dari NGO luar dan USM iaitu dengan memberi sumbangan berbentuk tilam dan makanan. 40 000 belia sertai MUR 2017 Belia Dalam Larian BrandLaureate untuk mengumpul dana baik dan disumbangkan kepada kanak-kanak kurang bernasib demi SUMBER : AWANI ONLINE Nilai, 18 November 2017 – Lebih 40,000 belia menyertai larian amal Malaysians United Run (MUR) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada minggu lepas sekaligus diiktiraf sebagai Penyertaan Terbesar Belia Dalam Larian membantu memperbaiki kehidupan masa depan mereka. Larian sejauh lima kilometer yang kali kedua dianjurkan Institut Onn Jaafar (IOJ), turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Penaung IOJ dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Peserta Malaysians United Run terdiri daripada 62 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mohan, perbezaan antara tahun 2015 dan 2017 merupakan tempoh 2 tahun dan IOJ telah bekerjasama dengan pelbagai universiti dan ini membentuk kepercayaan institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan IOJ, Charles IOJ. Walaupun ada kekurangan IOJ berharap untuk buat yang terbaik pada masa akan datang Sementara itu, Datuk Seri Hishammuddin ketika berucap di acara berkenaan, berkata IOJ akan menyumbang RM250000 daripada dana yang dikumpul pada program itu kepada 50 kanak-kanak kurang bernasib baik yang terpilih, bagi menampung perbelanjaan pendidikan mereka selama setahun.

8 Publizr Home


You need flash player to view this online publication