5

5 USIM TODAY BERITA SEMASA EDISI OKT-NOV 2017 USIM LAHIR GRADUAN ILMU NAQLI & AQLI OLEH : Raudhah Nurdin Muhammad Nilai: 23 November 2017, Seramai 2,568 orang model graduan Generasi Ilmu Naqli dan Aqli yang terdiri daripada Graduan Sarjana Muda, Diploma Siswazah, Sarjana dan PhD telah bergraduasi secara rasmi pada Majlis Konvokesyen USIM ke-15 baru-baru ini. Daripada jumlah keseluruhan, seramai 160 daripadanya merupakan graduan antarabangsa yang terdiri daripada 23 buah negara seperti Kanada, Mekah, Palestin, Brunei, Mauritania dan Macedonia. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya ketika Majlis Perasmian Sidang Pertama Majlis Konvokesyen Pro Canselor USIM, YAM Tunku Ali Redhauddin bergambar bersama sebahagian graduan Fakulti Sains dan Teknologi USIM berkata, Majlis Konvokesyen ke-15 ini adalah lebih menarik berbanding dengan yang sebelumnya, kerana seramai 21 orang graduan sulung dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah berjaya dilahirkan. Tambahnya lagi, “Saya dan seluruh warga USIM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan para graduan itu sendiri atas kejayaan mereka kerana telah berjaya menamatkan pengajian di USIM dengan jayanya.” Dalam ucapannya, beliau juga turut menekankan tentang peri pentingnya graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam mendepani arus globalisasi dan merebut tempat dalam industri negara pada hari ini. Beliau turut menukilkan kata-kata daripada tokoh terkemuka Ibnu Khaldun, “Jatuh dan bangunnya sesuatu bangsa dan tamadun itu adalah sangat berkait rapat dengan budaya ilmu yang dihayati dan dilestarikan oleh bangsa tersebut.” Beliau turut menyeru kepada semua graduan agar perjuangan dalam menuntut ilmu tidak terhenti sehingga di tahap ini sahaja. “Teruslah menjadi penuntut ilmu, samada secara formal mahupun tidak.” Majlis Konvokesyen ini telah dirasmikan oleh Canselor USIM, DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Al Marhum Tengku Besar Mahmud dan turut dihadiri oleh Pro Canselor USIM, YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan juga pimpinan tertinggi universiti. Turut diraikan dalam majlis ini adalah, penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Anugerah Pingat Jaya Cemerlang) iaitu saudari Nor Akma Mohd Dali, Graduan Sarjana Muda UndangUndang dan Syariah bersama saudari Khaulah Mohamad Adi, Graduan Sarjana Muda Da’wah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian. USIM LANCAR RECYCLE @ USIM Tambahnya, “sehubungan dengan itu, sebuah unit One Stop Recycling Centre akan dibina di dalam kampus USIM untuk dimanfaatkan oleh warga kampus dan masyarakat sekitar. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan simbolik penanaman pokok Bakau dan pokok Nangka Madu sebagai gimik perasmian oleh YAM Tunku Ali bersama Dato’ Musa Ahmad. OLEH : Raudhah Nurdin Muhammad Bersempena Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen USIM ke-15, USIM turut mengambil peluang melancarkan Kempen Recycle@USIM yang telah dirasmikan oleh Pro Canselor USIM, YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz. Kempen Recycle@USIM ini bertujuan untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar di kawasan sekitar kampus di samping secara tidak langsung juga dapat mendokong agenda USIMBIOSIS yang menekankan kepada pembudayaan menghijaukan alam sekitar di kampus USIM. Menurut Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapan perasmian beliau, USIM merupakan salah sebuah universiti yang telah dipilih oleh Coca Cola Malaysia dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menjayakan aktiviti ini. Turut hadir dalam perasmian ini ialah Pengurus Syarikat Coca Cola bagi negara Malaysia, Singapura dan Brunei, En. Ahmed Yehia, Pengarah Pusat Inovasi, Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Madya Dr. Awangku Abdul Rahman Hj. Awangku Yussuf serta pengerusipengerusi persatuan penduduk di sekitar Nilai. Pro Canselor USIM, YAM Tunku Ali Redhauddin bersama Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad menanam pokok Bakau dan Nangka Madu sebagai gimik perasmian. >>>

6 Publizr Home


You need flash player to view this online publication