4

4 USIM TODAY Pro Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin kelihatan ceria ketika melancarkan gimik perasmian. BERITA SEMASA EDISI OKT-NOV 2017 PESTA KONVOKESYEN USIM MENDAPAT SAMBUTAN kanak-kanak dan dewasa juga turut hadir dan mengambil bahagian dalam acara yang disediakan.Tambahnya lagi, “Kami telah melaksanakan acara pentas yang bersesuaian dengan tema konvokesyen yang telah dipilih pada tahun ini iaitu “Menginsankan OLEH : Raudhah Nurdin Muhammad Nilai : 23 November 2017, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima hampir 3000 pengunjung setiap hari sepanjang Majlis Konvokesyen USIM ke-15 berlangsung sepanjang 6 hari yang lalu bermula dari 18 November hingga 23 November 2017 di Perkarangan Dewan Tuanku Canselor (DTC) USIM. Rata-rata pengunjung yang hadir terdiri daripada ahli keluarga graduan, mahasiswa dan mahasiswi USIM serta penduduk setempat. Menurut pengarah Majlis Pesta Konvokesyen USIM pada kali ini, saudara Nazrul Nazir, aktiviti yang disusun telah berjaya menarik minat pengunjung yang bukan sahaja terdiri dari kalangan mahasiswa, malah golongan Teknologi Ke Arah Pembangunan Ummah.” Antara aktiviti pentas yang dianjurkan adalah seperti Forum Bicara Falak, Bicara Daie dengan tajuk “Menuju Kampus Barakah: #iluvusim”, Humanity Night Buatmu Rohingya, pertandingan Hikayat Khalifah Cilik, Spell It Right, Pertandingan Memancing, Mini Games Tournament: PS4 & Xbox One, dan juga larian malam di sekitar kampus USIM yang diberi nama Nocturnal Run 2.0. Di samping itu, saudara Nazrul juga turut melahirkan rasa syukurnya, kerana telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program yang berskala besar seperti ini. “Walaupun ini bukanlah pengalaman pertama saya, namun dengan adanya rakan-rakan urus setia yang komited dan berdedikasi, program ini dapat berjalan lancar sepertimana yang telah dirancang.” Menurutnya, seramai 215 orang mahasiswa USIM telah dilantik sebagai urus setia bagi melancarkan lagi program ini. Majlis Pesta Konvokesyen USIM ini telah dirasmikan oleh Pro Canselor USIM, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz pada petang ahad yang lalu. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato’ Idris Kechot, Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dato’ Dr. Zulkiple Abd Ghani dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Roshada Hashim. Pesta Konvokesyen USIM ke -15 ini juga dimeriahkan lagi dengan tajaan besar dari syarikat ternama Tudung Warna. Pengarah program Pesta Konvokesyen ke-15 USIM, saudara Nazrul Nazir. Ayahanda NC, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad melahirkan rasa hati beliau melalui deklamasi sajak kepada warga USIM. Para penonton gembira bergambar bersama 3 ikon Daie USIM selepas Forum Bicara Daie.

5 Publizr Home


You need flash player to view this online publication