2

2 USIM TODAY BERITA SEMASA EDISI OKT-NOV 2017 Pemakanan Sunnah Harus Dipraktikkan OLEH : Sharifah Thahirah Nilai, 7 Oktober – Sempena Konvensyen Keusahawanan Islam Kali ke-13 atau ICEPS’13, satu Forum Bual Bicara yang bertajuk “Rahsia Makanan Sunnah” telah dijalankan di Perkarangan Dewan Tuanku Canselor, USIM bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga 1.30 petang bagi menggalakkan mahasiswa USIM dan masyarakat luar untuk mengamalkan pemakanan sunnah. Forum anjuran SBU Pertandingan ICEPS’13, Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM, juga dianjurkan oleh Konvensyen Keusahawanan Islam-13 serta mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Tinggi banyak memberikan pendedahan kepada penonton tentang kebaikan makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah S.A.W. Forum ini oleh disampaikan oleh panel-panel jemputan yang hebat antaranya ialah Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi USIM, Prof. Madya Dr. Alina, Pensyarah Fakulti Perubatan USIM, Dr. serta Konsultan Mohd. Dzulkhair, Syariah Telaga Biru, Ustaz Ahmad Fauwaz. Moderator yang Prof. Madya Dr. Alina, seorang koordinator makanan halal USIM, telah menitikberatkan tentang pengambilan kurma yang kaya dengan kandungan fiber, mineral dan vitamin. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang kebaikan pengambilan buah “Mencari Barakah Dalam Menuntut Ilmu” Oleh: Khaliesah Halimi Nilai, 15 Oktober - Program yang berunsurkan kerohanian ini telah diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3,USIM pada 12 October 2017 lalu yang dianjurkan oleh Exco Ekonomi dan Penjanaan Pendapatan, Kelab Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) USIM dan ianya merupakan program Semarak Ilmu Siri ke-4. Program ceramah ini telah berlangsung dari jam 8.00 sehingga 10.30 malam. Perbicaraan ini telah disampaikan oleh panel yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi galakan dan dorongan kepada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk terus membudayakan sifat ingin tahu dalam diri mahasiswa. Seterusnya, program ini turut berperanan sebagai platform untuk mengasah kemahiran insaniah mahasiswa USIM. Tambahan lagi, melalui program ini. mahasiswa dapat diberikan pendedahan tentang cara menguruskan masa dengan baik dan mempraktikkan adab-adab semasa menuntut ilmu. Ustaz Syed Abd Kadir banyak menekankan tentang definisi barakah yang sebenar yang perlu dicari oleh setiap penuntut ilmu. Jika dilihat pada zaman teknologi masa kini, keberkatan dalam menuntut ilmu itu susah untuk diperoleh. Beliau juga turut berkongsi sedikit sebanyak tentang cara-cara yang boleh dilakukan oleh mahasiswa dalam mencari keberkatan semasa menuntut ilmu. Antara perkara lain yang diketengahkan dalam sesi ceramah ini adalah adab seseorang pelajar dalam menuntut ilmu. Menurut beliau, “Keberkatan itu bukan terletak pada cemerlangnya mahasiswa di alam universiti dan tidak boleh dinilai di atas kertas”. Melalui sesi ceramah ini, sedikit sebanyak telah menyedarkan para mahasiswa USIM tentang kepentingan menjaga adab semasa menuntut ilmu. Oleh: Nurul Afiqah Azis Nilai, 27 November 2017 - Program Journey of Journalist yang julung kalinya diadakan di bawah subjek Psikologi Komunikasi yang berbentuk forum menggabungkan tiga tokoh wartawan yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang penyiaran dan kewartawanan iaitu Muhammad Arif bin Che Soh (Wartawan Penyiaran), Ally Iskandar (Penerbit Eksekutif Jab. Faktual Primework Studios) dan Mohd Zaki bin Salleh (Penolong Pengarang Berita Kosmo). Program ini telah diadakan pada 16 November 2017 di Dewan Kuliah Pusat 4 USIM pada jam 11 pagi sehingga jam 1 tengahari Us t az Ahmad Fa uwaz p u la men cer i t a kan men g en ai sirah d an sej a ra h Na bi Mu h ammad S.A.W ten t a n g c ara pengamb i l a n ma kan an ba g in d a yang semema n g nya b o leh diiku ti ole h Prof. Madya Dr. Alina sedang menyampaikan forum di pentas utama ICEPS’13 bersama panel-panel yang lain. labu mengendalikan perjalanan perbahasan forum iaitu seorang selebriti, Yatt Hamzah. yang sememangnya penuh dengan khasiat dan baik untuk kesihatan tubuh badan manusia. s e l ur uh per in g ka t ma sya ra ka t. Forum Bual Bicara: “Rahsia Makanan Sunnah” ini telah berjalan dengan lancar dan majlis berakhir dengan penyerahan hadiah penghargaan kepada panel-panel jemputan dan moderator yang terlibat dalam menjayakan forum tersebut oleh Pengarah Karnival Sunnah, Hazlami bin Abd. Halim. PROGRAM JOURNEY OF JOURNALIST yang telah melibatkan mahasiswa tahun 2 Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU). Selain itu, program ini juga telah menggalakkan penglibatan semua mahasiswa USIM yang berminat dalam bidang kewartawanan serta penyiaran. Dengan adanya program ini, ia dapat memberi keberkesanan pembelajaran kepada mahasiswa daripada apa yang dipelajari dan program ini turut sedikit sebanyak telah dapat memberi motivasi kepada para mahasiswa untuk menjadikan panel-panel yang hadir ke program ini sebagai ‘role model’. Ia juga dapat memberi pendedahan dan perkongsian kepada mahasiswa tentang pengalaman bekerja di sektor industri kewartawanan. Selain itu, program ini turut menyediakan kepada mahasiswa tentang pendedahan secara holistik iaitu teori dan praktikal supaya bersedia menghadapi realiti kehidupan di dalam era kerjaya terutamanya dalam bidang kewartawanan.

3 Publizr Home


You need flash player to view this online publication