15 USIM TODAY PERSONALITI EDISI OKT-NOV 2017 “Mempunyai kemahiran dan ilmu yang tinggi tidak akan dipandang jika akhlaknya buruk” Biodata Da’i Afiqah Nur Afiqah Binti Mahmud Baling, Kedah Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, USIM PENCAPAIAN Johan : Youth Empowerment Action Plan & Assets Development International EYDFC 2017 Johan : IPTA Young Motivator Competition 2017 -Mewakili USIM ke SUMMIT Yayasan Budi Penyayang Malaysia 2017 Finalis Anugerah Pembangunan Belia USIM 2016 Anugerah Khidmat Masyarakat Fakulti Kepimpinan & Pengurusan 2016 Anugerah Pidato 2017 Global Islamic Students Outreach Yogyakarta, Indonesia (Volunteerism USIM) 2017 Naib Juara Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-5 S emestinya perasaan wujud gembira dan bersyukur kepada Allah apabila dinobatkan sebagai Naib Juara dalam Program Da’i Nusantara musim ke-5. “Saya hanya berharap untuk melangkah ke peringkat akhir dan tidak menyangka diumumkan sebagai Naib Juara pada malam itu.” Nur Afiqah atau mesra dengan panggilan berasal Da’i Afiqah, seorang gadis yang daripada Kedah dan beliau adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), mengambil keputusan untuk menyertai program ini atas dorongan kawan-kawannya kerana mereka melihat beliau mempunyai bakat dalam bidang pengucapan awam. Beliau mula terlibat dalam bidang ini memasuki USIM kerana sedar akan kepentingannya sebagai seorang mahasiswa universiti. Kesibukan dalam menyertai program Da’i ini tidak sama sekali menggugat tumpuannya dalam bidang akademik. Beliau sangat bijak masa dan cakna dengan semua tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Cabaran-cabaran yang ditempuhi Ikuti perkembangan mereka berdua : Sepanjang menyertai program tersebut, beliau berkata, “Saya berfikir bagaimanakah cara untuk mempengaruhi penonton yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan cara untuk saya tampilkan diri dengan kelainan.” Pada persembahan, beliau peringkat awal telah Da’ie Hakim Da’ie Afiqah membahagiakan mendapat topik berkenaan dengan Pinocchio iaitu salah satu daripada watak dalam cerita kartun dan mendapat sambutan daripada penonton terutamanya golongan kanak-kanak. Setelah itu, Da’i Afiqah telah membawa watak sebagai seorang pramugari sehingga beliau dikenali dan diingati oleh masyarakat. Beliau juga diuji dengan persembahan tarannum yang tidak pernah dilakukan olehnya. Kemudian, beliau diuji lagi dengan minggu yang memintanya untuk mengkaji kitab-kitab lama yang berkaitan dengan fiqh realiti dan ini sangat berlainan dengan bidang yang diceburi olehnya di USIM. 3S tips berguna Antara tips yang digunakan oleh Da’i Afiqah adalah: 1- STRATEGI Sebagai seorang mahasiswa, beliau kaitkan strategi ini dengan pengamalan Rukun Islam dalam kehidupan. Apabila menghadapi sejak Oleh : Siti Zaleha Binti Yunus sebarang kesulitan, Islam menyarankan agar kita memohon petunjuk dan berdoa kepada Allah dengan menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Ini merupakan Rukun Islam yang kedua. 2- SASARAN Seseorang itu hendaklah mempunyai ‘Vision Board’ yang membolehkannya untuk merancang perkara yang ingin dilakukan mengikut garis waktu yang tertentu dan dapat mencapai perkara yang diingini dalam waktu yang telah ditentukan. 3- SIKAP Beliau berkata, “Mempunyai kemahiran dan ilmu yang tinggi tidak akan dipandang jika akhlaknya buruk.” Beliau menggariskan seseorang itu perlu mempunyai sikap yang baik melebihi kemahiran dan ilmu. Da ‘i Afiqah berjaya dinobatkan sebagai naib juara Da’i musim ke - 5 Da’i Afiqah sedang membuat persembahan terakhir pada malam Da’i Pendakwah Nusantara Musim ke-5 https://www.facebook.com/muhammad.aqiem.1 https://www.facebook.com/Dai-Afiqah-Official-431458333919982/
16 Publizr Home