12

12 USIM TODAY MESEJ EDISI OKT-NOV 2017 MESEJ UJIAN TANDA ALLAH SAYANG OLEH: NUR SHILA BT AMAN D alam menjalani kehidupan ini, kita sebagai pelajar tidak akan terlepas daripada menghadapi dugaan dan ujian Allah SWT. Semoga dengan adanya dugaan ini akan menjadikan kita seorang pelajar yang lebih tabah, sabar dan bersyukur kerana terdapat hikmah disebalik setiap yang berlaku jikalau kita sentiasa beriman kepadaNya. Segala ujian dan dugaan ini daripada SWT merupakan peringatan agar kita Allah tidak mudah lalai dan terlupa akanNya. Ujian dan dugaan salah satu cara dan dari Allah SWT itu bukan sahaja melalui kesusahan, musibah dan bencana bahkan yang paling tidak kita sedari adalah melalui k es ena n ga n, kenikmatan dan k e g e m b i r a a n yang dikurniakan oleh Allah SWT yang menguji hambanya sama ada bersyukur atau putus harapan. Sebagai pelajar, apabila sedang diuji, yang paling penting adalah keimanan kerana dengan kekuatan iman inilah yang dapat menguatkan rohani dan jasmani kita untuk bersabar dan menerima ketentuan Allah SWT dengan redha. Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan untuk menguatkan keimanan agar tidak mudah berputus asa. Keyakinan dan ketaatan jugalah yang akan menjadikan kita sebagai pelajar menjadi ikhlas dan redha di atas ujian dan dugaan yang berlaku agar beroleh hikmah. Antara ujian dan dugaan yang sering dihadapi dalam kalangan pelajar adalah peluang untuk lebih men de ka t ka n diri kepada Allah SWT dengan mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala l a rangan-Nya. Maka perlunya bersabar dan sentiasa memohon pertolongan dan petunjuk dariNya dengan b er s u n g gu hsungguh dan ikhlas tanpa sebarang keraguan. Apabila diberi ujian atau dugaan, sebagai pelajar janganlah kita lupa untuk bersyukur. Bersyukur bukan hanya di waktu senang dan gembira tetapi perlu difahami konsep sebenar bersyukur ini. Oleh itu, bersyukur menjadikan kita lebih memahami dan merasai nikmat dalam kehidupan ini. Setiap ujian dan dugaan yang diterima pasti ada ganjarannya namun tidak semua akan men er ima n ya kecuali buat mereka yang beriman dan men er ima n ya dengan penuh sabar dan bersyukur. Sebagai pelajar, kita harus berasa yakin, percaya dan redha dengan ketentuan yang diberikanNya sabagai satu ujian dalam menguji keimanan dan ketakwaan diri pelajar itu sendiri. Walau sebesar atau seberat mana ujian dan dugaan yang ditanggung oleh pelajar, yakinilah bahawa kita tetap mampu mengharunginya kerana janji Allah SWT itu adalah benar. Kita hanya mampu m e r an c ang namun takdir yang menentukan. Hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui saat di mana kita benarbenar bersedia dan yakinilah juga akan setiap apa yang Allah SWT telah rancangkan dan kurniakan itu adalah yang terbaik buat kita.

13 Publizr Home


You need flash player to view this online publication