7

7 | Berita Tular USIM TODAY KEPUTUSAN PRESIDEN DONALD TRUMP BANGKITKAN KEMARAHAN UMAT ISLAM DUNIA WASHINGTON, - Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang bertindak mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Beliau juga turut membuat keputusan untuk memindahkan pejabat kedutaan A.S dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Tindakan beliau telah menyebabkan berlaku dan Amerika Syarikat akan berdepan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Tegas beliau lagi,tindakan Presiden A.S ini turut jelas menyalahi undang-undang antarabangsa . Presiden Recep Tayyip Erdogan juga mengatakan bahawa ketegangan antara umat Islam dan A.S. Baitul Maqdis merupakan Kota suci umat Islam, Yahudi dan Kristian dan merupakan satu halangan dan cabaran besar dalam mencapai persetujuan damai antara Israel dan Palestin. Baitul Maqdis juga merupakan kiblat pertama beralih Kota Suci orang Islam sebelum kepada Kaabah di Mekah. Presiden Turki, Presiden Recep Tayyip Erdogan antara pemimpin Islam yang lantang membantah keputusan Presiden A.S, Donald Trump. Beliau menegaskan bahawa Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel jika perkara itu dilaksanakan. Malah, beliau menegaskan bahawa Israel Donald Trump Presiden Amerika Syarikat beliau akan tidak teragak-agak untuk mengadakan mesyuarat tergempar Pertubuhan Negara Negara Islam OIC bagi membincangkan perkara itu. Kesan daripada pengishtiharan Presiden A.S, umat Islam diseluruh dunia telah beramai - ramai mengadakan bantahan aman tentang keputusan Donald Trump. Umat Islam juga telah mengadakan kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel bagi jukkan menunbantahan mereka. Umat Islam di Palestin semakin tertindas setelah Donald Trump secara rasmi mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel. Tentera Israel semakin berani melalkukan kekerasan keatas umat Islam di Palestin dan jumlah mangsa yang cedera juga seSyarikat Pelajar USIM berhimpun beramai-ramai bagi menyatakan bantahan atas tindakan Presiden Donald Trump terhadap negara Palestin. makin meningkat. Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengishtiharkan BaitulMaqdis sebagais ibu negara Israel yang baru diktutuk sekeras-kerasnya oleh seluruh khususnya umat Islam. dunia Mahasiswa Usim juga tidak ketinggalan daripada menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Presiden Donald Trump apabila satu himpunan soladiriti telah diadakan baru baru ini bertempat di Kompleks Islam Tuanku Mukhriz Usim. Pada himpunan tersebut telah diadakan ucapan daripada dua panel yang terdiri daripada pensyarah Usim sendiri di mana salah seorang pensyarah tersebut berasal dari Palestin. Baitul Maqdis merupakan kota suci yang penting buat umat Islam di mana ia merupakan tempat berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj. Umat Islam wajib bersatu dengan tidak mengira bangsa atau keturunan. Oleh: Muhammad Fadhli Hasya B. Azeman usimtoday@gmail.com Dobi Layan Diri Mesra Muslim EKSTRIMIS AGAMA? Oleh: Muhammad Fadhli Hasya B. Azeman usimtoday@gmail.com M uar, Johor – Sebuah kedai dobi disini sebagai ekstremis dilabel kerana mengkhususkan perkhidmatan dobi tersebut hanya kepada pelanggan yang beragama Islam. Menurut pemilik kedai tersebut, dia hanya ingin memudahkan umat Islam yang ingin mencuci pakaian mereka tanpa perasaan ragu-ragu terhadap wujudnya unsur najis . Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin menyifatkan perkhidmatan dobi tersebut sebagai “cantik”. Menurut beliau , kebersihan adalah keutamaan kepada umat Islam dan sepatutnya dasar kedai dobi tersebut tidak menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan orang bukan Islam. Kedai tersebut juga boleh menjadi kemudahan bagi orang Islam untuk mencuci pakaian mereka. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ,menganggap perkhidmatan dobi tersebut bukan isu yang perlu diperbesarkan. Ketua PPIM Dato Nadzim Johan, berkata isu ini hanya perlu dibandingkan seperti majikan yang tidak mengambil pekerja bukan cina. Pekerja yang bukan daripada kaum cina masih boleh mencari kerja dengan majikan lain kerana bukan semua majikan yang meletakkan syarat kaum tertentu sebagai kualifikasi untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut beliau lagi, kedai dobi ini tidak memberikan masalah kepada pelanggan kerana mereka mempunyai hak untuk memilih yang lain. Sebagai pengguna Islam, perkhidmatan ini sebenarnya memudahkan orang islam itu sendiri kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama. Sebagaimana wujudnya perkhidmatan untuk orang bukan Islam, begitu juga dengan perkhidmatan yang dikhususkan untuk orang Islam sahaja. Sebagai pengguna, orang ramai mempunyai hak untuk mereka memilih mengikut kemahuan mereka. Selain itu wujud juga pendapat yang mengatakan dobi khusus buat orang Islam itu perlu kerana jika tidak kita menggunakan mesin pembasuh pakaian tanpa mencuci najis pada pakaian dahulu. Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor,Datuh Nooh Gadut cara betul ialah dengan mencuci najis terlebih dahulu pakaian sebelum dimasukkan ke dalam mesin pencuci pakaian. Kesimpulan daripada isu ini, boleh dikatakan semua pihak ada pendapat masing – masing dan semuanya tidak salah dari segi undang-undang mahupun syariat Islam. Disebabkan Malaysia merupakan negara yang rakyatnya terdiri daripada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, keputusan yang terbaik haruslah dibuat dengan mengambil kira perasaan kaum lain tanpa merendahkan kedudukan umat Islam itu sendiri.

8 Publizr Home


You need flash player to view this online publication