6

6 | Info Editorial USIM TODAY DEKAN Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan Prof. Madya Dr. Mohd Radhi Bin. Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof. Madya. Dr. Noor Azizi Bin Ismail KETUA Program Komunikasi Dr. Sofia Hayati Binti Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr. Wan Azura Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Ahmad Syafiq Fauzan Bin Abd. Rahman SEKSYEN BERITA Ketua Muhammad Fadhli Hasya Bin Azeman Wartawan Muhammad Shauqi Hadi Bin Mohd Ja’ais Nurul Huda Izzati Bt. Jamaludin Nurfariha Hanim Bt. Mohd Rosli Nor Azizah Hakimah Bt. Abdul Aziz SEKSYEN RENCANA Ketua Siti Nurussaadah Bt. Mohd Khair Penulis Syahidatul Nur Asyiqin Bt. Helmi Wan Laaibah Bt. Wan Mohd Farieh Balqish Syauqi Syahid Bt. Mohammed SEKSYEN SUKAN Ketua Mohammad Ikmal Fahmi Bin Mohd Razif Wartawan Nur Ainun Najla’ Bt. Mohd Yatin PENYUNTING NASKHAH Ketua Nur Qistina Afiqah Bt. Shahari Penyunting Nor Shahirah Bt. Mohd Zulkefli Wan Aina Fatima Bt. Wan Jamalludin Noor Asma Salsabila Bt. Mohd Azemi SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Khairunnisa Afiqah Bt. Abu Hassan Jurugambar Nur Surayya Wafa’ Bt. Mohd Zukari Nur Shahidda Ashiqqin Binti Hussain Nursyahirah Bt. Muhammad Farid Muhammad Nasiruddin Bin Mat Hasan Artis Grafik Muhammad Hafizuddin Bin Zulkeli Zul Fikri Hakimi Bin Zunil Fauzi USIM Today adalah hasil penerbitan pelajar tahun 3 Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta pelajar tahun 3 Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Ia diterbitkan dua kali setahun iaitu bagi semester 1 dan 2 pada setiap tahun pengajian. enjadi siswa bukan lah memfokuskan kepada pembelajaran akademik semata-mata akan tetapi siswa seharusnya menitik beratkan aspek kerohanian juga agar ilmu yang kita pelajari diberkati dan bermanfaat kepada diri amnya dan ummah khususnya. Sejajar dengan misi dan visi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu melahirkan mahasiswa yang mampu mengaplikasikan ilmu aqli dan naqli dalam kehidupan seharian mereka, seterusnya menjadi mahasiswa yang disayangi Allah . 1 SELALU BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH Allah sangat suka dan sayangkan hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan berserah kepada-Nya dalam waktu senang mahupun di kala waktu susah. Allah berfirman dalam surah Ghafir ayat ke60 yang bermaksud: “Tuhan kamu berfirman ‘Berdoalah kepada-Ku nescaya aku akan memperkenankan doa kamu”. Orang yang sombong dan takabbur daripada beribadat dan bersolat kepada-Ku akan dimasukkan ke dalam neraka. Bertawakal bukan bererti menyerahkan segala ketentuan tanpa melakukan sebarang usaha terlebih dahulu. Sebaiknya dia harus melakukan yang terbaik setelah itu berserah sahaja kepada Allah. Natijah daripada tawakal itu seorang mahasiswa tidak akan rasa kecewa jika gagal sebaliknya mencari hikmah dan mencari penyelesaian di sebaliknya , manakala apabila diberi kejayaan tidak berasa sombong bersyukur dengan nikmat yang diberikan . Berdoa merupakan tanda pengharapan seorang hamba kepada sang pencipta dan seharusnya dilakukan dengan cara yang terbaik. 2 MENJAGA ADAB DENGAN GURU Menjaga adab dengan guru adalah perkara wajib yang dilakukan oleh ulamak’ terdahulu bagi memastikan ilmu yang dipelajari menjadi berkat dan diberikan kefahaman yang mendalam dalam bidang tertentu. Iman Ghazali telah menggariskan beberapa adab-adab apa bila berhadapan dengan seorang guru yang patut diberi perhatian oleh mahasiswa : - Memberikan perhatian penuh ketika guru menyampaikan pengajian - Mendiamkan diri ketika guru menyampaikan pengajian - Menunjukkan minat terhadap apa yang Ahmad Syafiq Fauzan Bin Abd. Raham Ketua Editor M Ruangan Editor Menjadi siswa diberkati Allah disampaikan oleh guru - Tidak meninggikan suara di hadapan guru - Menghormati guru apabila bersama beliau dan di belakang dia - Sekiranya mahu bertanya pastikan guru tersebut sudah bersedia untuk berikan jawapan - Menjaga aib guru - Sentiasa mendoakan kebaikan kepada guru 3 RAJIN MELAKUKAN ULANG KAJI Ilmu yang telah dipelajari seharusnya diulang kembali agar tidak hilang menurut kajian pakar motivasi Dato’.Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, para pelajar mampu mengingati 80 peratus daripada isi pengajian yang dipelajari dalam masa 24 jam selepas belajar dan semakin berkurang apabila melepasi tempoh tersebut . Jadi amat penting agar mahasiswa mengulang kaji pelajaran dalam meningkatkan kefahaman. 4 BERAMAL DENGAN ILMU Ilmu yang bermanfaat apabila diamalkan. Jika tidak diamalkan ilmu , ibarat pokok yang tidak berbuah .Maka , jangan disimpan ilmu dalam diri .Sebarkan sejauh yang mampu kerana masyarakat sentiasa mendahagakan ilmu .Ayuh , kita menjadi siswa kesayangan Allah ,bukan menilai dari pandangan manusia, namun mencari dan berusaha meraih reda Allah .

7 Publizr Home


You need flash player to view this online publication