16

16 | Personaliti USIM TODAY Fazwanis kongsi pengalaman latihan industri di Turki PROFIL Nama: Nur Fazwanis bt Othman Umur: 25 Tahun Asal: Pulau Pinang Pengajian: Graduan Pengajian Quran dan Sunnah Adik-beradik: Anak ke-3 daripada 4 orang Hobi: Bermain catur Jawatan yang pernah disandang:1. Biro Akademik SPP 2. Pengerusi Jaksa Kolej Kediaman Sutera Indah 3. Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2015/2016 B erpeluang menjalani latihan industri di Istanbul Foundation for Science and Culture, Turki yang mendapat tajaan sepenuhnya selama tiga bulan, Nur Fazwanis Othman, 25 tahun, yang kini menamatkan pengajian beliau dalam bidang Pengajian Quran Dan Sunnah berkongsi pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan industri di bumi Turki tersebut. Hasrat ingin menjalani latihan industri di luar negara akhirnya tercapai apabila beliau mendapat tawaran peluang tersebut di Turki selama 3 bulan. Fazwanis kini juga bergiat aktif sebagai konsultan dalam sebuah syarikat kecil iaitu My Giso Solutions, turut menceritakan pengalaman beliau sepanjang mengikuti pengajian di USIM. Bermula dari tahun satu di USIM, Fazwanis telah aktif dengan persatuan dalam Sekretariat Perhubungan Pelajar sebagai Biro Akademik, seterusnya sebagai pengerusi Jaksa Kolej Kediaman Sutera Indah ketika beliau tahun dua dan akhirnya ditaklif sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2015/2016. Fazwanis anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, membahagikan masa belajar dengan persatuan bukanlah satu perkara yang mudah. Pengalaman latihan industri. Sering kali kita dengar bahawa pengalaman dapat mematang fikiran seseorang. Bagi Fazwanis, pengalaman banyak membentuk diri beliau dari segi pengurusan. Jelas beliau ketika ditemuramah, “semasa membuat permohonan latihan industri luar negara, bukan negara Turki sahaja yang dimohon, malah ada beberapa buah negara lagi antaranya Australia, Maldives, dan Brunei.” Semasa berada di bumi Turki, banyak perkara yang beliau belajar dan dapat merasai budaya orang Turki itu sendiri. Walaupun pada mulanya bagi Fazwanis sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran disana sehingga beliau pernah demam, namun beliau menggangap ianya sebagai satu cabaran yang kecil. Berjalan kaki dari tempat penginapan ke tempat belajar bukanlah perkara asing bagi Fazwanis kerana beliau menyifatkan rutin tersebut ialah salah satu budaya orang Turki di sana. Tempoh 4 Tahun di Usim adalah tempoh persediaan bagi Fazwanis untuk menjalani latihan industri di luar negara yang mana beliau menegaskan tentang pentingnya pengurusan masa bagi seorang mahasiswa. Bercerita lebih tentang pengalaman ketika berada di Turki, beliau menegaskan bahawa bukanlah Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sahaja yang diambil kira malah ‘soft skill’ juga jauh lebih penting dan banyak membantu Fazwanis disana. Tips untuk mahasiswa. Prinsip dalam hidup ialah “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama (ini).” Bagi Fazwanis, sebagai mahasiswa yang beragama Islam, hubungan dengan Allah adalah lebih utama. Cuba amalkan solat di awal waktu dan lazimi solat sunat Dhuha. Selain itu, sentiasa jaga hubungan yang baik dengan ibubapa. Tambah Fazwanis, walaupun sibuk dengan badan pelajar namun hubungan dengan ibubapa perlu dijaga agar kita dapat menghadapi urusan dengan tenang. “Kalau boleh setiap hari sedekahkan Al-fatihah untuk ibubapa kita, walaupun kita nampak ianya perkara mudah tapi kalau betul kita ingin kekuatan yang baik, cuba amalkannya.” Selain itu juga sebagai mahasiswa, perlulah bijak dalam menguruskan masa. Bagi Fazwanis, sepanjang 4 tahun di USIM bukanlah masa untuk beliau buang masa untuk perkara yang tidak berfaedah, malah juga masa tersebut penuh di isi dengan masa belajar dan persatuan. Tambah beliau lagi, sepanjang di bumi USIM juga, walaupun sibuk dengan komitmen persatuan, beliau tidak pernah ponteng kuliah. Perlu bijak utamakan sesuatu perkara agar masa kita akan lebih teratur. Pesan Fazwanis lagi, sebagai seorang pelajar pemakanan juga mestilah dijaga seperti pengambilan makanan segera dan ringan. “ Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama.” Nur Fazwanis Bt. Othman Nur Fazwanis Othman bergambar kenangan bersama keluarganya, Othman Bin Mat Zin dan Rohani Binti Md Yaakob

17 Publizr Home


You need flash player to view this online publication