9

NasiONaL 9 Kanak-kanak 12 Tahun Hamba Dadah OLEH: MOHAMAD ADIB FIKRI BIN HASHIM Rakyat Malaysia beransur reda dengan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang melibatkan penjenayah remaja di bawah lingkungan umur 12 tahun ke 18 tahun, bergelumang dengan najis dadah, kini kembali dikejutkan dengan penangkapan seorang kanak- kanak lelaki berusia 12 tahun oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam satu serbuan di Kuantan sekitar Taman Inderapura, lapor Harian Metro 3 Disember 2017. Kanak- kanak lelaki ini dipercayai terjerumus dalam kancah kehidupan hitam selepas disahkan positif dadah, berpunca daripada masalah keluarga yang dialami selain pengaruh buruk bapanya yang juga merupakan seorang penagih dadah. Malahan, kanakkanak itu juga antara empat yang ditahan ketika serbuan itu dijalankan. Sumber daripada AADK ada menyatakan bahawa kanak- kanak ini terbabit dengan gejala ini sejak beberapa bulan yang lalu, di mana dia menghambakan diri kepada dadah jenis pil kuda. Akhbar Harian Metro melaporkan, “Seawal usia 12 tahun kanakkanak lelaki ini sepatutnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran apatah lagi dia bakal menginjak ke alam persekolahan peringkat menengah pada bulan depan”. Menurut sumber, kanakkanak tersebut dan bapanya masing- masing berada di rumah ketika serbuan dilakukan dan memberikan kerjasama sewaktu ujian air kencing dilakukan. Hasil ujian tersebut menunjukkan kedua beranak itu positif dadah. Menerusi Harian Gambar hiasan Metro, sumber juga turut memaklumkan kanakkanak terbabit itu dibawa ke ibu pejabat AADK untuk tindakan lanjut dan ibu bapanya bakal untuk memberikan dipanggil keterangan mereka dan selanjutnya dia akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri. iNfO JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian. 1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon) 2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain) 3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol) 4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin) 5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana) JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI 1. Morfin 2. Ganja 3. Kokain Cubaan “ajaran sesat” di UNISZA OLEH : MOHAMAD AMIRUL HANIEF BIN IBRAHIM Beberapa hari lepas, tular di ruangan akhbar dan media sosial tentang cubaan menyebarkan ajaran sesat. Kumpulan ajaran sesat tersebut yang dikenali sebagai ‘World Mission Society Church of God’ oleh satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka ‘World of God’ di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu. kepada pelajar-pelajar Mereka menyasarkan universiti yang bukan beragama Islam. Pergerakan mereka dikesan apabila salah seorang ahli kumpulan mereka ditahan oleh pentadbiran universiti. Menurut Naib Canselor (NC) UNISZA, Prof Datuk Dr Ahmad - Gambar hiasan Zubaidi Abdul Latif berkata, individu terbabit kegiatan dikesan apabila terdapat pelajar membuat pendedahan mengenai kumpulan tersebut di laman media sosial sebelum melaporkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tindakan lanjut diambil oleh bahagian keselamatan universiti dan isu ini mendapat perhatian daripada Malaysian Chinese Association (MCA) Kuala Terengganu dan Persatuan Gereja Kuala Terengganu yang kemudiannya membuat lapo- Gambar hiasan ran polis. (petikan dari Berita Harian Online) Kegiatan kumpulan ini berjaya ditumpaskan ekoran laporan awal yang dibuat oleh pelajar berhubung dengan isu ini. Target kumpulan ini adalah terhadap penuntut universiti yang beragama Kristian dan mereka berjaya menarik pelajar melalui temubual yang dijalankan di kampus. Berikutan dengan kejadian ini, pihak universiti telah mengambil langkah keselamatan dengan memperketatkan kawalan keluar masuk dan meningkatkan jumlah kamera litar tertutup di beberapa kawasan. Pihak universiti juga mengambil turut inisiatif dengan menganjurkan program kesedaran kepada pelajar agar mereka lebih sensitif dan peka berkaitan isu yang memesongkan agama. akidah dan

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication