8

KamPUs 8 Apa Kata Mereka? OLEH: MOHAMAD AMIRUL HANIEF BIN IBRAHIM Sistem pendaftaran perlu lebih cekap “Bila bercakap tentang pengurusan pentadbiran USIM, rata- rata pelajar sudah arif tentang perkara tersebut terutamanya dari segi pengurusan ketika pendaftaran pelajar baru yang tidak cekap dan sistematik. Saban tahun, prosedur yang dijalankan ketika pendaftaran dalam Dewan Tunku Canselor agak perlahan dan merumitkan. Ini membuatkan ramai daripada pihak ibu bapa dan keluarga pelajar mengeluh dan terpaksa menunggu lama di luar dewan. Saya berharap pihak pengurusan dan pentadbiran USIM dapat mencari inisiatif lain untuk mengurangkan masalah seperti ini agar tidak berlaku lagi pada tahun-tahun hadapan.” Mohamad Ashraf bin Yusof Tahun 4, Fakulti Pengajian Quran Sunnah Pulangkan baki yuran terus ke akaun pelajar “Setiap semester bermula dari tahun 2, saya mengalami masalah yang sama iaitu kesusahan untuk menuntut semula baki yuran yang saya bayar melalui sistem deposit tunai di bahagian Bendahari USIM kerana kekangan masa dan tiada pengangkutan sendiri untuk ke sana. Jadi saya mencadangkan supaya pihak USIM mempertimbangkan cadangan saya supaya semua baki yuran pelajar hendaklah dipulangkan terus ke akaun pelajar kerana saya percaya mereka sudah tentu mempunyai data setiap yuran yang dibayar oleh pelajar dan mengetahui jumlah yang sepatutnya dipulangkan kembali kepada pelajar.” Adrina Maira Bt Shahrir Ariff. Tahun 3, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Sistem bas tidak efektik dan adil “Menurut saya, sistem bas yang sedia ada di USIM tidak efektif dan adil untuk semua pelajar yang menginap di kolej kediaman. Para pelajar membayar jumlah yuran bas yang sama, tetapi jadual bas tidak begitu tersusun untuk setiap kolej kediaman. Hanya Kolej Kediaman Satu (KK1) sahaja yang disediakan perkhidmatan bas sepenuhnya dari pagi hingga malam manakala pelajar kolej kediaman yang lain terpaksa menghabiskan duit menaiki Uber atau Grab untuk pergi ke kelas dan pulang ke kolej akibat ketiadaan bas. Ini dapat menimbulkan masalah yang tidak dapat dijangka seperti kes rogol dan penculikan. Saya berharap hal ini dapat ditangani sebaiknya demi kebaikan semua pelajar USIM.” Nur Fazira Bt Zainuddin Tahun 3, Fakulti Pengajian Quran Sunnah Kemudahan Wi-Fi yang lengkap “Sepanjang tempoh 6 semester belajar di USIM, Alhamdulillah saya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di universiti ini terutamanya penyediaan Wi-fi di setiap kampus dan kolej kediaman. Pelajar dapat menikmati kemudahan ini di mana-mana sahaja untuk mencari informasi dan bahan ilmiah. Bagi saya ini merupakan satu inisiatif yang baik daripada pihak USIM dalam menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap agar mahasiswa USIM dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan lebih baik.” Nur Fatihah Bt Abd Razak. Tahun 4, Fakulti Pengajian Bahasa Utama “MPP SEBAGAI KERAJAAN PUSAT” - ZULFIKRI OLEH: MOHAMAD SUKRI BIN CHE MAGHTAR Nilai- Ijtima’ Tollabi atau Perjumpaan antara presiden- presiden badan persatuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berdaftar di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/ 2018,telah berlangsung buat kali pertama pada 9 November, semalam. Dalam majlis tersebut, Naib Yang Dipertua 1 MPP, saudara Zulfikri Hakimi Zunil Fauzi telah membentangkan pembawakan MPP USIM 2017/ 2018 yang berfokuskan kepada tiga domain utama iaitu kepimpinan, keintelektualan dan kebajikan. Sehubungan dengan itu, beliau berhasrat apa yang didokong MPP adalah sejajar dengan hala tuju badan- badan persatuan yang lain Beliau juga ada menyentuh berkenaan misi bagi tampuk kepimpinan kali ini, di mana ‘Centre of Collaboration’ (CoC) yang dijadikan sebagai agenda utama dalam melaksanakan gerak kerja bersama secara menyeluruh seiring dengan posisi MPP itu sendiri sebagai badan tertinggi universiti, “MPP ini dianalogikan sebagai kerajaan pusat yang mentadbir jabatan- jabatan yang tertakluk di bawah kuasa pemerintahannya. Ini dapat dihubungkaitkan dengan autoriti MPP sebagai badan tertinggi universiti dan dibawahnya pula terletak banyak badan persatuan yang lain”, jelasnya semasa pembentangan. Beliau turut menyatakan bahawa CoC ini juga bukan hanya sekadar pada kolaborasi program semata- mata, malah ia juga usahasama yang diberikan tumpuan ke atas isu- isu semasa universiti. Selain itu, ia juga mengangkat pembawakan universiti yang memfokuskan kepada ‘Integrasi Ilmu Naqli Dan Aqli’ melalui pengenalan modul baru, iaitu Graduan Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli (GIINA) demi kemaslahatan agenda Kampus Barakah ini. Naib Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar sedang membentangkan pembawakan MPP USIM 2017/2018 Turut dimeriahkan lagi Ijtima’ Tollabi itu dengan sesi suai kenal antara presiden- presiden badan pelajar dan barisan MPP di awal majlis tersebut. Ia bertujuan bagi membina sinergi dalam memupuk hubungan yang lebih erat sesuai kata- kata beliau, “Bagi saya, ini dikira aura baik dan positif untuk permulaan kita sebagai keluarga pimpinan baharu”.

9 Publizr Home


You need flash player to view this online publication