6

berita semasa 6 ‘Global Zakat Game’ : Medium baru pembelajaran dan pengajaran OLEH: MOHAMAD AMIRUL HANIEF BIN IBRAHIM NILAI -Pertandingan Bijak Global Zakat Game Peringkat Kebangsaan 2017 buat julung kalinya diadakan di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang dianjurkan oleh Prof Madya Dr. Azman Ab Rahman selaku timbalan pengarah Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) pada 8 November yang bertujuan untuk merealisasikan produk Global Zakat Game (GZG) sebagai produk nilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran. Program ini diadakan dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan PRGS, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM, Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM), Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pusat Pendidikan ISESCO, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Urusetia yang turut menjayakan terlibat dalam pertandingan ini terdiri dari kalangan pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM yang mengambil subjek elektif Perbankan seramai 41 orang, 4 orang daripada pembantu Pof Madya Dr. Azman Ab Rahman dan 50 orang pelajar USIM daripada pelbagai jurusan. Menurut Ketua Pereka GZG dan Timbalan Pengarah INFAD, Prof Madya Dr. Azman Ab Rahman, Global Zakat Game merupakan perMuhamad Hakim Amir Osman (tengah) menunjukkan cara bermain Global Zakat Game kepada para peserta daripada Institusi Zakat Negeri Sembilan. mainan papan berunsur zakat yang bersifat interaktif serta sesuai dijadikan medium baharu pengajaran dan pembelajaran. “Kefahaman terhadap kepentingan dan kewajipan berzakat perlu diterapkan di setiap peringkat umur bermula seawal di bangku sekolah sehingga ke alam pekerjaan” ujarnya. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah diwakili empat orang ahli kecuali kategori (e) dan (f) secara individu. Pertandingan ini telah disertai sebanyak 56 pasukan. Antaranya 11 pasukan daripada sekolah rendah manakala sekolah menengah telah menghantar sebanyak 19 pasukan. Malah turut diwakili juga 17 pasukan daripada kategori IPTA & IPTS dan sembilan pasukan daripada Institusi Zakat. “A lhamdulilah pertandingan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan pelajar sekolah, pelajar IPTA & IPTS serta dari Institusi Zakat di setiap negeri, kerana telah mencapai target bilangan peserta yang telah kami tetapkan, malah terdapat peserta mengambil daripada bahagian pelajar USIM sendiri juga turut pertandingan ini”, ujar Izyan Nafisah Binti Mohammad Izani, pelajar Fiqh dan Fatwa, FSU, selaku Timbalan Pengarah program ini. Produk ini, diyakini hibur dalam pendidapat mewujudkan konsep didik dikan dengan menggunakan permainan ilmiah GZG seHOPE bantu pelajar timba pengalaman OLEH: MOHD SUKRI BIN CHE MAGHTAR NILAI- Satu bual bicara ‘Graduate entrepreneur with HOPE’ telah diadakan bersempena dengan pesta konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke15 bertempat di tapak utama pesta konvokesyen yang berlangsung pada 22 November lalu bertujuan untuk memberi pendedahan tentang program HOPE yang membantu pelajar untuk menimba pengalaman. Antara panel yang dijemput dalam sesi bual bicara tersebut ialah pengasas Hands On Programme For Entrepreneurship atau lebih dikenali sebagai HOPE@ USIM, Encik Azman Bidin, Puan Haliza Zainal Abidin yang merupakan pengasas Heliz Cookies, Encik Mohd Suhaimi Saiful, pengasas Fleur dan Puan Noor Azizah Mohamaed Amin dari Pihak Aktif Otak. Menurut Encik Azman Bidin, HOPE merupakan satu program kokurikulum yang telah bertapak di USIM sejak tiga tahun yang lalu. Program ini juga merupakan antara program kokurikulum yang pertama di Malaysia dan di dunia. Pelajar yang mengikuti kokurikulum ini secara rasminya diiktiraf sebagai pelajar yang berpengalaman oleh syarikat yang bekerjasama dengan USIM. “Tujuan program HOPE diwujudkan adalah untuk mencapai aspirasi kerajaan secara amnya melalui Program Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi 2017-2025 yang bernaung di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi. Kerajaan telah menetapkan aspirasi 10 lonjakan, antara salah satunya adalah untuk melahirkan graduan yang holistik, seimbang, dan berdaya keusahawanan”, ujar Encik Azman. Encik Azman dalam ucapannya turut menyatakan tentang yang kelebihan mengikuti program pelajar Encik Azman ketika menyampaikan ucapan ini di mana mereka secara automatik akan bergraduasi sebagai seorang graduan yang berpengalaman. Pihak HOPE juga akan menyediakan resume yang diiktiraf untuk pelajar yang mengikuti program ini. Pelajar-pelajar ini juga turut didedahkan dengan kemahiran keusahawanan.Menerusi program ini, pelajar-pelajar bukan sahaja diajar tentang teori semata-mata, sebaliknya mereka juga turut diajar untuk mempraktikkan sesuatu ilmu secara praktikal. bagai alat bantu mengajar yang sangat relevan dengan corak Pendidikan Abad ke-21 (PAK21) dan ia juga membentuk suasana pembelajaran aktif serta interaktif antara guru dan pelajar. “Semua peserta mendapat input yang baru dan berguna daripada pertandingan zakat ini, salah satunya kita dapat dedahkan apa jenis-jenis zakat yang dikenakan dalam Islam, malah ia juga dapat membuka minda masyarakat akan kewajipan membayar zakat”, kata Ainaa Mardihah Binti Anuar,24, selaku Pembantu Penyelidik Prof Madya Dr. Azman Ab Rahman. Selain itu, terdapat aturcara lain juga turut diadakan, antaranya Bengkel P&P dalam Gamikasi dalam Pendidikan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Azman Ab Rahman juga selaku Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM. Malah turut didatangi dengan penampilan istimewa santai bersama Shamsul Debat. Menurut Guru Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5, En.Mohd Hakimi B. Ali, pertandingan ini telah memberi pendedahan mengenai zakat bukan hanya sekadar zakat fitrah tetapi lebih meluas mengenai zakat malah ia juga menggalakkan kanak-kanak untuk lebih mengetahui ilmu zakat dengan mendalam serta di peringkat IPTA dan IPTS. “Dengan adanya Pertandingan GZG ini dapat memupuk minat daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui serta dapat zakat tentang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk membayar zakat” ujar Nur Nabihah Binti Mohamad Zaini, 14, pelajar Sekolah Menengah Sheikh Haji Mohd Said. Kolej Permata Insan (1) telah muncul sebagai juara keseluruhan dalam Pertandingan Global Zakat Game, Peringkat Kebangsaan 2017, USIM. Pertandingan ini berakhir dengan ucapan perasmian YBhg. Prof. Dato’Dr. Musa bin Ahmad selaku Naib Canselor USIM dan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.

7 Publizr Home


You need flash player to view this online publication