3

berita semasa 3 Pilihanraya Kampus USIM 2017/2018 “Mara menyuara kebajikan”- Faris Gani OLEH: ADIB FIKRI BIN HASHIM Sambungan dari muka surat 1 “Kota Rom tidak dibina dalam masa satu hari ,kota Konstantinopel tidak jatuh dengan perancangan namun semua itu berlaku dengan satu iaitu tindakan”. Inilah kata-kata keramat yang disuarakan olehnya pada malam manifesto yang ingin dibawa diadakan di Dewan Tuanku Canselor baru-baru ini. Antara pembaharuan oleh adalah menyediakan yang beliau satu platform bagi menguruskan sistem kewangan pelajar seterusnya mewujudkan suatu sistem untuk menyelesaikan lambakan program di ingkat permahasiswa. Selain itu, beliau juga berharap agar dapat mewujudkan suasana sejahtera di kampus barokah ini seiring dengan pelaksanaan model Graduan Integrasi Naqli Dan Aqli (GINA). “Hari ini kita lihat terdapat banyak masalah dan cabaran yang kita hadapi, namun dimana solusi dan penyelesaiannya? Maka, dengan ini saya akan membawa suara mahasiswa ke peringkat tertinggi”, kata pemuda yang berasal dari Rawang, Selangor ini. Sementara seorang lagi pelajar itu, daripada Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Zulfikri Hakimi Zunilfauzi, 21, yang menerima undian kedua tertinggi 7,289 undian dengan slogan ‘Mahasiswa Bangkit Bersama’ berhasrat akan menjaplatform ga kebajikan mahasiswa dan memperkasakan khas buat mahasiswa berpencak bagi membuktikan keintelektualan mereka. Mahkamah Olok-Olok martabatkan Bahasa Melayu OLEH: MOHD SUKRI BIN CHE MAGHTAR NILAI - Dalam usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam bidang kehakiman, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bersama Majlis Peguam Malaysia (MPM) telah menganjurkan Pertandingan Mahkamah Olok-Olok peringkat kebangsaan yang telah diadakan pada 11 dan 12 November di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program yang berlangsung selama 2 hari telah melibatkan seramai 11 pasukan dari kategori A ( prasiswazah) yang mewakili 6 institusi pengajian tinggi. Bagi kategori B pula disertai oleh 6 pasukan yang terdiri daripada pelatih dalam kamar dan peguam-peguam muda yang mewakili negeri masing-masing. Presiden MPM, Encik George Varughese berkata, tahun 2017 merupakan tahun kedua Program Perbicaraan Mahkamah Olok-Olok dianjurkan setelah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu buat pertama kalinya. “Program ini juan dan kalangan bertuuntuk meningkatkan memartabatkan tahap penggunaan bahasa melayu dalam peguam muda, pelatih dalam kamar dan pelajar undang-undang Universiti Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta,” katanya dalam program itu di Dewan Kuliah Pusat 3 di sini. Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad berkata, penggunaan Bahasa Melayu dalam Pertandingan Mahkamah Olok-Olok merupakan titik tolak kepada mahasiswa supaya dapat melatih diri berkomunikasi dengan baik. Ia juga salah satu cara untuk memahirkan diri mereka dalam teknik pengucapan awam. “PPMOO merupakan salah satu platfom yang terbaik bagi mahasiswa untuk menyesuaikan diri mereka menjadi peguam yang berwibawa pada masa akan datang” “Dengan adanya keyapertandingan ini, ia mungkin dapat meningkatkan kinan diri, selain berupaya Dari kiri, Muhammad Nurhaziq Abdullah, Nor Syahirah Azahar dan Muhammad Aiman Syahmi Abd. Rahman. memupuk semangat kerja berpasukan,” katanya ketika ditemubual sejurus selepas berlangsungnya pertandingan itu. Sementara itu, pengurus projek PPMOO, Muhamad Rafiq Abdul Rahman berkata, pemilihan Usim sebagai tuan rumah merupakan hasil perbincangan DBP dan MPM melihat kepada kapasiti keupayaan dan kredibiliti USIM yang pernah menganjurkan Pertandingan Mahkamah Moot Syariah Peringkat Kebangsaan sejak beberapa tahun yang lalu. “Untuk program pada tahun hadapan, jawatankuasa khas telah memberi beberapa cadangan antara universiti yang bakal kami sunting adalah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA(UiTM),” katanya. Salah seorang penyertaan pemenang utama pertandingan ini, Nor Syahirah Azahar dari UKM berkata, dalam pertandingan seumpama ini merupakan pengalaman yang baru bagi mereka. “Sebagai pelajar tahun akhir, kami banyak belajar dalam pertandingan ini dan secara praktikalnya untuk menghadapi keadaan sebenar yang tidak pernah kami rasai dan ia merupakan sesuatu yang baru bagi kami,” ujarnya. Rakan pasukannya, Muhammad Nurhaziq Abdullah pula berkata, program ini sangat membantu mereka dalam mengaplikasikan teori yang dipelajari di dalam kelas ke dalam situasi yang sebenar. Faris Gani sebanyak YDP MPP 2017/2018 Keputusan undian tersebut diumumkan oleh Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad selaku Naib Canselor USIM. Prof Datuk Dr Musa Ahmad berkata, secara keseluruhannya perjalanan kempen dan proses pengundian pemilihan MPP berlangsung secara aman kerana setiap calon yang bertanding menunjukkan sikap yang matang dan berwibawa. Menurut Datuk Dr Musa bin Ahmad, seramai 14 calon umum telah menurut serta bagi merebut lapan kerusi manakala bagi calon fakulti, hanya Fakulti Pengajian Bahasa Utama sahaja yang perlu bertanding bagi merebut 2 kerusi memandangkan lapan lagi fakulti telah menang tanpa bertanding. Seramai 8,654 dar9,864 pelajar ipada telah turun mengundi dalam pilihanraya tersebut dan sekaligus meningkatkan peratusan pelajar sebanyak 87.73% berbanding 86.63% pada tahun sebelumnya. YDP MPP 2017/2018 FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH 7705 UNDIAN “MARA MENYUARA KEBAJIKAN” BIODATA MOHAMAD FARIS BIN AB GANI

4 Publizr Home


You need flash player to view this online publication