16

PersONaLiti 16 ZULHAILI: Ikon Dakwah Kampus B OLEH: NUR SHAFINAZ AJLA erani dan pimpinan. Dua perkataan ini sudah cukup menggambarkan kekuatan yang ada pada personaliti kampus yang akan diketengahkan pada kali ini. Mohammad Zulhaili Bin Md Yusof, 22 atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Zulhaili merupakan mantan Presiden Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) USIM bagi sesi 2016/2017. SPMM merupakan badan dakwah yang utama di USIM dan bernaung di bawah naungan Pusat Islam USIM. Selaku mantan berkePERJUANGAN BELIAU DI KAMPUS Kedua ibu bapanya sangat menyokong dan memberi galakan penglibatan kepadanya dengan dalam badan persatuan di kampus. Berkongsi pengalamannya SPMM, beliketika masih menerajui saf kepimpinan au telah mewujudkan force dalam SPMM demi memastikan SPMM kekal relevan sebagai badan dakwah kampus untuk lima tahun akan datang. Antara program mega Presiden SPMM, beliau mengakui bahawa jawatan ini bukanlah sebuah tanggungjawab yang mudah untuk digalas tanpa bekalan dikutip pengalaman sepanjang yang melibatkan diri dalam persatuan. Menurut beliau, pengalaman yang diperolehi selama tiga tahun bersama SPMM sejak berada di tahun satu pengajian menyebabkannya bersungguh-sungguh membawa misi dan visi SPMM demi tujuan amar makruf dan nahi mungkar. Beliau turut menegaskan bahawa ilmu merupakan asas penting dalam memikul sesuatu tanggungjawab, baik ilmu dalam bidang pengurusan mahupun ilmu berkaitan dakwah serta ilmu asas Islam yang lain. sendiri “Memandangkan merupakan saya mahasiswa kos dakwah dan pengurusan, sudah tentu ia merupakan satu amanah untuk saya menyumbang dan mempraktikkan ilmu yang diperolehi di lapangan persatuan”, katanya kepada Usim Today. Anak kelahiran Kampung Rantau Panjang, Klang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang dan kemudiannya ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin sehingga tingkatan enam. Semenjak zaman persekolahan, beliau juga telah terlibat aktif dengan badan kepimpinan di sekolahnya dan pernah diamanahkan memegang jawatan utama di sekolahnya. Beliau yang merupakan anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya terdiri daripada lelaki dibesarkan oleh pasangan guru yang telah lama menetap di Rantau Panjang, Klang. SPMM yang dinantikan ramai setiap tahun adalah Street Dakwah Mega Ambang Tahun Baru yang kebiasaannya diadakan di Dataran Nilai. Program ini menjadi program tahunan SPMM yang meletakkan masyarakat di sekitar Nilai sebagai sasaran dakwah yang utama. Penganjurannya melibatkan kerjasama beberapa badan persatuan mahasiswa di USIM, Majlis Perbandaran Nilai dan juga Masjid Nilai. Antara pengisian dalam program tersebut termasuklah flashmob penderitaan rakyat Palestin, persembahan kumpulan buskers. , deklamasi puisi dan persembahan nasyid. Menurut Zulhaili, pengunjung yang datang semakin bertambah setiap menandakan dakwah santai sebegini semakin diterima umum. Beliau turut menyifatkan bahawa kepimpinan dari sudut Islam bukanlah hebat dari sudut kemahiran berpidato semata-mata, jauh sekali untuk menempa nama sebagai seorang public figure bahkan kepimpinan yang sebenar adalah pada keberhasilan melahirkan legasi kepimpinan Islam dan itulah yang diajarkan oleh junjungan mulia kekasih sekalian insan, Rasulullah SAW. Baginda tidak bergerak menyampaikan dakwah secara berseorangan, hal ini kerana sehingga saat ini masih wujud legasi dari hasil tarbiyyah Rasulullah yang bergerak menyampaikan dan menyebarkan mesej kesucian Islam. “Legasi ini perlu diisi dengan gabungan keseluruhan kesempurnaan Islam yang dibawa bukan hanya oleh seorang tetapi sekumpulan manusia yang jujur dan ikhlas dalam menyebarkan Islam,” ujar beliau. “Selebihnya, saya memang mengharapkan keberkatan waktu dan masa, sebab 24 jam sehari memang benar dari sudut pengurusan di dunia. Tetapi, masa itu milik mutlak Allah. Dia yang mempercepatkan dan melambatkan masa demi kasih dan sayang kepada hambaNya,” tambah Zulhaili lagi. Beliau yang menjadikan Saidina Muhammad S.A.W sebagai model inspirasi dalam kepimpinannya berpendapat bahawa Rasulullah merupakan tokoh kepimpinan yang sangat hebat berserta dengan kekuatan amal secara berkumpulan yang dipadukan di dalam gerak kerja dakwah secara holistik. Mengulas tentang sumber kekuatan beliau sepanjang memegang tampuk kepimpinan, beliau begitu berterima kasih kepada keluarga dan para asatizah yang menjadi tulang belakang serta sumber rujukan buat dirinya. Mereka juga telah banyak membantu beliau dalam membuat pilihan untuk sesuatu tindakan agar setiap keputusan yang diambil berada dalam jalan yang benar dan jelas serta baik dan barakah. “Berkat doa mereka sangat-sangat utama dan merupakan penguat untuk saya terus istiqamah dalam kepimpinan ini,” terang beliau lagi. Selain itu, Zulhaili turut mengakui bahawa dalam berorganisasi, seseorang individu itu perlu bijak menguruskan masa, tambahan pula tanggungjawab beliau sebagai seorang penuntut ilmu tidak boleh diabaikan. Rakan-rakan seperjuangan banyak membantu beliau dalam pelajaran, selain beliau sering memperuntukkan masa untuk bersama pensyarah untuk bagi melumatkan hasil pembelajaran selain membina hubungan yang lebih akrab antara guru dan murid. tahun “Alhamdulillah, hampir sebahagian pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) mengenali diri saya. Baik dari sudut baik dan buruknya kerna saya masih manusia tidak lari dari kelemahan.” . “Masing-masing memainkan tanggungjawab yang tersendiri mengikut kemahiran masing-masing berpandukan dengan ilmu yang benar bukannya membabi buta tanpa panduan Al Quran dan Hadis.” katanya. “Selebihnya, saya memang mengharapkan keberkatan waktu dan masa, sebab 24 jam sehari memang benar dari sudut pengurusan di dunia. Tetapi, masa itu milik mutlak Allah. Dia yang mempercepatkan dan melambatkan masa demi kasih dan sayang kepada hambaNya,” tambah Zulhaili lagi. Beliau yang menjadikan Saidina Muhammad S.A.W sebagai model inspirasi dalam kepimpinannya berpendapat bahawa Rasulullah merupakan tokoh kepimpinan yang sangat hebat berserta dengan kekuatan amal secara berkumpulan yang dipadukan di dalam gerak kerja dakwah secara holistik. “Masing-masing memainkan tanggungjawab yang tersendiri mengikut kemahiran masing-masing berpandukan dengan ilmu yang benar bukannya membabi buta tanpa panduan Al Quran dan Hadis.” katanya. yang kadang-kadang Diminta mengulas tentang harapan beliau untuk masa hadapan, beliau dengan tenang berkata bahawa harapannya adalah untuk lebih membina diri dan melengkapkan peribadi beliau dengan pelbagai jenis kemahiran lain yang diperlukan untuk menjadi pendakwah kontemporari yang boleh diterima dalam masyarakat, Disamping itu juga menjadi contoh teladan yang baik buat mahasiswa khususnya. “Legasi ini perlu diisi dengan gabungan keseluruhan kesempurnaan Islam yang dibawa bukan hanya oleh seorang tetapi sekumpulan manusia yang jujur dan ikhlas dalam menyebarkan Islam,” ujar beliau. ZULHAILI YUSOF, MANTAN PRESIDEN SEKRETERIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2016/2017

17 Publizr Home


You need flash player to view this online publication