6

M/S | 6 DEKAN Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim Fakulti Pengajian Bahasa Utama Prof Madya Dr Noor Azizi Ismail KETUA Program Komunikasi Dr Sofia Hayati Yusoff Program Bahasa Arab & Komunikasi Dr Wan Azura Wan Ahmad PENGARANG URUSAN Ainurliza Mat Rahim EDITOR Nur Hanisah Mohd Hadi SEKSYEN RENCANA Ketua Nurul Husna Mat Nuri Penulis Nur Diyana Ayuni Darobi Siti Aisyah Kamarudin Nor Asilah Kamaruzaman SEKSYEN BERITA Ketua Anis Adibah Hamid Mardhiah Samsul Anuar Wartawan Nur Syafiqah Zahirudin Miza Izzati Zaharudin Nur Syakirah Dzuradeen SEKSYEN SUKAN Ketua Mohamad Izham Adha Hamad Wartawan Fatimah Azzahra Adnan Nur Athirah Mohd Yunus Nur Syuhada Mat Junoh PENYUNTING NASKHAH Ketua Anis Farisya Anshori Penyunting Muhammad Akmal Md Yusoff Bahiej Mibsam Razalai SEKSYEN FOTO & GRAFIK Penasihat Al Imran Azmi Ketua Muhammad Nashihin Mahdi Jurugambar Muhammad Razin Kaharudin Syafina Nadiah Mohammad Nor Aqilah Abd Rahman Artis Grafik Mohd Fadhil Syukri Ahmad Muhammad Zulkarnain Mohammad Selain itu, siswa tidak mengamalkan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Seorang guru sentiasa berusaha menjaga penampilan mereka ketika mengajar, namun begitu, Antara situasi sebenar tentang hal ini adalah mahasiswa sentiasa hadir lewat ke kelas. Ada sahaja alasannya jika terlewat ke kelas dan tiada kata maaf dari mereka. Sebagai seorang penuntut ilmu, kita perlu datang 15 minit awal sebelum kelas bermula. Biarlah kita menunggu guru, bukan guru menunggu kita yang mana ia menunjukkan semangat kita untuk mengutip ilmu dari guru tersebut dan sekaligus boleh menyebabkan guru berasa sangat berbesar hati untuk berkongsi ilmu yang dimilikinya. Beradab atau Biadab? Mahasiswa dulu dipandang tinggi, dianggap sebagai harapan generasi, tinggi ilmu tinggi pekerti, adab dipraktik ilmu diberkati. Ilmu mereka amat dihargai, bukan untuk disimpan tapi untuk dikongsi. Mahasiswa kini tidak menghargai, ilmu di buku tidak diterokai, adab menuntut ilmu semakin diketepi, kebal nasihat petanda kerasnya hati, bebelan guru bagai mencurah air ke daun keladi. Begitulah perbezaan antara mahasiswa pada zaman dulu dan zaman sekarang. Mahasiswa dulu lebih mementingkan dan mengamalkan adab terhadap guru,ibubapa, masyarakat dan rakan-rakan. Boleh kita katakan, mahasiswa dulu beradab manakala mahasiswa sekarang biadab. terdapat segelintir siswa yang mengambil enteng perkara ini dan hadir ke kelas dengan berpakaian tidak formal malah tidak kemas. Tidakkah ini dianggap sebagai biadab? Fikir-fikirkan. Saya nasihatkan kepada mahasiswa pada masa kini supaya pertingkatkan ilmu kita tentang adab dan tidak mengambil enteng tentang sekecil-kecil perkara untuk diteliti. Uruslah masa dengan sebaiknya supaya urusan kita terlihat sistematik dan tersusun rapi. Jagalah hati seorang guru kerana redha dan doa mereka adalah antara penyumbang kepada kejayaan kita. Seorang guru zahirnya biasa-biasa namun ilmu tinggi di dada, senyuman di wajah tidak menggambarkan perit hatinya, menghadapi siswa pelbagai ragamnya; yang hantar tugasan tidak sempurna isinya, yang ponteng kelas semakin bermaharajalela, yang datang lambat berlagak seperti tiada apa, yang menyarung t-shirt dan selipar seperti universiti ini mereka yang punya, yang berselisih dengan guru bagai tiada suara. Mereka fikir mereka siapa? Nak tanya, hati guru siapa yang mahu jaga? Tegurannya bukan untuk disia-sia, tidak pernah menzahirkan penat mereka mendidik pemuda, bukan hadiah dan wang yang dipinta, cukup secebis hormat dan kasih buat mereka. Disediakan oleh: Nur Hanisah Hadi -EDITOR

7 Publizr Home


You need flash player to view this online publication