3

M/S | 3 PERTANDINGAN PERBICARAAN MAHKAMAH OLOK-OLOK 2017 MARTABATKAN BAHASA MELAYU DALAM PERUNDANGAN Di samping mengasah bakat pra-siswazah dan peguam-peguam muda berbahasa melayu dalam perbicaraan mahkamah. Nilai, 19 Nov – Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (FSU USIM) menganjurkan ‘Pertandingan Perbicaraan Mahkamah Olok-olok (PPMOO)’ peringkat kebangsaan 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula dari 18 hingga 19 November bertempat di FSU. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Majlis Peguam Malaysia (MPM) sebagai salah saqtu usaha untuk memartabatkan bahasa melayu dalam bidang perundangan dan kehakiman negara. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. serta dua rakannya, Muhammad Nurhaziq Abdullah dan Muhammad Aiman Syahmi Abd Razak yang merupakan wakil UKM menyatakan bahawa program ini sangat membantu mereka dalam mengaplikasikan teori sebenar yang telah dipelajari sebelum ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Musa Ahmad (tiga dari kiri) bergambar bersama juara pertandingan mahkamah olok-olok 2017. Dato’ Dr.Musa Ahmad berkata “Penggunaan bahasa melayu dalam PPMOO merupakan titik tolak kepada mahasiswa supaya dapat melatih diri berkomunikasi dengan baik sekaligus melahirkan diri dengan teknik pengucapan awam.” Tambah beliau lagi, PPMOO merupakan salah satu platform yang terbaik bagi mahasiswa untuk meningkatkan PEKERJAAN BAHARU Disediakan oleh: Miza Izzati Zaharudin Nilai, 10 Nov - Pusat Pengajian Teras (PPT) telah menganjurkan seminar Magic Community & Outreach di Dewan Tunku Canselor sebagai nilai tambah kepada pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Critical Thinking & Problem Solving (CTPS) kepada semua pelajar tahun 2 yang mengambil subjek ini pada semester ini. Seminar ini merupakan kesinambungan bagi subjek CTPS memandangkan isu yang dikupas dalam seminar ini tidak terdapat dalam silibus, sebaliknya bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Program ini merupakan hasil kerjasama antara PPT dengan pihak Magic Spark yang mengendalikan bahagian industri kreatif dan inovatif dalam negara. Rentetan itu, program ini keyakinan diri, selain berupaya memupuk semangat kerja berpasukan bagi menyesuaikan diri mereka menjadi peguam yang berwibawa pada masa akan datang. Kategori A terdiri daripada 11 pasukan iaitu pelajar pra-siswazah yang mewakili enam institusi pengajian tinggi manakala bagi kategori B terdiri daripada 6 pasukan GRADUAN KREATIF CIPTA dapat memberi pendedahan kepada pelajar dalam melahirkan generasi inovator muda Islam. Pengarah program, Dr. Ros Mahwati bt Ahmad Zakaria berpendapat, “Apa yang paling berharga bagi saya ialah mereka belajar dengan orang yang telah berjaya dalam mencipta pekerjaan. “Sepertimana yang kita tahu, kita berada di era serba canggih serta mengalami pelbagai masalah, kita kena berusaha tinggi dan tidak boleh mengharapkan kepada orang lain,” kata beliau. Menurut beliau lagi, selain daripada membantu pelajar memahami subjek CTPS, program ini juga memberi gambaran tentang dunia sebenar kepada mahasiswa universiti. Sehubungan dengan itu, tujuan subjek CTPS dipelajari adalah untuk melahirkan graduan yang mencipta pekerjaan bukannya graduan yang kerja makan gaji. Pengarah Magic Spark, Vityasthian turut menyatakan tujuan Spark adalah untuk memupuk semangat rakyat Malaysia untuk menggunakan kreativiti dan inovatif mereka. “Kita mahu mereka berfikiran kreatif dan mampu menjadi usahawan sendiri,” kata beliau yang turut berharap agar pelajar dapat mencipta pekerjaan atau sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat. Sasaran utama program ini adalah pelajar universiti yang bakal menempuh alam pekerjaan setelah menjadi graduan kelak. Program ini juga merupakan salah satu medium untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kehidupan dunia pekerjaan serta melatih mereka mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah memandangkan negara kita sekarang amat memerlukan graduan universiti yang dapat mengubah nasib rakyat negara ini sendiri. iaitu pelatih dalam kamar dan peguam-peguam muda yang mewakili negeri masingmasing. Sementara itu, juara PPMOO 2017 bagi kategori A menjadi milik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala bagi kategori B Juara jatuh kepada peguam dari Selangor. Menurut Nur Syahirah Azhar, MAHASISWA BERSAMA CAKNA ISU SEMASA Isu Deklarasi Balfour: Pandangan Siswa Disediakan oleh: Miza Izati Zaharudin Exco Akademik dan Pembangunan Intelektual (EAPI) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) telah mengadakan program Mimbar Ilqa’ (Speaker Corner) bagi sesi kali ini. Program ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu semasa dalam kalangan mahasiswa supaya mahasiswa lebih cakna akan isu-isu global, nasional mahupun isu yang berlaku di sekitar kampus USIM. Mimbar Ilqa’ bagi sesi kali ini membawakan kepada mahasiswa perbincangan terbuka mengenai Deklarasi Balfour: 100 Tahun Pengkhianatan Terhadap Palestin. Naib Yang Dipertua 1 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (NYDP1 MPP, USIM), Saudara Zulfikri Zunil Fauzi tampil memberikan pandangan terhadap isu Balfour yang sedang hangat diperkatakan oleh orang “Memandangkan kami semua adalah pelajar tahun akhir kursus perundangan, pendedahan etika dan prosedur dalam mahkamah serta dibantu pula dengan hakim dan peguam dari MPM dirasakan seperti ianya pengalaman sebenar sebelum kami melangkah ke alam kerjaya,” ujar Muhamad Aiman Syahmi Abd Razak, selaku wakil UKM yang menjadi juara bagi kategori pelajar pra-siswazah. Disediakan oleh: Nur Syafiqah Zahirudin ramai. Beliau menyuarakan pandangan bahawasanya mahasiswa bukan sahaja perlu cakna tentang isu akademik semata-mata namun mahasiswa juga perlu cakna akan isu umat Islam. Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa (YDPPM) Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina USIM, Saudara Ahmad Syahmi Mohd Zain turut melontarkan pandangannya dengan menyatakan bahawa deklarasi Balfour ini sebenarnya sudah lama dimeterai iaitu sejak 2 November 1917 lagi. Dengan kata lain, deklarasi yang merupakan pengisytiharan rasmi negara Yahudi iaitu Israel sudahpun mencecah 100 tahun. Beliau juga menjelaskan bahawa Deklarasi Balfour ini merupakan surat sokongan dari British untuk membentuk negara Israel dengan bersyarat dan deklarasi ini diambil sempena nama Menteri Luar British iaitu Sir Arthur James Balfour. Beliau menegaskan kepada semua mahasiswa agar tidak terpengaruh dengan deklarasi tersebut.

4 Publizr Home


You need flash player to view this online publication