8

8 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 KOMEN BANJIR PULAU PINANG BENCANA LUAR JANGKA Banjir besar yang melanda di negeri-negeri bahagian utara tanah air terutamanya Pulau Pinang telah mendapat perhatian rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, hujan lebat selama lebih 15 jam menyebabkan negeri ini telah dilanda banjir kilat. Bencana ini dianggap antara yang terburuk pernah berlaku di Pulau Pinang. Terdapat beberapa daerah yang terjejas teruk sehingga turut meragut beberapa nyawa penduduk dan pelbagai kerosakan yang berlaku. Skuad Usim Today tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan reaksi serta cadangan daripada mahasiswa-mahasiswa USIM dan juga masyarakat tempatan berkenaan isu ini. “Setakat ini, banjir di Pulau Pinang yang berlaku pada awal November adalah yang paling teruk pernah berlaku. Ekoran daripada itu, banyak kerosakan yang berlaku dan ianya turut mengorbankan nyawa penduduk. Mari kita sama-sama doakan yang terbaik SITI AISYAH KAMARUDIN, Pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama. buat mereka dan harus diingat bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah S.W.T. #prayforpenang #kamiprihatin”. “Sistem saluran air yang bermasalah di Pulau Pinang mungkin antara salah satu sebab berlakunya banjir besar ini. Saya ingin memberi cadangan supaya wakil Adun Negeri boleh menyuarakan isu-isu berkaitan masalah sistem air kepada pihak atasan supaya kebajikan rakyat lebih terjaga dan berharap semoga pihak pengurusan negeri mampu mengatasi dan menyelesaikan isu banjir ini dengan lebih baik selepas ini”. Banjir berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan tanpa henti selama seminggu. Kawasan – kawasan yang rendah mudah dinaiki air. Selain itu juga, terdapat sesetengah tempat yang kebanyakannya pokok-pokok ditebang untuk membuat pembinaan , jadinya kawasan tadahan air tidak dapat menampung air hujan dengan baik. Disebabkan itulah berlakunya banjir dan kebanyakan mangsa terpaksa dipindahkan. NUR IZZA IZZATY RUSLI Pelajar Tahun 3,Faku.i Pengajian Bahasa Utama “Sepanjang 21 yang tahun paling MURSHIDA MOHD YUSOFF, Pelajar Tahun 4 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. saya tinggal di Pulau Pinang, boleh saya katakan banjir kali ini adalah henti ANIS FARISYA BT ANSHORI, Pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama. pusat sehari turun tanpa semalam. teruk pernah berlaku di sini. Hujan lebat Keesokkannya, air mulai naik dan banyak jalan utama terpaksa ditutup. Banyak rumah yang dimasuki air dan mereka terpaksa dipindahkan ke beberapa buah perlindungan untuk berteduh. Kawasan Batu Feringghi misalnya, mengalami tanah runtuh dan banyak pokok tumbang yang menghalang laluan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas”. “Kadar taburan hujan yang turun melebihi kadar peresapan air oleh tanah sekaligus menyebabkan berlakunya banjir. Selain itu juga, banjir berlaku disebabkan kebanyakkan sampah yang tersumbat dan sistem peparitan yang tidak sistematik tambahan pula tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT)’’. AAINA RABIHAH ABDUL RAFFAR Pelajar Tahun 3. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan “Bagi saya isu banjir ini sangat membimbangkan dalam kalangan masyarakat khususnya yang tinggal di Pulau Pinang. Tetapi apa yang saya boleh katakan adalah salah satu punca banjir juga adalah daripada kesalahan masyarakat setempat yang membuang sampah di merata-rata tempat. Hal ini menyebabkan saliran air tersumbat dan boleh menyebabkan banjir”. ABDUL QAYYUM MD ALI, Pelajar Tahun 3,Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah APA KATA SISWA...

9 Publizr Home


You need flash player to view this online publication