19

19 USIM TODAY, EDISI OKT-NOV 2017 FBEaST JUARA KESELURUHAN KOIF 2017 Fakulti Sains Teknologi dan Kejuruteraan Alam Bina (FBEaST) kutip 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa. Oleh: Nur Atiqah Herrudin NILAI, 21 Okt– Sains dan Teknologi Fakulti dan Kejuruteraan Alam Bina (FBEaST) yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan berjaya mempertahankan kedudukan prestasi mereka dalam Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) edisi 2017. FBEaST yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan berjaya mengutip 7 pingat emas, 5 pingat perak dan 7 pingat gangsa diikuti naib juara yang diragkul oleh Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) dengan pungutan 7 pingat emas 8 pingat perak dan 7 pingat gangsa dan tempat ketiga oleh Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) dengan pungutan 7 pingat emas 5 pingat perak 2 pingat gangsa. Menurut biro sukan dan rekreasi Fakulti Sains dan Teknologi, Muhammad Afiq Hazizi Bin Mahamood, 20, pada hari pertama KOIF ini berlangsung FBEaST sudah berjaya memungut sebanyak 15 pingat iaitu 5 emas, 3 perak dan 4 gangsa. “Strategi yang kami gunakan sebelum perlawanan ini diadakan adalah dengan memanggil semua pelajar untuk menjalani saringan dan latihan dua atau tiga kali seminggu setiap petang. “Selain itu, senior yang lebih berpengalaman sebelum ini turut menyertai acara olahraga kali ini dan mereka juga banyak memberi tunjuk ajar kepada para pelajar baharu. “Walaubagaimanapun, FEM dan FSU turut memberi saingan yang amat sengit kepada FBEaST,” ujarnya. Pegawai Kanan 1 Pusat Sukan, En. Nur Ekmal Buhary,43, berkata, objektif utama diadakan KOIF ini adalah untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan mahasiswa USIM. “Mereka yang berbakat akan diketengahkan untuk mewakili USIM dalam acara olahraga untuk Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung pada bulan Februari tahun hadapan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). “Cabaran penganjuran KOIF kali ini adalah dari segi pengurusan, acara serta isu dari segi persediaan pasukan TNC HEPA, Profesor Dato’ Dr. Hasan Basri Awang Mat Dahan bersama pelajar-pelajar dalam acara penyampaian piala kepada juara keseluruhan KOIF 2017 di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, USIM. Kredit foto: USIM e-Gallery yang tidak lengkap kerana sukan olahraga memerlukan komitmen daripada semua pihak,” katanya yang ditemui sejurus sukan ini berakhir. Di samping itu, beliau turut mengharapkan pada masa akan datang untuk cuba buat lebih baik lagi dari segi format pertandingan kerana ada permohonan daripada pihak alumni untuk membuat acara bagi kategori alumni dan juga untuk staf sendiri. Kejohanan olahraga interfakulti ini turut dibantu oleh Urusetia Sukan Dan Rekreasi Pelajar (USRP) dan beberapa orang sukarelawan untuk melancarkan lagi perjalanan program dan mengikut jadual aturcara yang telah ditetapkan. KOIF kali ini yang dianjurkan oleh Pusat Sukan bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lontar Peluru Wanita cipta rekod baru KOIF 2017 Oleh: Norsyazwani Khayazid NILAI, 21 Okt- Berjaya meraih pingat emas biarpun petama kali menyertai Kejohanan Olahraga Interfakulti (KOIF) 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Atlet muda Sumayyah Abd Basir telah menjadi juara dan memecahkan rekod dari tahun sebelumnya menerusi acara lontar peluru wanita mewakili Fakulti Kejuruteraan Alam Bina ( FKAB) dalam kejohanan sukan ini. Beliau telah mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga ini pada Oktober lalu yang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah ,USIM. “Pada mulanya saya hanya sekadar ingin mencuba Sumayyah Abd Basir “Sukan ini juga dapat meningkatkan prestasi akademik dan juga dapat menghilangkan tekanan jika bijak membahagikan masa” nasib di samping ingin mengisi kekosongan tempat dalam acara ini,” katanya. Sumayyah yang berumur 19 tahun itu mencatatkan lontaran sejauh 6.7 meter meletakkan beliau sebagai juara sekaligus mengalahkan atlet-atlet yang mewakili fakulti lain. Sumayyah berkata dia bercita-cita ingin mewakili USIM untuk peringkat yang seterusnya jika berpeluang dan tidak terbeban dengan jadual yang padat untuk mengharumkan nama universiti satu hari nanti. Bagaimanapun beliau berkata lagi “sekiranya saya dapat meneruskan hasrat untuk ke peringkat yang lebih tinggi, saya akan mengatur strategi untuk membahagikan masa antara latihan dan pembelajaran bagi memperkasa bakat dan kemahiran yang saya ada dalam acara ini.” Oleh sebab yang demikian, beliau telah berjaya mengalahkan pesertapeserta lain dengan rekod kemenangan yang paling tinggi dan telah memecahkan rekod pada tahun yang sebelumnya. Atlet lontar peluru ini turut berkongsikan rahsia kejayaan beliau mengatur masa di antara pembelajaran dan juga pembelajaran beliau dalam jurusan kejuruteraan. kebiasaannya “Pada saya tidur pada jam 12 malam dan bangun semula untuk ke studio pada jam 7 pagi untuk memulakan pembelajaran manakala pada waktu petang pula saya akan menyambung latihan seperti biasa.” Beliau menjelaskan “sukan sebegini tidak lagi begitu memenatkan seperti berlari ke sekeliling padang malahan ianya hanya memerlukan penggunaan kekuatan tangan sahaja dan tidak memerlukan latihan yang berat bahkan cukup sekadar latihan yang ringan sahaja.” “Sukan ini juga dapat meningkatkan prestasi akademik dan juga dapat menghilangkan tekanan jika bijak membahagikan masa,” jelas atlet muda ini. Sumayyah berkata sesetengah orang akan menghilangkan tekanan dengan cara menonton drama dan sebagainya berlainan pula dengan beliau yang hanya bersukan untuk menghilangkan tekanan semasa belajar. Jika ditanya tentang perancangan beliau pada masa akan datang beliau berkata buat masa ini beliau akan lebih menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan jika ada sedikit kelapangan masa baru beliau akan turut serta menyumbangkan pingat kepada fakulti mahupun universiti. Acara yang telah lontar peluru, dipertandingkan ialah lompat jauh, rejam lembing, lompat tinggi, lempar cakera dan acara lari. Seramai lebih 600 atlet dan para penyokong fakulti turun membanjiri Kompleks Sukan Tuanku Najihah USIM bagi menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi selama program ini berlangsung.

20 Publizr Home


You need flash player to view this online publication