7

BERITA TULAR 7 Pelajar USIM mangsa kecurian Oleh : Nurul Izzati Binti Amran NILAI, 25 NOVEMBER 2017- Barubaru ini telah tular dalam media sosial Whatapps tentang kes-kes kecurian yang berlaku di sektar Nilai,Negeri Sembilan terutamanya di sekitar rumah sewa pelajarpelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berita ini amat membimbangkan masyarakat sekeliling terutamanya kepada pelajar kerana rumah pelajar sering dijadikan mangsa kes seperti ini. Rentetan daripada kes ini Sekretariat (USIM) Pelajar Luar Kampus (OCSS) tampil menunjukkan bahawa, sembilan kes pecah rumah berlaku di sekitar kawasan Desa Anggerik, Desa Jati, Apartment Jati dan Desa Acacia yang merupakan kawasan rumah sewa pelajar-pelajar USIM sepanjang September-Oktober 2017. Mohd Ikram Suhaimi selaku pengarah OCSS berkata, data daripada Pejabat Pengurusan Pelajar Luar Kampus (PPLK), kes kecurian ini berpunca daripada kecuaian penghuni itu sendiri yang mana pelajar mungkin terlupa menutup pintu pagar, pintu tidak bergril serta tingkap yang tidak berkunci. Walau bagaimanapun faktorfaktor ini tidak begitu dominan, pihak polis masih menyiasat punca kejadian dan suspek yang terlibat. Tambahnya lagi, kes-kes ini sering kali berlaku kepada rumah-rumah sewa pelajar lelaki yang baru tinggal di luar kampus, kebiasaanya kejadian ini berlaku pada waktu pagi antara jam lima hingga enam pagi. Anggaran kerugian yang dialami oleh pelajar bagi sesebuah rumah dianggarkan sebanyak RM5000 keatas yang meliputi kehilangan telefon bimbit, laptop dan duit. Kesinambungan daripada kes kecurian ini, satu laporan yang bertarikh 23 November 2017 mula tular dalam whatapps mengatakan bahawa Pihak Polis sedang mencari tujuh orang lelaki untuk membantu siasatan dalam beberapa kes jenayah yang berlaku di Nilai sekitar tahun 2014 hingga 2016. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendon Zaldino Zaludin dalam laporan tersebut berkata, pihaknya mencari seorang lelaki untuk membantu siasatan melibatkan kes bunuh, seorang lelaki dari Sabah pula membabitkan kes pecah rumah dan lima lelaki dicari untuk membantu siasatan kes samun di sekitar daerah Nilai. “Nasihat saya kepada semua pelajar agar sentiasa peka dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling ketika berada di luar kampus, pupukkan nilai kesedaran terutamanya keselamatan dan sikap yang baik dalam diri kita kerana kita hidup dalam bermasyarakat,” kata pengarah OCSS itu. Katanya lagi, “Pelajar perlu sentiasa memeriksa keadaan rumah supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat, dan ingatlah penjenayah tidak pernah bercuti.” Menurut Abdullah Azam bin Zulkifli, mahasiswa tahun 2 daripada Fakulti Alam Bina berkata , pada 9 OKTOBER 2017 rumah kami yang bertempat di Desa Anggerik telah dimasuki pencuri,kejadian ini berlaku sekitar jam 5.30 pagi. Beliau dan ahli rumahnya seramai 14 orang mula menyedari rumah mereka dimasuki pencuri pada pukul 8 pagi apabila salah seorang daripada mereka menyedari telefom bimbit nya telah hilang. “Kami mengalami kerugian hampir RM 10k yang meliputi kehilangan telefon bimbit dan komputer riba,” kata Abdullah Azam. Daripada siasatan polis, pencuri berjaya masuk melalui pintu utama kerana terdapat kesan umpilan di tingkap untuk membuka pintu tersebut. “Saya ingin kongsikan sedikit nasihat untuk semua penghuni rumah sewa terutama sekali kepada pelajar USIM supaya pastikan gril di rumah sentiasa bermanggan dan semua ahli rumah wajib memiliki kunci masingmasing,” kata Abdullah Azam. Tambahnya lagi, setiap ahli rumah perlu sentiasa memberitahu rakan-rakan jika balik lambat atau tidak pulang ke rumah. Komen Mangsa Antara muka-muka yang disyaki sebagai suspek dalam kes kecurian yang berlaku di sekitar USIM

8 Publizr Home


You need flash player to view this online publication