16

PERSONALITI 16 Autisme Bukan Penghalang Menjadi Tahfiz Oleh: Nur Izzati binti Yusoff & Noraini Azian binti Azmi Autism bukan penghalang bagi seorang insan istimewa bernama Ahmad Zahiruddin bin Zailani, mahasiswa USIM Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah untuk menghafal al-Quran sebanyak 30 juzuk. Anak kelahiran Selangor yang berumur 21 tahun itu memulakan penghafalannya seawal usia 12 tahun. Beliau mendapat dorongan dan galakan daripada ibu bapanya untuk menghafal alQuran walaupun menyedari akan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah itu. Beliau memulakan penghafalan secara formal apabila diterima masuk ke Institut Darul Quran pada tahun 2014 ketika berumur 18 tahun. Latar Belakang Pendidikan Mesra disapa Zahir, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Setapak, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa bermula tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. Selepas itu, beliau menyambung pendidikannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Putra sehingga tingkatan empat dan seterusnya berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi dari tingkatan empat sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau juga merupakan seorang pelajar yang Ahmad Zahiruddin bin, pelajar Tahun 1 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) “ Janganlah melihat kepada kelemahan, tetapi perlulah melihat kepada kelebihan yang ada pada diri seseorang itu. “ - Zahir Biodata Personaliti Nama: Ahmad Zahiruddin Bin Zailani Umur: 21 Tahun Tarikh Lahir: 12 Disember 1996 Asal: Bukit Mahkota, Selangor Pendidikan: 1) Sekolah Rendah: Sekolah Kebangsaan Setapak 2) Sekolah Menengah: - Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawang Baru - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Putra - Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Bangi 3) Diploma: Institut Darul Quran Nama Ibu: Hanes Binti Mohd Nasir, 47 Tahun Nama Ayah: Zailani Bin Ahmad, 49 Tahun Hobi: Membaca Cita-Cita: Ahli Kimia Bilangan Adik- Beradik: Anak pertama dari 4 beradik Makanan Kegemaran: Makanan Barat Kata-Kata Nasihat: Janganlah melihat kepada kelemahan, tetapi perlulah melihat kepada kelebihan yang ada pada diri seseorang itu. cemerlang di sekolahnya. Beliau berjaya memperoleh 4A 1B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Manakala, keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula masing-masing mendapat 9A dan 5A+ daripada 11 subjek yang diambil. Selepas tamat SPM, beliau mendapat dorongan daripada ibunya untuk memohon kemasukan pelajar tahfiz ke Institut Darul Quran (DQ). Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik itu berjaya mengkhatamkan hafalan 30 juzuk al-Quran selama dua tahun tiga bulan sepanjang tempoh tiga tahun di institut tersebut. Di samping itu, keputusan akademiknya juga pada tahap yang cemerlang apabila beliau memperoleh keputusan akhir sebanyak 3.68. pointer. Antara tips yang dikongsikan oleh beliau untuk menghafaz al-Quran ialah sentiasa mengambil pemakanan yang sihat dan menghafal al-Quran dalam suasana yang sunyi serta tiada gangguan dari sekeliling. Beliau turut meminati tokoh atau ulama Islam seperti Imam Hassan Al-Banna serta Ustaz Azhar Idrus dan menjadikan mereka sebagai contoh dalam hidupnya. Cabaran Insan Autisme Seperti yang diketahui umum, Autisme adalah istilah yang merujuk kepada sejenis gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalinkan hubungan dengan orang lain dan memberi respon terhadap dunia luar dengan baik. Seperti yang dinyatakan oleh beliau, antara cabaran yang dihadapinya adalah kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang lain dan pada masa yang sama, beliau juga mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu perkara. Namun, beliau sentiasa berpegang kepada nasihat ibunya yang menyuruh beliau agar sentiasa rajin belajar dan jangan sesekali meninggalkan solat. Walaupun dirinya merupakan seorang insan yang dilahirkan sebagai Autisme, namun beliau tidak menjadikan Autisme itu sebagai penghalang untuk membuktikan dirinya juga mempunyai kelebihan seperti mereka yang normal. Seperti yang dipegang oleh Ahmad Zahiruddin, “kita janganlah melihat kepada kelemahan tetapi perlulah melihat kepada kelebihan yang ada pada diri seseorang itu.”

17 Publizr Home


You need flash player to view this online publication