10

LENSA 10 KEMERIAHAN USIM MENJALANKAN PROGRAM Beberapa aktiviti dijalankan di Usim sepanjang bulan September sehingga November 2017. Program-program yang dijalankan dimeriahkan lagi oleh pelajar-pelajar usim. Mereka aktif dalam melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Aktiviti ini dapat mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah. Antaranya adalah Kejohanan Olahraga Inter Fakulti ( KOIF ), International Cultural Exhibition(ICE), Dakwah Festival(DakFest), dan Majlis Konvoskesyen ke15. Pada KOIF kali ini telah dipertandingkan beberapa acara . KOIF merupakan kejohanan olahraga yang melibatkan pelajar di setiap fakulti di mana tujuannya untuk mencungkil dan menonjolkan bakat para pelajar agar mereka dapat mewakili universiti pergi ke tahap lebih tinggi. Dalam pada itu, program ICE adalah satu program yang memperkenalkan budaya antarabangsa kepada warga USIM. Antara budaya yang diperkenalkan ialah makanan,pakaian dan permainan tradisi. Mereka turut mendendangkan lagu kebangsaan mereka di dalam program ini. Seterusnya, Pusat Islam juga turut aktif dalam menjalankan program sepert halaqah. Hal ini merupakan salah satu program yang menceritakan tentang pengalaman penceramah ketika beliau berada di Palestin. Akhir sekali , Majlis Konvosyeken kali ke 15 telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor pada 21-23 Disember 2017. Majlis yang berlangsung selama 3 hari ini mendapat sambutan yang baik dari kalangan pelajar usim sendiri. Olahraga Koif sedang berlangsung. Kenangan semasa berlangsungnya program dakwah festiv Tunku Mukhriz

11 Publizr Home


You need flash player to view this online publication