9

NASIONAL 9 Rombak Kurikulum IPT yang Jumud- Idris Jusoh BERITA HARIAN (NASIONAL) 29 NOVEMBER 2017 1:35 PM Nazura Ngah,Nadia Hamid dan Luqman Arif KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata sedia membuat rombakan kurikulum dan program akademik seiring dengan Revolusi Industri 4.0 yang bakal berteraskan penggunaan jentera. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, suatu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kurikulum yang tidak relevan untuk dijumudkan. “Penambahbaikan sistem penyampaian kurikulum turut mengalami transformasi ke arah penggunaan teknologi tinggi seperti ‘blended learning’ (jaringan pembelajaran) dan sesi pendidikan dengan bantuan robotik. “Ia turut dilaksanakan menerusi kaedah adaptasi permainan maya, hologram,realiti maya (VR), realiti berperantara (AR), pengguna visual, simulasi dan penerokaan internet. turut “Penambahbaikan kurikulum dilaksanakan melalui pendekatan industri dan akademi, sekaligus memusnahkan tembok pemisah yang selama ini merencatkan proses padanan sektor pekerjaan,” katanya. Foto: Hafiz Sohaimi DATUK Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun (BN-Kota Tinggi) yang meminta kementerian itu menyatakan persediaannya merancang transformasi pendidikan tinggi dalam berdepan dengan kesan Revolusi Industri 4.0 tersebut. mengulas Sehubungan itu juga, beliau perkara yang sama dalam sidang media, berkaitan isu graduan tidak mempunyai pekerjaan kerana diambil alih oleh penggunaan jentera dan robot menjelang Revolusi Industri 4.0 tersebut adalah tidak benar. “Sebahagian besar rangkaian tugasan di sektor industri masih memerlukan tenaga pakar manusia bagi tujuan penyelenggaraan dan pemantauan,” katanya. “Jangan takut dengan hakikat perubahan Revolusi Industri 4.0 ini, kerana kita sudah bersedia untuk merombak perkara yang berkaitannya bagi memastikan graduan mempunyai kemahiran yang diperlukan. “Sebaliknya kita perlu menerima perubahan dan peralihan teknologi dalam industri ini bagi memastikan kelancaran urusan kehidupan seharian kita, selaras dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi,” katanya.

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication