8

8 BERITA KOMEN Adakah RM10 Bebankan Pelajar Luar Kampus? Oleh: Syafikka Azman syafikkaazman@usimtoday.com NILAI: Baru-baru ini isu RM10 telah menjadi bualan hangat dalam kalangan mahasiswa USIM yang mengatakan ianya menjadi bebanan baharu kepada pelajar luar kampus dan menjadi topik perbincangan hangat serta telah dibahaskan dalam Mesyuarat Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar yang berprinsipkan “Accountability and Transparency”. RM10 yang dikenakan kepada pelajar yang menetap di luar kampus ini juga menjadi perbualan hangat serta menjadi pertikaian dalam kalangan pelajar dan pihak pentadbiran universiti kerana pelaksanaan kutipan yuran tersebut masih samar dan tidak dijelaskan kepada pelajar luar kampus. “Yuran RM10 ini adalah untuk kepentingan dan kebajikan pelajar luar kampus seperti musibah yang berlaku kepada pelajar yang duduk di luar kolej kediaman,” kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Wan Nur Izzati. Beliau juga memberi kenyataan bahawa antara sebab dikenakan pembayaran yuran kepada pelajar luar kampus adalah kerana pihak universiti tidak mempunyai peruntukan yang banyak untuk membantu pelajar. Mahasiswa Tahun Tiga, Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Mohammad kejutan berkata bahawa yuran RM10 telah memberikan kepada pelajar luar kampus yang menimbulkan tanda tanya serta menjadi sebab mengapa yuran tersebut perlu dikenakan kepada pelajar luar kampus. Mahasiswa Tahun Empat, Muhammad Qawim mempertikaikan kenyataan tersebut dengan menegaskan adakah relevan apabila dikatakan dapat masalah atau musibah yang berlaku. Mahasiswa Tahun Tiga Fakulti Syariah dan UndangUndang (FSU), Abu Bakar membangkitkan persoalan adakah yuran RM10 ini telah dibuat kajian selidik kepada pelajar luar kampus. Mahasiswa Tahun Empat, Nazrul Ikhman berpandangan bahawa Persatuan Pelajar Luar Kampus (OCSS) tiada sebarang peruntukan untuk membantu pelajar luar kampus jika berlaku kebakaran atau kecuriaan. “Pihak universiti juga tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membantu pelajar luar kampus dengan bilangan yang besar justeru yuran mereka terjamin,” katanya. RM10 ini adalah untuk memastikan kebajikan lebih PENGGUNA twitter dikenali sebagai Espresso Hangit meluahkan ketidakpuasan hati berkenaan bayaran RM10 yang dikenakan terhadap pelajar luar kampus USIM. mengatasi

9 Publizr Home


You need flash player to view this online publication