12

12 MESEJ Rencah Kehidupan di Alam Universiti Hanya dengan kefahaman yang jelas dan benar sahaja kita dapat membina jati diri yang kukuh. Program bual bicara yang berkonsepkan perkongsian pengalaman dan syarahan adalah satu platform untuk membuka minda mahasiswa sekaligus dapat mematangkan pemikiran. Selain program ilmiah, Foto: Google RUTIN harian mahasiswa sebelum memulakan sesi perkuliahan pada setiap pagi. Oleh: Naufal Ghani naufalghani@usimtoday.com M enjelang abad ke-21, jumlah kemasukan pelajar yang mendaftarkan diri di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada swasta atau awam semakin meningkat. Peningkatan jumlah ini adalah sesuatu yang dapat dibanggakan kerana ini membuktikan bahawa kesedaran masyarakat terhadap ilmu semakin meningkat. Namun begitu, pelajar yang baru mula melangkah ke alam universiti ini mula mengalami kejutan budaya. Suasana pembelajaran di universiti sangat berbeza berbanding dengan sistem pengajian di peringkat sekolah. Dengan kemudahan dan kebebasan yang diberikan, mahasiswa mula melihat dunia luar dan terikut dengan sehingga mereka arus semasa terlupa matlamat mereka di universiti adalah untuk menuntut ilmu. Kebanyakan mahasiswa pada hari ini lebih gemar untuk menghabiskan masa dengan melayari internet dan bermain permainan video. Bukanlah menjadi satu kesalahan untuk berhibur buat seketika, namun janganlah sampai terlupa tujuan asal mereka untuk menuntut ilmu. Kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan untuk bermain permainan video sehingga Foto: Google mahasiswa seharusnya menceburkan diri dalam aktiviti sosial masyarakat. Dalam konteks universiti, terdapat beberapa organisasi pelajar yang bergiat aktif dalam menyumbang khidmat terhadap masyarakat luar seperti program mengagihkan bantuan kepada gelandangan dan kem dakwah bersama Orang Asli. Program seperti ini sangat penting kepada mahasiswa kerana pendedahan tentang realiti berfikir dan kehidupan adalah satu pengalaman yang amat bernilai. Mahasiswa perlu merenung MAHASISWA menyertai program ilmiah yang dianjurkan oleh pihak universiti. kurangnya waktu untuk membaca buku, memahaminya dan mengadakan perbincangan sedangkan ilmu bukanlah sesuatu yang datang bergolek. Ilmu tidak akan memberikan sedikit kefahaman kepada kita sehingga kita berkorban untuk mendapatkannya. Imam Syafie ada mengutarakan nasihat kepada penuntut ilmu yang berbunyi, “Kamu tidak akan mendapat ilmu melainkan dengan enam perkara. Antaranya ialah kecerdasan akal, semangat mendapatkan ilmu, usaha yang bersungguh-sungguh, memiliki kemampuan, serta hubungan dengan guru, dan memerlukan waktu yang lama”. Bila kita perhatikan nasihat ini, maka kita dapat mengukur tahap ilmu dan kesungguhan kita dalam belajar. Alangkah jauhnya kita dari sifat seorang penuntut ilmu. Kehidupan mahasiswa bukanlah berdasarkan atas sijil dan ilmu di dalam kelas sematamata. Sebagai mahasiswa, seharusnya kita merebut setiap peluang yang ada di depan mata sebagai jalan untuk membina jati diri dan meraih sebanyak mungkin pengalaman. Pihak universiti telah menyediakan banyak program untuk memberi ruang kepada pelajar menimba ilmu dan pengalaman. Program ilmiah yang diadakan sebenarnya bertujuan untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada para pelajar mengenai dunia luar dan isu semasa. Penyertaan program sangat penting untuk membina kefahaman mahasiswa terhadap dunia luar dan isu semasa. masa depan sekaligus menjana kematangan dalam penilaian dan membuat keputusan. Cabaran masa depan yang bakal menanti bukanlah semudah yang disangka. Tanpa ilmu yang mendalam dan pengalaman yang luas, kita tidak mungkin dapat menghadapinya serta memerlukan kerahan keringat dan buah fikiran yang bernas dalam memacu arus kemodenan dan perkembangan dunia semasa. Tugas sebagai mahasiswa adalah menjadi pendokong dan tunjang utama dalam menentukan hala tuju negara pada masa akan datang. Sejajar dengan hasrat USIM untuk melahirkan generasi yang berfikiran terbuka dan berjiwa rakyat, maka mahasiswa perlu mengambil peluang yang tersedia untuk membentuk pemikiran dan pendirian agar dapat menjadi pembimbing kepada generasi akan datang. Ilmu yang diperolehi dalam dewan kuliah atau tutorial perlulah diselarikan dengan kaedah semasa untuk memastikan penyampaian yang berkesan. Sekiranya kita ketandusan ilmu, tentulah kita tidak mampu untuk berhadapan dengan masyarakat.

13 Publizr Home


You need flash player to view this online publication