5

AKTIVITI PELAJAR 4 RAPPER bagi TALK Oleh: MOHAMMAD AMIR HAZIM BIN HUZIR NILAI, 17 Oktober - Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice telah dijemput sebagai ahli panel dalam sebuah program “Jihad in Education Hedonisme : A threat to youth ?”. Caprice merupakan seoarang penyanyi dan “rapper” yang terkenal melalui lagu beliau yang berjudul “takde hal bro” dan juga beberapa lagu-lagu lain serta pada masa yang sama beliau juga adalah pengasas bagi laman sesawang iaitu “Jihad-in-Education dan pengasas bagi aplikasi “Mengaji.com’. Beliau juga sering merungkai dan membincangkan tentang isu-isu hangat yang diperkatakan di dalam laman sosial, seperti di “Instagram”,”YouTube” dan lain-lain. Program “Jihad in Education Hedonisme : A threat to youth ?” telah dianjurkan oleh kumpulan Kembara Ar-Rum yang dianggotai sekumpulan mahasiswa-mahasiswi Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) yang akan melakukan khidmat komuniti di bawah program GISO (Global Islamic Student Outreach) di Lombok, Indonesia. Yuran kemasukan program tersebut adalah sebanyak RM 3.00 seorang. Program perkongsian ilmu daripada Caprice ini adalah untuk mendapatkan dana bagi menampung kos program Kembara ArRum di Lombok. Namun, bukan itu sahaja program ini dianjurkan, bahkan tujuan sebenar mereka adalah untuk memupuk semangat dan jati diri menjadikan inspirasi sebagai seorang remaja Islam dalam menempuh suasana hedonisme. Selain itu, program ini dimulakan pada jam 8 malam, di mana hadirin Peserta tekun dengar hujah Caprice semasa Program “Jihad in Education Hedonisme “ di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). dan hadirat menunggu ketibaan ahli panel, Caprice dan seterusnya dengan bacaan doa yang diwakili daripada ahli Kembara Ar-Rum. Seterusnya, mereka menyanyikan lagu Negaraku dan bacaan Asma’ul Husna, seusai sahaja bacaan Asma’ul Husna, perkongsian ilmu daripada Caprice dimulakan dengan pengenalan dirinya dan merungkai serba sedikit tentang sejarah hidup dan peribadinya. Setelah itu, Caprice menyambung agendanya dengan membincangkan ideologiideologinya tentang tajuk program tersebut. Menurut Yadiy Ahmad Bustamam yang merupakan salah seorang peserta yang mengikuti program tersebut, “cara penyampaian atau perkongsian ilmu dari Caprice merupakan cara yang terbaik dan sesuai dengan zaman kemodenan ini iaitu berdakwah secara moden”. Oleh itu, amat tercapailah matlamat atau objektif mereka dengan menganjurkan program seperti ini. Sejurus selepas tamatnya perkongsian ilmu daripada Caprice maka tamatlah program tersebut pada jam 11 malam. Kumpulan Kembara ArRum juga ada melakukan sedikit sesi fotografi bersama Caprice dan para hadirin yang hadir. Program itu juga mendapat sambutan yang hangat dan meriah. Nasyid Siswi Bergema di DKP Oleh: NURUL NABILA BT MOHD YUNUS Nilai - 17 Nov 2017 – Sambutan terhadap Pertandingan Nasyid Suara Siswi pada sem ini amat menggalakkan yang bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4 di bawah anjuran Jaksa Kebudayaan Kolej Kediaman 1 (Biro Kesenian dan Kebudayaan). Program nasyid ini pertama kali diadakan secara besar-besaran dan secara tertutup supaya menuruti syarat-syarat Islam iaitu ajnabi tidak boleh mendengar suara siswi. Tujuan program untuk siswimelalui suara Sesi bergambar bersama para pemenang. dan mendapat penyertaan dari kumpulan Voice Of Helwa, Zahra, Wardatul siswi dan kekangan masa untuk menjalani latihan. Program ini berlangsung selama 2 jam Hamra dan Soutul Huda. “ Dengan program seperti ini diharapkan dapat menjadi pembuka kepada kaum hawa untuk berdakwah melalui suara sibuk Islam serta meningkatkan keyakinan diri dengan menyertai program seperti ini” menurut kata pengarah program Nurul Saadah Bt Mohamad Zaini, tahun 2 dari Fakulti Pengajian Qur’an Sunnah. Sehubungan dengan itu diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada sem akan datang, memperbaiki mutu serta kualiti pertandingan, mengatasi segala cabaran dengan sebaik mungkin dan diharap mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan siswi. ini ialah sebagai satu platform siswi mengembangkan bakat dan menyampaikan dakwah Islam. Penyertaan nasyid ini terbuka untuk semua tahun 1,2,3, dan 4. Target sasaran adalah 10 kumpulan tapi hanya 4 kumpulan yang berdaftar ini kerana kebanyakan

6 Publizr Home


You need flash player to view this online publication