3

AKTIVITI PELAJAR 2 FPQS Memperkenal Sistem Braille di USIM Oleh: NURUL ATIKAH BT ABDUL MANAF NILAI,8 November – Seramai 30 orang peserta telah menyertai satu Program Sistem Braille buat julung kalinya diadakan dibawah anjuran pelajar Tahun 3 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah bertajuk (FPQS) Riyadhus Salihin dan yang Transkripsi Kitab terbuka kepada semua mahasiswa bertempat di FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini merupakan projek transkripsi untuk menaip kitab Riyadhus Salihin yang bertujuan kepada untuk Persatuan diagihkan OrangOrang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) setelah siap dijadikan buku. “Program Braille ini amat bermanfaat kepada mahasiswa yang ingin menaip kitab Riyadhus Salihin secara sukarela serta dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka”, kata Aisyah Umaira binti Musa yang merupakan salah seorang urusetia program. Pihak penganjur agar berharap program seperti ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta dan mengharapkan lebih ramai lagi penyertaan dalam kalangan mahasiswa PEMANTAPAN JATI DIRI MELALUI LATIHAN MENEMBAK Para peserta sedang mengikuti kelas braille. pada masa akan datang. Program Braille ini amat bermanfaat kepada mahasiswa yang ingin menaip kitab Riyadhus Salihin secara sukarela serta dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. Skuad Intermediate bergambar bersama jurulatih setelah selesai latihan menembak LMG. Sirajuddin, Oleh : Nik Mohamad Hazim bin Ghazali GEMAS, Gemas, 3 November – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Latihan Berterusan (LB), iaitu latihan menembak siri kedua PALAPES USIM untuk pegawaipegawai kadet supaya dapat mempelajari ilmu menembak dan ia juga di sempurnakan dengan bantuan pegawai-pegawai dan para jurulatih yang bertempat di Kem Syed Negeri Sembilan. Latihan menembak ini telah diadakan selama seminggu iaitu pada 28 Oktober 2017 sehingga 3 November 2017. Latihan ini diadakan bertujuan untuk melatih pegawai-pegawai kadet menembak dan melatih keberanian kadetkadet memegang senjata. Latihan ini telah disertai oleh pegawai-pegawai, jurulatihjurulatih, dan pegawaipegawai kadet senior, intermediate, dan junior siri 2017/2018. Pegawaipegawai kadet menembak menggunakan M16, LMG, M2O3 dan GPMG. “Latihan seperti ini perlu dilaksanakan tiap-tiap tahun agar dapat melihat bakat-bakat menembak pegawai-pegawai kadet yang tersirat dalam diri mereka”. Kata Mejar Amran Bin Omar iaitu ketua jurulatih PALAPES USIM. Naib Canselor USIM iaitu Dato’ Dr. Musa Ahmad turut hadir di latihan menembak bagi merasmikan majlis tersebut. Tambahan lagi, PALAPES USIM juga telah mengadakan pertandingan menembak di antara VIP, Young Officer (YO), Jurulatih, Senior, Intermediate dan juga Junior. Setiap pasukan yang bertanding perlu menghantar 5 orang ahli. Pada pertandingan tersebut, yang menjuarai pertandingan tersebut adalah YO dan tempat kedua telah disandang oleh pasukan VIP. Manakala tempat ketiga dijulang oleh Intermediate. Oleh itu, melalui pertandingan menembak ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pasukanpasukan yang terlibat.

4 Publizr Home


You need flash player to view this online publication