PERSONALITI 16 OKU Inspirasi Ummah OLEH : NOOR HAFIZAH BT ZAINUDDIN “Kelainan upaya bukanlah halangan atau alasan untuk tidak berjaya. Juga bukanlah satu kekangan untuk berjasa dan memberi manfaat kepada masyarakat dan orang sekeliling, kerana bagi saya kejayaan seseorang itu tidak diukur dengan berapa jumlah kekayaan yang kita miliki, tetapi berapa ramai orang yang kita telah bantu dan berkembang disebabkan hatinya tergerak untuk berubah,” ujar Hadi ketika ditemu bual di Kolej Kediaman Nilam Court, Taman Nilai Utama, Nilai baru-baru ini. Muhammad Hadi bin Darus, 21, atau mesra disapa Hadi membuktikan kekurangan yang dikurniai Allah semestinya tersimpan kelebihan. kelainan upayanya iaitu kekurangan fizikal pada kedua-dua belah tangan dan kakinya yang menghadkan pergerakannya satu tempat Genius dan Bercita-cita Tinggi Hadi memperoleh 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun 2012 selain turut dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan keputusan 11A. Kini, dia menyambung pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang di Universiti Hadi yang juga merupakan pelajar lepasan Tamhidi ini, tahu fizikal dirinya tidaklah sempurna dan sedar kekurangannya berbanding orang lain. Namun, cita-citanya mungkin lebih besar daripada kita yang dilahirkan cukup sifat tangan, kaki dan sebagainya tetapi tidak tahu dan menggunakan kelebihan yang Allah beri dengan “Cita-cita ni bagi saya, saya tidaklah meletakkan satu-satunya cita-cita dalam hidup, tapi saya letakkan tiga target dalam hidup saya sebaiknya. Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. iaitu pensyarah, peguam kerana saya pelajar syariah dan undang-undang, dan yang terakhir saya letakkan sebagai diwawancara semasa tempoh Haji motivator.” Idola dan Sumber Inspirasi Menariknya hari, dia memberitahu bahawa Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah hidupnya. merupakan salah seorang idola dalam Disebalik “Dulu waktu saya masih sekolah, pagi-pagi beliau ada bercerita dalam rancangan Motivasi Pagi. Masa tu saya dan abang saya dok seronok mainmain depan tv, tiba-tiba Dato’ Fadzilah Kamsah tuding jari dan kata ‘haaa tu abang tu dok main-main dengan adik kenapa’, saya tahu beliau ada motivasi tersendiri waktu tu tapi saya rasa terkejut sebab apa yang beliau katakan tu tepat dengan apa yang saya dan abang saya sedang lakukan waktu tu. “Sejak tu saya mula dari ke satu tempat yang lain, dia seorang yang genius. minat pada cara beliau menyampaikan motivasi, bercakap, gaya dan sebagainya. Dan saya mula mengikuti perkembangan beliau dilaman sosial.” Tabah dan Gigih Satu ketika dahulu, sebelum Hadi menyambung pelajarannya di USIM, dia pernah menghadiri sesi temu duga disebuah kolej, namun belum sempat ditemu duga dia diberitahu oleh pegawai tersebut bahawa kolej itu tidak menyediakan kemudahan untuk OKU sepertinya. Meskipun begitu, usaha Hadi dan keluarganya tidak terhenti disitu. Dia redha dan terima segala kemungkinan yang akan berlaku, justeru sentiasa bersiap sedia dari segala aspek. Hadi mengisi permohonan UPU seperti orang lain dan dia mendapat panggilan pihak USIM daripada bahawa permohonaannya diterima. “Apa yang terlintas difikiran saya adalah Alhamdulillah saya boleh masuk. Saya tak fikir panjang, tak mintak banyak melainkan penginapan di aras paling bawah supaya mudah untuk saya bergerak.” bersyukur Rahsia Kejayaan Sejak memasuki tadika pada usia lima tahun, Hadi sentiasa memotivasikan diri bahawa dirinya sama seperti orang lain. Apa yang orang lain boleh buat, dia juga boleh buat. “Sejak kecil saya hidup dalam zon selesa bersama keluarga. Satu hari saya minta izin pada mak ayah saya untuk menyertai program perkhemahan. Saya nak lihat, saya nak tahu sendiri sama ada saya boleh hidup sendirian tanpa bantuan keluarga atau tidak. “Sewaktu perkhemahan tersebut, segala-galanya saya lakukan sendiri dengan bantuan kawan. Pada mulanya perkara yang kecil dan mudah bagi orang lain seperti memakai baju adalah amat sukar bagi saya, namun lama kelamaan perkara itu menjadi biasa dan mudah. Alhamdulillah, saya berjaya menjalani perkhemahan dengan baik sehingga abis.” Perkara tersebut ternyata memberi impak yang besar terhadap Hadi. Dia semakin berkayinan bahawa sudah tiba masanya untuk dia hidup berdikari dan selepas mendapat keputusan cemerlang dalam PMR, ianya menjadi titik tolak untuk dia tinggal diasrama apabila memasuki Tingkatan Empat di SMKA Kedah di Alor Setar. Kita selalu dengar orang kata ‘kalau OKU boleh, kenapa kita (yang normal) tak boleh’. Berbeza dengan Hadi, dia sangat berpegang teguh dengan prinsip hidupnya iaitu ‘kalau orang normal tidak boleh buat, kenapa OKU juga tidak boleh’. Semasa kecil Hadi sering kali masuk ke dalam hutan, memanjat pokok, mengutip biji getah dan sebagainya. Perilakunya persis seperti orang-orang normal yang lain. Meskipun dia sedar bahawa dirinya tidaklah sesempurna orang lain, namun itu bukan alasan untuk dia bermanja-manja. Bahkan dia sangat aktif dan lasak dengan aktivitiaktiviti luar kerana baginya kenapa perlu simpan dan sorok kebolehan yang ada pada dirinya. Dia juga kerap menyertai program bersama masyarakat dan orang ramai. “Kita hidup di dunia ini, kalau kita berbakti pada masyarakat waktu itulah kita merasa diri kita ni hidup. Dan jika kita tidak berbuat apa-apa, tak jadi apa-apa lah dalam hidup kita. Tapi bila mana kita hidup untuk susahkan orang, lebih baik kita mati.” Jelaslah bahawa, golongan OKU juga boleh berjaya seperti orang-orang normal, bahkan ada yang lebih cemerlang dan lebih banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan umat Islam. INFO Muhammad Hadi bin Darus Pelajar Tahun 3 Pengajian Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah, Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Berumur 21 Tahun Berasal dari Pendang, Kedah Bercita-cita ingin menjadi seorang Pensyarah/ Peguam/Motivator Pencapaian : Tempat ke-2 pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition (I-MAC) USIM - 2017. Tempat ke-3 Pertandingan Motivasi OKU di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2017. Anugerah Dekan Sesi - 2015/2016. Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan - 2012.
18 Publizr Home