16

SOAL JAWAB 15 Konsep Penyebaran Maklumat (Kewartawanan) 1)Apakah yang dimaksudkan dengan konsep OLEH : HAFIZ CHE MAT ASRI maklumat (kewartawanan) secara umum dari perspektif islam ? Secara umumnya konsep penyebaran maklumat (kewartawanan) adalah menyampaikan atau menyebarkan sesuatu maklumat melalui social media mengikut syaratsyarat atau etika yang ditetapkan. Begitu penyebaran dan juga dari perspektif Islam, malahan dalam penyebaran maklumat perlulah sesuai dengan Islamic teaching dan perlu ada matlamat untuk mendapat redha Allah. 2) Pendapat tentang bagaimana cara penyebaran maklumat pada zaman sekarang ? Penyebaran maklumat pada masa kini terdapat banyak maklumat yang disebarkan tidak tetap dan tidak sesuai dengan kenyataan. Hal ini kerana, berita mungkin individu yang mengeluarkan itu hanya mengikut arahan director atau sebagainya, dan perkara itu semestinya menyalahi undang-undang media kerana dasarnya media itu harus menjaga kebenaran, kenyataan dan objektiviti dalam penyebaran maklumat. 3) Adakah wartawan yang ada sekarang mengikut atau mematuhi konsep kewartawanan menurut Islam BIODATA NAMA PENUH : Dr. Ahmed Abdul Malik ASAL : Nigeria TARIKH LAHIR: 1 September 1970 KERJAYA: Pensyarah Kanan Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Pensyarah di Universiti Setiagama dan Universiti Muhammadiyah , Jakarta Pensyarah di Institution Peace University, South of Africa (IPSA) ANUGERAH : Religious Contributor in Community News, Newspaper South Africa. dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat ? Hal ini bergantung kepada wartawan itu sendiri. Sekiranya dia merupakan wartawan Islam atau bekerja di mana-mana institusi kewartawanan Islam haruslah mengikuti konsep-konsep tersebut kerana pekerjaannya adalah sebahagian daripada dakwah dan wajib mengikuti ajaran Islam. Tetapi, seandainya mereka bekerja bukan dibawah institusi kewartawanan Islam, maka tidak terjamin sejauh mana mereka mengikut ajaran dan konsep penyebaran maklumat yang betul. Hal penyebaran pelbagai maklumat yang palsu dengan alasan. Wartawan Islam dan bukan Islam adalah sangat berbeza. 4) Pada pandangan Dr, apakah cabaran pada zaman kini yang menyebabkan penyebaran maklumat yang tidak tepat dan tidak mengikut konsep yang semakin berleluasa ? Pada pendapat saya, ianya kepada institusi syarikat kewartawanan sendiri. Untuk makluman, semua syarikat media mempunyai peraturan dan batas tersendiri, tetapi bergantung itu betul ini menyebabkan terlalu banyak v. iv. ii. yang membezakannya adalah bagaimana ianya dilaksanakan. Sama ada dengan pemantauan atau kebebasan terdapat wartawan syarikat itu sendiri. 5) Antara permasalahan yang sering berlaku dalam penyebaran maklumat ? Terdapat beberapa aspek permasalahan yang sering dihadapi oleh para wartawan. Masalah ini berevolusi menjadi dilema dunia kewartawanan di seluruh dunia. Antara aspek tersebut ialah : i. Muslihat - Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita. Konflik kepentingan - Apabila wartawan dan agensi iii. memiliki kepentingan peribadi. Pemberitaan berbayar - Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi dan syarikatnya publisiti dalam bentuk berita sisipan. Setiakawan - Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-ra kan . Pemberian - Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk. 6) Wartawan juga merupakan seorang pendakwah .Apakah sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang pendakwah yang bergelar ‘wartawan Islam’ dalam konsep penyebaran maklumat ? Wartawan Islam ialah orang yang mempunyai pengetahuan Islam, bahkan dia adalah seorang muslim dan mempunyai akidah sohihah. Justeru, dalam konsep penyebaran maklumat, segala pekerjaannya dalam bidang kewartawanan perlulah untuk mencari keredhaan Allah. Penulisannya dalam penyebaran maklumat juga mestilah untuk membela Islam dan umat Islam itu sendiri. 7) Wartawan ini seringkali berdepan dengan cabaran daripada golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, ahli akademik dan sebagainya, yang mana mereka ini menganggap wartawan sebagai penjaga tepi kain orang atau buzy body untuk membongkar rahsia semata-mata. Adakah wajar spekulasi seperti ini diaju kepada mereka yang bergelar wartawan ? Perkara seperti memang tidak dapat dinafikan lagi, justeru wartawan itu sendiri perlu ada penegasan atau ‘mind set’ dalam diri masing-masing bahawa bidang kewartawanan ini adalah satu pekerjaan yang mana mereka perlu menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Oleh itu, spekulasi seperti ini tidak wajar diaju kepada mereka kerana mereka mempunyai tujuan dan seperti objektif mereka sendiri dalam bidang kewartawanan. Sama seorang Daie, yang mana masyarakat menganggap mereka suka mencari keburukan dan kekurangan masyarakat sekeliling, walhal mereka hanya melaksanakan tugas mereka sebagai hamba yang diseru supaya mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. 8) Nasihat kepada bakal-bakal wartawan didikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) : Mereka perlu cuba menjadi seorang wartawan yang berbeza daripada wartawan diluar sana, kerana mereka adalah graduan yang belajar di universiti Islam. Ini bermaksud mereka perlu berpegang teguh dengan prinsip dan menjaga etika Islam dalam sesuatu pekerjaan. Dengan ini, kita dapat melahirkan wartawan graduan USIM berbeza dengan wartawan lain dan mampu mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan unsur-unsur yang tidak baik seperti rasuah dan seumpamanya selagi mana dia menganggap bahawa dia adalah khalifah dan wajib mengikut ajaran Islam. 9) Harapan kepada para wartawan Islam dalam mengamalkan konsep penyebaran maklumat yang tepat : Wartawan mempunyai peranan yangsangat besar dalam menyampaikan informasi mengenai Islam kepada masyarakatsamada yang muslim atau yang bukan muslim. Bertentangan dengan itu, wartawan juga perlumenghadapi pelbagai karenah masyarakat bermula dari golongan atasan sehingga golongan bawahan. Wartawan perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan mempraktikkan akhlak yang baik sepanjangmenjalankan t ugas. Ant aranya bersifat benar, adil, amanah dan berani.

17 Publizr Home


You need flash player to view this online publication