15

MESEJ 14 MUDAHNYA VARIASI SEDEKAH Ramai diantara OLEH : NOOR HAFIZAH BT ZAINUDDIN AKTIVITI PELAJAR Sedekah boleh didefinisikan sebagai suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Dalam kata lain sedekah adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharapkan keredhaan Allah SWT. Terdapat segelintir individu menganggap sedekah adalah dengan cara memberi semata-mata, sehinggakan ada yang tertanya-tanya apakah ada sedekah selain menderma? Ya sudah tentu ada. Bahkan sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ustazah Wahida Mansor berkata, mulakanlah setiap pagi dengan bersedekah. Sedekah bukan hanya dengan menderma tetapi boleh dilakukan dengan banyak cara. Sedekah dengan senyuman Sabda Nabi “Janganlah kamu meremehkan apa pun kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria (tersenyum).” Riwayat al-Tirmizi. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa kita boleh beroleh untung pahala tanpa mengeluarkan sebarang modal pun. Sesungguhnya, hanya dengan senyuman kita dapat mewujudkan suasana riang dan gembira di rumah, tempat kerja dan tempat belajar. Malah kajian membuktikan, senyum juga mampu mengurangkan tekanan dan menurunkan kadar tekanan darah. Oleh itu, senyumlah selalu. Manfaat kepada orang lain Memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan satu sedekah. Apatah lagi jika bantuan yang kita hulurkan itu mampu menyelamatkan seseorang daripada kesusahan ataupun bahaya. Sabda Nabi “Membuang bahaya di atas jalan juga satu sedekah.” Riwayat Muslim. Selain itu, cara memberi manfaat kepada orang lain adalah dengan menjaga kebersihan, termasuk membuang sampah kepunyaan kita atau orang lain. Tidakkah itu menyenangkan dan memanfaatkan sesiapa sahaja yang melalui atau berada ditempat itu? individu sekarang selalu memandang remeh dan tidak peduli tentang isu kebersihan sekeliling. Mereka sewenangwenangnya membuang puntung rokok, plastik makanan ringan dan sebagainya ditempattempat awam seperti taman permainan dan di tepi longkang. Hal ini kerana mereka meletakkan ‘mind set’ bahawa akan ada kakitangan kerajaan seperti Majlis Perbandaran yang akan membersihkan tempat-tempat tersebut. Tanpa kita sedar, memberi manfaat kepada orang lain juga merupakan amalan Ucapan yang baik Sabda Rasulullah : “Berjagajagalah kalian daripada api neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma. Namun sesiapa yang tidak mendapatkan sesuatu yang boleh disedekahkan maka ucapkanlah kata-kata yang baik.” (Riwayat al-Bukhari) Seperti sedia maklum, teknologi kini memudahkan untuk menambah pahala. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengajak seseorang kepada kebaikan dengan berkongsi mesej kebaikan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya. Sebagai contoh, kongsikan hadis-hadis dari kitab hadis tersohor seperti Hadis 40 mahupun kitab terjemahan atau sebagainya. Tidak pasti tidak ia mampu menambahkan saham akhirat sebagai sedekah dan amal jariah diakhirat kelak. Malah jika disebarkan pula kepada orang lain, ganjarannya pasti menjadi berlipat kali ganda. Oleh itu, dapat saya simpulkan bahawa sedekah bukanlah terbatas kepada harta mahupun wang ringgit. Apa sahaja bantuan dan sumbangan fizikal mahupun tidak, ia juga dikira sedekah. Maha suci Allah yang peluang memberikan kepada setiap hamba-Nya mendekatkan diri padaNya dengan variasi cara dan keadaan. Memberikan rahmah-Nya dengan mengurniakan ganjaran dari sudut manapun jua. Mulakanlah setiap pagi kita dengan bersedekah. Bukan hanya dengan wang ringgit malah ada banyak cara kita boleh lakukan sebagai amalan bersedekah Cik Wahida Mansor Kehebatan Laman Sosial Dek kerana terlalu akrab dengan teknologi, individu hari ini sememangnya lebih memfokuskan sama ada apa yang dilihat, dibaca atau didengari di laman social berbanding bukubuku yang dijual dipasaran atau dipamerkan di manamana tempat Tambahan lagi apabila perkara-perkara sedekah. (Gambar Hiasan) KEHEBATAN LAMAN SOSIAL OLEH : NOOR HAFIZAH BT ZAINUDDIN mereka merasakan bahawa apa yang sampai padanya itu sesuatu yang perlu dikongsi kepada orang ramai, dengan mudah dan pantasnya mereka menyebarkan perkara tersebut. pameran. yang berkaitan dengan hal-hal agama. Mereka jarang untuk merujuk buku mahupun menuntut ilmu tersebut dengan guru yang ‘ahlinya’ dalam sesuatu bidang. Hal ini menyebabkan mereka dengan sewenang-wenangnya meletakkan hukum dalam sesuatu perkara dan menyebarkannya di laman social mereka seperti whatsapp, facebook dan sebagainya. Pasti ramai yang mengenali ‘Sheikh Google’ yang seringkali menjadi rujukan bila mana mereka mempunyai persoalanpersoalan yang perlu dijelaskan. Individu pada hari ini juga mudah mengambil ringan terhadap apa yang disebarkan tanpa merujuk atau meneliti kesahihannya. Sekiranya Al-Quran dan Hadith Bukan sebagai Hiasan Sewaktu kecil dikala sudah semakin lancar membaca al-Quran, pasti ada yang berasa sangat seronok dan ingin segera membacanya sehingga khatam. Dahulu, sekiranya ada dikalangan anak-anak yang sudah khatam al-Quran, kaum ibu terutamanya akan menyediakan pulut kuning bagi meraikan anak-anak tersebut. Namun, perjalanan kita untuk bersama alQuran bukan terhenti disitu sahaja. Bahkan, ianya perlulah ditelusuri, diteladani dan dipelajari dalam kehidupan seharian. Hubungan kita dengan alQuran sepatutnya lebih akrab dan lebih istimewa daripada membacanya setiap hari. Al-Quran diturunkan Rasulullah bukan tanpa tujuan. Ianya satu kitab yang mempu menjawab semua persoalan dan menerangi setiap kegelapan. Al-Quran juga menjadi rujukan bagi umat Islam sejak dari 1400 tahun dahulu. “Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.’’ (Surah Al-Baqarah 1:2). Jika solat adalah cara kita sebagai hamba Allah untuk ‘bercakap’ denga-Nya, maka dengan menurunkan al-Quranlah cara untuk Allah ‘bercakap’ dengan hamba-Nya. Apabila kita dapat berkomunikasi dengan orang yang kita cintai, bukankah itu satu pengalaman yang manis bahkan susah untuk kita lupakan? Kesimpulan : Belajar Cara Dakwah yang Betul perasaan Ramai orang yang ingin menyampaikan apa yang dia rasa sepatutnya disampaikan tetapi cara yang digunakan kadang kala tidak sesuai dengan keadaan atau target yang mereka hadapi. Ada yang selesa dengan cara yang kita lakukan dan ada juga yang tidak dapat menerima meskipun kita cuba untuk sampaikan niat kita yang sebenar. Akan tetapi, itu bukanlah alas an untuk kita tidak melakukan dakwah terhadap orang lain. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat” -Hadis Riwayat Bukhari.

16 Publizr Home


You need flash player to view this online publication