9

9 USIM TODAY KOMEN EDISI OKT-NOV 2017 KES KECURIAN DI LUAR KAMPUS APA PENDAPAT MEREKA? OLEH : KHALIESAH HALIMI Pandangan saya tentang kes kecurian di luar kampus adalah pelajar perlu berhati-hati dan cakna setiap kejadian jenayah yang berlaku di persekitaran perumahan. Seterusnya, kerjasama penduduk sangat penting untuk mengelakkan kes itu berlaku. Kita juga perlu mengambil berat sesama ahli rumah untuk mengelakkan kes tersebut. Farahatun Najwa Bt Ahmad Zahari, Fakulti Pengajian Bahasa Utama Sangat serius dan di tahap membimbangkan, semua pihak mesti peka dan mengambil inisiatif untuk membendung perkara ini daripada terus berleluasa Muhammad Huzaifi B. Abdullah Sabri, Fakulti Pengajian Quran Sunnah Berkenaan dengan kes kecurian luar kampus, pada pendapat saya kes ni adalah kes yang mana seringkali berlaku kepada mahasiswa USIM sendiri kerana pencuri-pencuri mungkin sudah tahu dan mereka dah target rumah-rumah pelajar USIM yang mereka nak pecah masuk. Dan berdasarkan apa yang saya tahu, sekarang pun masih ada berita berkenaan dengan orang yang tidak dikenali mengelilingi dan memerhati kawasan rumah sewa pelajar USIM dan ia amat mencurigakan. Jadinya, pelajar-pelajar mungkin akan berasa terganggu dan bimbang untuk meninggalkan rumah masing-masing disebabkan kes kecurian seperti ini. Rahimah Bt Hamzah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan. Pandangan saya tentang kes kecurian di luar kampus adalah pelajar perlu berhati-hati dan cakna setiap kejadian jenayah yang berlaku di persekitaran perumahan. Seterusnya, kerjasama penduduk sangat penting untuk mengelakkan kes itu berlaku. Kita juga perlu mengambil berat sesama ahli rumah untuk mengelakkan kes tersebut. Nur Zalina Bt Azizi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah

10 Publizr Home


You need flash player to view this online publication